Lambaian Mesra


Pesanan Orang Terdahulu Dari Kita

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana haqiqatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

(Dipetik dari buku Dimana Dia Dihatiku)

Terjemahan Bahasa Antarabangsa

Isnin, 13 Julai 2026

Biodata Rasulullah Shollallahu 'Alayhi Wa Sallam : Manusia Mulia Utusan Allah


Hadis Abu Musa radhiyallahu 'anhu: 
Daripada Rasulullah shollallahu 'alayhi wa sallam, baginda bersabda: "Sesungguhnya perumpamaanku sebagai utusan Allah, adalah seperti seorang lelaki yang menemui kaumnya seraya berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah melihat dengan mata kepala kamu sendiri sekumpulan pasukan. Sesungguhnya aku adalah orang yang memberi peringatan. Carilah keselamatan, maka sebahagian dari kaumnya ada yang patuh, malam-malam mereka berangkat dengan tidak terburu-buru. Manakala sebahagian lagi mereka mendustakan, di mana sehingga pagi hari mereka masih berada di tempatnya. Pada pagi itu pula, pasukan tersebut menghancurkan mereka hingga tidak ada yang tinggal. Maka itu adalah perumpamaan orang-orang yang patuh kepadaku dan mengikuti misi yang aku bawa serta perumpamaan orang yang derhaka kepadaku dan mendustakan misi kebenaran yang aku bawa." [Riwayat Shahih Muslim, pada bab Kasih Sayang Nabi Shollallahu 'Alayhi Wa Sallam Terhadap Umatnya Dan Memperingatkan Mereka Dari Perkara-perkara Yang Membahayakan]



عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Dari Anas r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orangtuanya, anaknya, dan manusia semuanya." [Riwayat Shahih Bukhari]


Foto maqam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dari dalam pada tahun 1907 Masihi

Foto maqam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam pada tahun 1907 Masihi sebelum dipagar dengan pagar emas

Foto maqam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam setelah dipagar dengan pagar emas

Foto maqam Nabi Muhammad dari dalam pagar emas [selawat dan salam ke atas Rasulullah semulia-mulia manusia dan kekasih Allah]


Selawat Ke Atas Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam 

Salasilah Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Rumah kelahiran Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam di Makkah Al-Mukarramah [rumah Abu Talib]

Kawasan Raudhah di Masjid An-Nabawi [suatu ketika dahulu, ia meliputi antara rumah Rasulullah dan Masjid An-Nabawi]

Tanda kenabian Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam yang ada di belakang badan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam [Cop Kenabian]

Serban, Jubah, dan Tongkat milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
Ibnu 'Umar meriwayatkan : "Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau" [Riwayat At-Tirmizi dan Abu Syaikh]

Baju gamis milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
Ummu Salamah meriwayatkan : "Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis." [Riwayat At-Tirmizi dan Abu Dawud)


Bekas jejak tapak kaki kanan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Bekas jejak tapak kaki kiri Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Gigi geraham dan rambut Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

2 helaian dari rambut Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Cap mohor bagi surat yang diutus dari Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Cincin Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
[Cincin Rasulullah yang digunakan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq, Khalifah 'Umar Al-Khattab Al-Faruq, dan Khalifah 'Utsman bin Al-'Affan sebelum ia terjatuh ke sumur 'Aris ketika Khalifah 'Utsman sedang mengambil air di situ, menandakan pergolakan dalam jawatan Amirul Mukminin akan berlaku tidak lama kemudian]

Lambang cop mohor dari cincin Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Capal/Sandal kulit milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
Qatadah meriwayatkan : "Saya bertanya kepada Anas bin Malik : "Bagaimana bentuk selipar Rasulullah s.a.w.?" Anas Bin Malik menjawab : "Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal" [Riwayat At-Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad]

P/S: Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yang diletakkan di antara dua jari kaki.


Selipar milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Bekas minuman yang digunakan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Sepatu milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, pemberian dari Raja Najasy [Raja Habshah]

Bendera peperangan milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Bendera peperangan milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam secara jelas

Pedang Al-Ma'tsur dan kain sarung pedang milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Nama-nama 9 bilah pedang milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Topi perang milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Kediaman Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dan Siti Khadijah binti Khuwailid Di Makkah Al-Mukarramah

Pelan rumah dan kawasan perniagaan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dan Siti Khadijah di Makkah Al-Mukarramah

Tempat Siti Fatimah Az-Zahra dilahirkan dalam rumah Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Kolam air yang digunakan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk berwudhu' di rumah beliau

Kawasan permaqaman Ahli Bayt Rasulullah di Makkah Al-Mukarramah

Permakaman Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah pada tahun 1903
[Rasulullah dan para Shohabat sering ke sini]

Kawasan perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah pada tahun 1925

Kawasan perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah sebelum diratakan oleh pihak Ikhwan Najdi

Kawasan perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah terkini

Rajah peta perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah

Nama Nabi :
(Muhammad) Bin 'Abdullah Bin 'Abdul Mutallib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qushai Bin Kilab Bin Murrah Bin Ka'ab Bin Lu'ai Bin Ghalib Bin Fihr Bin Malik Bin An-Nadr Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Elias Bin Mudhor Bin Nizar Bin Ma'ad Bin 'Adnan Bin Add Bin Humaisi' Bin Salaman Bin 'Aus Bin Buz Bin Qamwal Bin Obal 'Awwam Bin Nashid Bin Haza Bin Bildas Bin Yadlaf Bin Tabikh Bin Jahim Bin Nahish Bin Makhi Bin Aid Bin 'Abqar Bin 'Ubaidi Bin Ad-Da'a Bin Hamdan Bin Sanbir Bin Yathrabi Bin Yahzin Bin Yalhan Bin Ar'awi Bin Aid Bin Deshan Bin Aisar Bin Afnad Bin Aihan Bin Muksar Bin Nahith Bin Zarih Bin Sami Bin Wazzi Bin 'Awa Bin Aram Bin Haidir Bin (Isma'il) Bin (Ibrahim) Bin Azar Bin Nahur Bin Saru' Bin Ra'u Bin Falikh Bin Abir Bin Shalikh Bin Arfakhshad Bin Sam Bin (Nuh) Bin Lami' Bin Matulsyalkh Bin (Idris) Bin Yarid Bin Mahla'il Bin Qinan Bin Anwas Bin Syits Bin (Adam).

P/S : ( ) ialah bertaraf Nabi atau Rasul.

Salasilah 25 Rasul yang mulia
Nama-nama lain : Ada 99 nama 
Muhammad, Ahmadun, Haamidun, Mahmuudun, Qaasimun, 'Aaqibun, Faatihun, Syaahidun, Haasyirun, Raasyidun, Masyhuudun, Basyiirun, Nadziirun, Da'in, Haadin, Mahdin, Maahin, Munjin, Naahin, Rasuulun, Nabiyyun, Ummiyyun, Tihaamiyyun, Haasyimiyyun, Abthohiyyun, 'Aziizun, Hariisun 'Alaikum, Rauufun, Rahiimun, Tho Ha, Mujtabaa, Tho Siin, Murtazho, Ha Miim, Musthofaa, Ya Siin, Aulaa, Muzzammil, Waliiyun, Muddatssir, Matiinun, Mushoddiqun, Thoiyibun, Naashirun, Manshuurun, Mishbaahun, Aamirun, Hijaziyyun, Nazariyyun, Qurashiyyun, Mudhariyyun, Nabiyyut Taubah, Haafizhun, Kaamilun, Shaadiqun, Amiinun, 'Abdullah, Kaliimullah, Habiibullah, Najiyyullah, Shofiyyullah, Khatimul Anbiyaa', Hasiibun, Mujiibun, Syakuurun, Muqtashidun, Rasuulur Rahmah, Qawiyyun, Hafiyyun, Ma'muunun, Ma'luumun, Haqqun, Mubiinun, Muthii'un, Awwalun, Aakhirun, Zhaahirun, Baathinun, Yatiimun, Kariimun, Hakiimun, Sayyidun, Siraajun, Muniirun, Muharramun, Mukarramun, Mubashsyirun, Mudzakkirun, Muthohharun, Qariibun, Kholiilun, Mad'uuwun, Jawwaadun, Khaatimun, 'Aadilun, Syahiirun, Syahiidun, dan Rasuulul Malaahim.

[sumber : http://zawiyah.xismis.com

Bangsa Nabi : 'Arab dari suku Quraisy [nama panggilan bagi Fihr, moyang Nabi] 

Agama Nabi : Islam 

Tarikh Lahir Nabi : Subuh hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) bersamaan 20 April tahun 571 Masihi. 

Nama Ibu Kandung Nabi :  

Nama Bapa Kandung Nabi : 'Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Qushoi bin Kilab, anak kepada 'Abdul Mutallib iaitu seorang ketua pembesar kota Makkah dari keluarga Hasyim

Keturunan : Dari keturunan Nabi Isma'il, anak kepada Nabi Ibrahim, kira-kira dalam keturunan ke-40. 

Bidan Kelahiran Nabi : Ummu Mas’ud 

Tempat Lahir Nabi : Syua’ib Bani Hasyim [rumah Abu Talib] di Makkah Al-Mukarramah. 

Bilangan Adik-beradik Nabi : Anak tunggal [anak yatim] 

Nama Ibu Susuan Nabi :
  • Tsuwaibah Al-Aslamiyyah [hamba Abu lahab]
  • Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah
Nama-nama Pengasuh Nabi :

  • Aminah binti Wahab [ibu kandung]
  • Thuwaibah Al-Aslamiyyah
  • Halimatun as-Sa’diyah
  • Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan kepada bapa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam
Nama-nama Bapa Saudara Nabi :

  • Hamzah
  • Al-'Abbas [bapa kepada Ibnu 'Abbas]
  • Abu Talib
  • 'Abdul 'Uzza [Abu Lahab] 
  • Az-Zubir
  • 'Abdul Ka’abah
  • Al-Muqawim
  • Dhirar 
  • Qusam 
  • Al-Mughirah
  • Al-Ghaidaq
Nama-nama Ibu Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa Nabi :
  • Sufiah
  • 'Atikah
  • Barrah
  • 'Urwa
  • Umaimah
  • Ummu Hakim Al-Baidha’
Bapa Saudara Dan Ibu Saudara Nabi Yang Memeluk Islam :
  • Hamzah bin 'Abdul Mutallib
  • Al-A’bbas bin 'Abdul Mutallib
  • Sufiah
  • 'Urwa
Isteri Yang Paling Disayangi Nabi : ‘Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq [ketika kesemua isteri Nabi masih hidup] 

Isteri-isteri Nabi [Ummul Mukminin] : 
  • Khadijah binti Khuwailid.
  • Sa'udah binti Zam'ah.
  • 'Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq
  • Hafsah binti 'Umar bin Al-Khattab
  • Ummi Habibah binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummu Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harits.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar "Ummu Al-Masakin" Ibu Orang Miskin)
  • Mariah Al-Qibtiyyah
Anak Yang Paling Disayangi Nabi : Fatimah Az-Zahra. 

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud : "Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah" [Riwayat Bukhari]

Anak-anak Nabi :
  • Qasim
  • 'Abdullah [gelaran Thoyyib]
  • Ibrahim [anak dari Mariah Al-Qibtiyyah]
  • Zainab [isteri Abu Al-'Ash bin Ar-Rabi']
  • Ruqaiyah [isteri Utsman bin 'Affan]
  • Ummi Kaltsum [isteri Utsman bin 'Affan]
  • Fatimah Al-Zahra [isteri 'Ali bin Abi Talib]
Cucu-cucu [Al-Asbath] Nabi :
  • 'Ali bin Abu Al-'Ash bin Ar-Rabi' [cucu sulung]
  • Umaamah binti Abu Al-'Ash bin Ar-Rabi'
  • 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Affan
  • Hasan bin 'Ali bin Abi Talib
  • Husayn bin 'Alin bin Abi Talib
  • Ummu Kultsum binti 'Ali bin Abi Talib
  • Zainab binti 'Ali bin Abi Talib
  • Muhsin bin 'Ali bin Abi Talib
Cucu Kesayangan Nabi :

  • Hasan bin 'Ali bin Abi Talib [dari beliau salasilah keturunan As-Sayyid]
  • Husayn bin 'Ali bin Abi Talib [dari beliau salasilah keturunan As-Syarif]
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَال:َ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ سَيِّدَا شَبَابِ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَأَبُوهُمَا خَيْرٌ مِنْهُمَا[ابن ماجه]
Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma berkata bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Hasan dan Husayn adalah dua orang pemimpin para pemuda penghuni Syurga dan ayahanda bagi kedua-duanya ['Ali bin Abi Talib] adalah lebih baik dari kedua-duanya" [Riwayat Ibnu Majah dengan sanad Shohih]

Salasilah Keturunan Ahlul Bayt Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
  • Mariah al-Qibtiah
  • Raihanah
Nama-nama Hamba Lelaki :
  • Aslam
  • Abu Rafi’
  • Tsauban
  • Abu Kabsyah Sulaim
  • Syurqan
  • Yasar Nubi
Nama Anak Angkat Nabi : Zaid bin Harithah bin Syarahil 

Nama-nama Khadam Nabi :
  • Anas bin Malik
  • 'Abdullah bin Mas’ud
  • ‘Uqbah bin ‘Amir
  • Asla’ bin Syarik
  • Bilal bin Rabah
  • Abu Dzar al-Ghiffariy
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
  • Abu Bakar As-Shiddiq
  • 'Umar Al-Khattab
  • 'Uthman bin 'Affan
  • 'Ali bin Abi Talib 
  • Zubir Al-'Awwam 
  • 'Amir 
  • 'Amru bin Al-‘As 
  • Zaid bin Tsabit 
  • Mu'awiyyah bin Abi Sufyan 
  • Ubai bin Kaa’b
  • 'Abdullah bin Abi Rawahah
Setiausaha Rahsia Nabi : Huzaifah bin Yaman

Sifat Bentuk Fizikal Nabi : 
Antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah : 
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali ketika pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih dari biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau keperangan tapi campuran keperangan dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
Sifat-sifat Yang Wajib [selaras] Bagi Rasul :
  • As-Shiddiq [benar]
  • Al-Amanah [jujur]
  • At-Tabligh [menyampaikan]
  • Al-Fathonah [bijkasana]
Sifat-sifat Yang Mustahil [berlawanan] Bagi Rasul :
  • Al-Kazib [dusta]
  • Al-Khiyanat [pecah amanah]
  • Al-Kitman [menyembunyikan]
  • Al-Balaadah [bodoh]
Sifat-sifat Yang Harus Bagi Rasul : Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam dan  sifat yang selayaknya seperti manusia

Taraf Pendidikan Nabi : Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis kitab-kitab terdahulu, menerima wahyu sepenuhnya berkenaan kitab-kitab terdahulu] 

Pekerjaan Nabi :
  • Pengembala kambing
  • Berniaga 
Usia Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : Umur 40 tahun ketika ber'uzlah di Gua Hira’, Jabal Qubais, Makkah Al-Mukarramah 

Guru Pertama Nabi : Malaikat Jibrail ‘Alaihi Salam, ketua para Malaikat 

Tugas Utama [Objektif] : 

Menyeru manusia mentauhidkan Allah 'Azza Wa Jalla

Jawatan Yang Diamanahkan kepada Nabi : 
  • Menjadi Nabi
  • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin [Imamats Tsaqalain]
  • Ketua pemerintah negara Islam di Madinah
Keistimewaan Nabi :
  • Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
  • Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama, iaitu Al-Qur’an.
  • Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [Khotamun Nabiyyin].
  • Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Di Kalangan Para Nabi :
  • Ulul ‘Azmi أولوالعزم [banyak menempuhi ujian berat daripada Allah]
  • صلى الله عليه وسلم [selawat Allah ke atasnya dan sejahteralah] 
Kenangan Manis Nabi : Dibawa mengembara dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj 

Kenangan Pahit Nabi :
  • Diusir oleh penduduk Tha’if dengan dibaling batu sehingga berdarah semasa berda'wah di sana.
  • Semasa peperangan Uhud [bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutallib dibunuh Wahsyi, hamba kepada Hindun dan jantung beliau dimamah oleh Hindun]
Pengalaman Pertama Nabi Menerima Wahyu : Turunnya ayat Iqra’ [ayat 1-5 surah Al-'Alaq] pada 12 Rabi’ul Awwal di Gua Hira', Jabal Qubais, Makkah Al-Mukarramah 

Pengalaman Yang Menggerunkan Nabi : Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa [Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam dalam rupa bentuk 600 sayap meliputi Timur dan Barat] 

Usia Ketika Hijrah ke Madinah : Ketika berumur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Shiddiq , sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawwal bersamaan 24 September tahun 622 Masihi. 

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha katanya: "Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar : "Nabi s.a.w. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting" Ketika Nabi s.a.w. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya : "Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar" Berkata Abu Bakar : "Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ‘Aisyah dan Asma’" Sabda Nabi s.a.w. : "Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?" Berkata Abu Bakar : "Anda perlukan teman, ya Rasulullah!" Sabda Baginda : "Ya, kawan" Berkata Abu Bakar : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda" Sabda Nabi : "Kuambil seekor dengan harganya" [Riwayat Bukhari]

Orang Yang Pertama Didakwah Nabi Dan Memeluk Islam :
  • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Shiddiq.
  • Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
  • Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
  • Hamba : Zaid bin Harithah 
Sahabat-sahabat Nabi Paling Kanan :
  • Abu Bakar as-Shiddiq.
  • 'Umar al-Khattab.
  • 'Uthman bin 'Affan.
  • 'Ali bin Abu Talib 
Mertua Dan Menantu Nabi Dari Kalangan Sahabat :
  • Abu Bakar As-Shiddiq [bapa mertua]
  • 'Umar Al-Khattab [bapa mertua].
  • 'Uthman bin 'Affan [menantu]
  • 'Ali bin Abi Talib [menantu]. 
Berita Yang Mengembirakan Nabi : Keislaman 'Umar bin al-Khattab. 

Berita Yang Menyedihkan Nabi:
  • Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri pertama Nabi].
  • Kematian Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
  • Syahidnya Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi] di peperangan Uhud. 
Peristiwa Yang Mengembirakan Nabi : Pembukaan Kota Mekah [Futuuhul Makkah]

Penglibatan Nabi Dalam Peperangan :
  • Peperangan Badar
[17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah]
  • Peperangan Uhud
[hari Sabtu, 15 Syawwal tahun ke-3 Hijrah]
  • Peperangan Khandaq
[bulan Syawwal, tahun ke-5 Hijrah]
  • Peperangan dengan Bani Quraizah
[tahun ke-5 Hijrah]
  • Perjanjian Al-Hudaibiyyah
[bulan Dzul Qa'idah, tahun ke-6 Hijrah]
  • Peperangan Khaibar
[akhir bulan Muharram, tahun ke-7 Hijrah]
  • Al-Futuhul Makkah
[bulan Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah]
  • Peperangan Hunain
[10 Syawwal, tahun ke-10 Hijrah]
  • Peperangan Tabuk
[bulan Rajab, tahun ke-9 Hijrah]
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati Nabi :
  • Negeri Syam
Daripada Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasullullah shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat Rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi]

Riwayat hadis Ibnu Hawalah radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi SAW bersabda : "Akan berlaku pada urusan (agama ini), hingga kamu akan menjadi tentera yang berpasukan-pasukan. Tentera di Syam, tentera di Yaman dan tentera di Iraq" Kata Ibnu Hawalah : "Pilihkanlah tempat untukku wahai Rasullulah sekiranya engkau kehendaki" Lalu, Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu berada di Syam, sesungguhnya ia adalah bumi pilihan Allah di mana di situlah terdapat hamba-hamba pilihanNya. Sekiranya engkau tidak dapat menempatkan diri disana, hendaklah engkau berada di Yaman. Berilah minum daripada tadahan air kamu. Maka sesungguhnya Allah telah memberi jaminan kepadaku dengan negeri Syam dan penduduknya" [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih]
  • Baitul Muqaddis [Palestin]
Abu Hurairah dan Abu Sa'id Al-Khudriy radhiyallahu 'anhuma telah berkata bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir [berkelana] kecuali untuk menuju ke tiga tempat ini : Masjid Al-Haram, masjidku (Masjid An-Nabawi) dan Masjid Al-Aqsa" [Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi saw bersabda : "Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala" 
Para sahabat bertanya : "Dimanakah tempat mereka itu ya Rasulullah saw?" 
Baginda saw menjawab: "Di Baitul Muqaddis dan di ankaf (sekitar) Baitul Muqaddis" [Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad dan al-Haithami dalam kitab Zawaid telah memberikan komentar : "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad (anak Imam Ahmad bin Hanbal) juga At-Tabrani dan perawinya adalah org-orang yang thiqah(dipercayai)" 
Catatan Rekod Dunia : Pengembaraan yang jauh menaiki Buraq dari bumi Makkah ke tanah Baitul Muqaddis, Palestin sehingga naik ke Sidratul Muntaha, bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum waktu Subuh [Isra’ Wal Mi’raj]
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Firman Allah : "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" [Surah Al-Isra', ayat 1]

P/S : Jarak perjalanan dari Makkah ke Baitul Muqaddis mengambil masa 1 bulan dengan menunggang unta. Buraq ialah haiwan Syurga berkelajuan lebih pantas dari sekilas mata memandang. 

Sahabat Yang Paling Disayangi Nabi : Abu Bakar As-Shiddiq kerana membenarkan segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam. 

Sabda Rasululla shollallahu 'alaihi wasallam : “Abu Bakar mengungguli kamu semua bukan kerana banyaknya sembahyang dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Imam Abu Hamid Al-Ghazali di Ihya’ Ulumuddîn)

Nasihat Nabi :

Imam Abu Dawud meriwayatkan dari sahabat yang mulia Al-‘Irbadh bin Sariyah radlhiyallahu 'anhu, bahwa ia berkata:  Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menasihatkan kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati-hati kami dan air mata pun berlinang karenanya. Maka ketika itu kami mengatakan: “Duhai Rasulullah, nasihat ini seperti nasihat orang yang mau mengucapkan selamat tinggal, karena itu berilah wasiat kepada kami.” Beliau pun bersabda: “Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru ( bid‘ah) itu sesat.” [Riwayat Abu Dawud] 

Wasiat Nabi :

'Ali bin Abi Talib r.a. berkata : Ketika telah turun surat An-Nashr, Rasulullah saw sakit dan pada hari kamis Rasulullah keluar dengan kepala diikat. Kemudian naik di atas mimbar dan duduk di atas mimbar dengan muka yang pucat dan airmata yang berlinang. Lalu memanggil Bilal dan menyuruhnya berseru di Madinah mengajak orang – orang supaya berkumpul untuk mendengar dan menerima wasiat Nabi saw sebagai wasiat yang terakhir.

Maka berkumpullah semua penduduk Madinah, kecil, besar, laki–laki dan perempuan sehingga mereka tinggalkan rumah terbuka dan pasar kosong, serta tidak ketinggalan gadis–gadis pingitan sama–sama keluar untuk mendengarkan wasiat Rasulullah saw sehingga penuhlah masjid. Nabi saw berkata : “Berilah kesempatan kepada orang–orang yang di belakang supaya masuk.”

Kemudian Nabi saw berdiri sambil menangis dan mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, lalu memuji syukur kepada Allah sebagaimana lazimnya dan membaca shalawat untuk semua Nabi juga pada dirinya. Lalu bersabda :

“Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutthalib bin Hasyim bangsa Arab kelahiran haram Mekkah yang tiada nabi sesudahku. Hai semua manusia, diriku ini telah diberitakan akan mati, telah dekat akan meninggalkan dunia ini dan aku telah rindu kepada Tuhanku, maka alangkah sedihnya meninggalkan ummatku, apakah yang mereka katakan kelak sepeninggalku, ya Allah selamatkan, selamatkan. Hai manusia, dengarlah wasiyatku, perhatikan dan ingat – ingatlah, yang hadir harus menyampaikan kepada yang tidak hadir. Karena ini wasiyatku yang terakhir kepada kamu. Hai manusia, Allah telah menerangkan kepada kamu dalam kitab yang diturunkanNya, apa yang halal dan yang haram, yang harus kamu lakukan dan yang kamu tinggalkan, maka gunakanlah yang halal, tinggalkanlah yang haram, percayalah pada yang mutasyabih, laksanakan yang muhkam (tegas) dan jadikan sebagai peringatanmu yang berupa contoh–contoh itu.”

Nabi saw melihat ke langit sambil berkata :

“Ya Allah saya telah menyampaikan maka saksikanlah. Hai manusia, awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat menyesatkan yang jauh dari tuntunan rahmat Allah dan surga, bahkan dekat kepada neraka. Hendaklah kamu menjaga jama’ah (persatuan) dan istiqomah (tetap lurus) karena ini dekat kepada Allah dan surga, jauh dari api neraka.

Ya Allah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam menjaga agama dan amanat yang diamanatkan kepadamu. Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam memelihara budak – budakmu, berilah mereka makan dari apa yang kamu makan, pakaian dari apa yang kamu pakai dan jangan memaksa mereka apa yang mereka tidak kuat, karena mereka itu juga tercipta dari daging dan darah, makhluk yang sama seperti kamu, ingatlah yang aniaya pada mereka, maka akulah lawannya pada hari kiamat dan Allah hakimnya. Takutlah kepada Allah dalam memelihara istri, tepatilah mahar mereka dan jangan menganiayai mereka niscaya kamu akan diharamkan dari hasanat – hasanatmu di hari kiamat.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, ajarkan kepada mereka akhlak sopan santun, sebab mereka ditanganmu bagaikan tawanan dan amanat, ingatlah saya telah menyampaikan. Hai manusia, patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari turunan budak Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir itu berarti ta’at padaku, siapa yang taat padaku berarti taat kepada Allah dan siapa yang menentang mereka berarti menentang aku dan siapa yang menentang aku berarti ma’siyat kepada Allah. Ingatlah jangan keluar dari mereka dan jangan memutuskan janjimu pada mereka.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, hendaklah kamu cinta pada keluargaku, ahli – ahli Al Qur’an dan cinta pada ulama – ulamamu, jangan kamu membenci atau hasud kepada mereka, jangan kamu menghina kepada mereka, ingatlah siapa yang cinta kepada mereka berarti cinta kepadaku, siapa yang cinta padaku maka cinta kepada Allah dan siapa yang benci pada mereka berarti benci padaku, siapa benci padaku maka benci kepada Allah.

Ingatlah,  aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah solat lima waktu dengan menyempurnakan wudhu’, menyempurnakan ruku’ dan sujudnya. Hai manusia, keluarkan zakat hartamu, ingatlah siapa yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak dianggap sholatnya, tidak beragama, tidak dianggap puasa, haji dan jihadnya.

Ya Allah saya telah menyampaikan.

Hai manusia, sungguh Allah telah mewajibkan haji pada orang yang kuasa melakukan perjalanannya dan siapa yang tidak melaksanakannya, boleh pilih apakah akan mati yahudi, nasrani atau majusi, kecuali jika ia berudzur penyakit yang menahannya atau raja yang dzalim. Ingatlah bahwa ia tidak akan mendapat syafa’atku dan tidak akan minum dari haudh (telaga)-ku.

Ingatlah saya telah menyampaikan.

Hai manusia, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat di suatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah lidahmu, tangiskan matamu, tundukkan hatimu, letihkan badanmu, berjihadlah melawan musuhmu, makmurkan mesjidmu, ikhlaskan imanmu, nasihatilah teman – temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu, jagalah kemaluanmu, bersedekahlah dari hartamu, jangan hasud menghasud niscaya akan hilang hasanatmu dan janganlah ghibah (menyebut aib orang lain) niscaya binasa kamu.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, berusahalah kamu untuk memerdekakan budak – budakmu dan berbuatlah kebajikan untuk hari kebutuhan dan hajatmu. Hai manusia, jangan menganiaya sebab Allah sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang kejam aniaya, kamu yang menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali, Allah tidak rela jika kamu berbuat ma’siyat.

Hai manusia, sesungguhnya siapa yang berbuat kebajikan maka untungnya untuk dirinya sendiri, begitu pula sebaliknya jika berbuat kejahatan maka ditanggung sendiri, dan Tuhan tidak menganiaya pada hamba – hambanNya. Jagalah dirimu dari hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah, kemudian tiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya dan mereka tidak dianiaya.

Hai manusia, sesungguhnya saya akan menghadap kepada Tuhanku dan saya telah diberitahu akan meninggal karena itu aku titipkan kamu kepada Allah yaitu agama dan amanatmu.

Wassalamu alaikum hai para sahabatku dan semua ummatku. Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh”.

Kemudian beliau turun dari mimbar lalu masuk rumah dan tidak keluar lagi sesudah itu"

Syafa'at Nabi :

Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.



  • Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab, ayat 56) 
  • Sabda Nabi S.A.W. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." (Hadis Riwayat At-Tabrani)
  • Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
  • Sabda Nabi S.A.W. "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku, tidak membaca selawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
  • Sabda Nabi S.A.W. "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Tirmizi) 
Tarikh Wafat : Pagi hari Isnin, 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun tahun 632 Masihi ketika berumur 63 tahun , 4 hari 


Sabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam :

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas bin Malik) 

Di ketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). 
Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” 
Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. 
Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

SEKITAR PERJALANAN HIDUP RASULULLAH SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


Aurat & Niqab : Pemakaian Islamik Dari Perspektif 4 Mazhab Feqah

APA ITU AURAT?


Istilah Bahasa : Diambil dari perkataan 'Arab ‘العار’ yang bererti 'aib
Istilah Feqah : Bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
DALIL-DALIL BERKENAAN PERINTAH PENUTUPAN 'AURAT
Allah S.W.T berfirman :-
33:33 
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai “ahlul bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)” [Surah Al-Ahzab, ayat 33]
Allah S.W.T. juga telah berfirman :-
33:59 
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” [Surah Al-Ahzab, ayat 59]
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat lelaki adalah menutup dari pusat hingga lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
24:31
"Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"  [Surah An-Nur, ayat 31]

Panduan pemakaian jilbab [baju kurung] dengan sempurna

BATASAN 'AURAT
Semua imam mazhab mensyaratkan menutup aurat supaya sembahyang menjadi sah sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi para fuqahak’ mempunyai pendapat berbeza dalam menetapkan batas aurat bagi orang lelaki, hamba perempuan dan juga orang perempuan biasa (bukan hamba). Pendapat mereka secara terperinci adalah seperti berikut:
AURAT MENURUT MAZHAB HANAFIYYAH
  • Aurat orang lelaki ialah dari pusat hingga paras lutut. Maka lutut adalah aurat menurut pendapat yang sah berdasarkan hadith berikut :"Aurat orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lututnya" [Hadith Nabi]
Berdasarkan sebuah Hadith Dha’if menurut pendapat al-Daruqutni : "Lutut adalah sebahagian daripada aurat"
"...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…" (Surah An-Nur, ayat 31)
  • Aurat hamba perempuan ialah dari pusat hingga paras lutut tetapi ditambah belakang badan, perut dan sisinya
Ini berdasarkan perkataan Umar r.a. yang bermaksud: "Buangkanlah kain tudung kepala wahai hamba perempuan. Apakah kamu menyerupai wanita-wanita yang merdeka?"
Disebabkan dia (hamba perempuan) keluar dari rumah untuk keperluan tuannya dengan memakai pakaian kerjanya seperti biasa, maka dianggap sebagai muhrim (orang yang diharam kahwin) bagi orang lain untuk mengelakkan kerumitan.
  • Orang perempuan (selain hamba) dan khunsa (orang yang tidak tentu sifat jantinanya samada lelaki atau perempuan) iaitu pendapat yang sah di kalangan ulama’ Hanafi, aurat mereka ialah seluruh anggota tubuh sehingga rambutnya yang berjuntai, kecuali muka, kedua-dua tapak tangan dan kedua-dua kakinya (pergelangan hingga hujung jari), baik di sebelah luar mahupun sebelah tapak menurut pendapat yang muktamad kerana darurat.

Pendapat yang rajih [kuat], suara bukanlah aurat.

Menurut pendapat yang azhar [jelas], sebelah luar tapak tangan adalah aurat tetapi menurut pendapat yang sah [shohih], tapak tangan dan sebelah luarnya bukan aurat.

Menurut pendapat yang mu'tamad, kedua-dua kaki bukan 'aurat semasa solat tetapi menurut pendapat yang shohih, kedua-duanya adalah 'aurat dari segi penglihatan dan penyentuhanTempat perhiasan yang zahir ialah muka dan dua tapak tangan


Dari Ibn Abbas dan Ibn Umar, dan sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam : "Orang perempuan itu aurat, apabila ia keluar, maka syaitan memandang kepadanya" 

Dan Hadith riwayat `Aisyah yang telah disebut sebelum ini: "Wahai Asma’, orang perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini. Baginda menunjukkan kepada mukanya dan kedua-dua tapak tangannya" 

Begitu juga Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini: "Allah S.W.T. tidak menerima sembahyang orang perempuan yang sudah datang haid (baligh) tanpa tudung kepala." 

Ditegah perempuan remaja daripada memperlihatkan mukanya di kalangan orang lelaki. Tegahan itu bukan kerana muka itu sebagai aurat, tetapi untuk mengelak timbulnya fitnah atau nafsu syahwat. Tujuan tegahan memperlihatkan mukanya adalah kerana dibimbangkan orang lelaki akan melihat mukanya yang boleh mengakibatkan timbul fitnah. Ini kerana dengan memperlihatkan muka membolehkan orang lelaki memandangnya dengan keinginan syahwat. 

Tidak harus melihat muka dengan nafsu Syahwat khususnya muka :-
  1. Orang perempuan
  2. Pemuda yang belum tumbuh misai dan janggut (yang masih terlalu muda)

kecuali kerana keperluan, seperti Qadhi, saksi atau pembuktian terhadapnya dan orang yang ingin meminang boleh melihatnya sekalipun timbul nafsu syahwat, tetapi dengan niat beramal dengan Sunnah Nabi, bukan untuk memuaskan nafsu. Begitu juga ketika mengubati tempat yang sakit sekadar yang diperlukan. 

Menurut pendapat yang muktamad di kalangan ulama’ Hanafi, mendedahkan satu per empat bahagian anggota aurat yang berat [mughallazah] iaitu kemaluan hadapan dan belakang dan sekelilingnya, ataupun aurat ringan [mukhaffafah] iaitu selain dua kemaluan dengan tidak sengaja selama kadar melakukan satu rukun sembahyang, maka terbatal solat itu. Ini disebabkan satu per empat bahagian sama hukumnya dengan seluruh bahagian, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi tidak terbatal solat jika terdedah kurang daripada satu per empat. 

Jika seseorang mendedahkan satu per empat daripada perut, paha, rambut yang berjuntai daripada kepala, kemaluan belakang, zakar, kedua-dua buah zakar atau kemaluan hadapan perempuan, maka terbatal solatnya jika berlalu selama kadar melakukan satu rukun sembahyang, tetapi jikalau tidak berlalu selama kadar tersebut, maka tidak terbatal solatnya itu. 

AURAT MENURUT MAZHAB MALIKIYYAH

Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai. Ketika bersolat, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut :-
  • Aurat orang lelaki ketika bersolat ialah aurat berat [mughallazah] sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas: 

"Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya"
  • Aurat hamba perempuan ialah kedua-dua kemaluan dan papan punggung. Oleh itu, jika terdedah sesuatu daripadanya atau terdedah paha seluruhnya atau sebahagian daripadanya, maka hendaklah diulangi sembahyang dengan segera sebagaimana juga orang lelaki.

Waktu mengulangi sembahyang bagi sembahyang Zuhur dan Asar ialah semasa matahari kekuningan. Bagi sembahyang Maghrib dan Isya’ pula ialah seluruh malam dan bagi sembahyang Subuh semasa naik matahari.
  • Aurat berat [mughallazah] orang perempuan [bukan hamba] ialah seluruh badan kecuali dada, tepi kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki (dari pangkal paha hingga hujung jari) dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dada sama hukumnya dengan dada.

Jika terdedah aurat ringan (mukhaffafah) daripada dada atau sebahagian daripadanya sekalipun belakang kakinya bukan perut kakinya, maka hendaklah diulangi sembahyang pada masa yang dikehendaki sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, iaitu bagi waktu Zuhur dan Asar sewaktu kekuningan dan bagi waktu Maghrib dan Isya’ sepanjang malam dan bagi waktu Subuh ialah naik matahari. Itu adalah daripada segi sembahyang. 

Dari segi pandangan dan solat, maka diwajibkan juga menutupnya. Tidak disyaratkan tutup aurat bagi orang lelaki dan hamba perempuan di luar sembahyang. Aurat orang perempuan (selain hamba) di hadapan orang perempuan Islam atau Kafir ialah antara pusat dengan lutut

Wajib menutup seluruh tubuh orang perempuan (selain hamba) ketika berada di hadapan lelaki asing (bukan muhrim) kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan, kerana kedua duanya bukan aurat. Namun begitu diwajibkan juga menutup muka dan tapak tangan supaya tidak menimbulkan fitnah. 

Orang lelaki tidak dibenarkan melihat dada orang perempuan muhrim dan seumpamanya, sekalipun sebab menjadi muhrim itu kerana persemendaan dan persusuan, kecuali muka dan bahagian-bahagian termasuk tengkuk, kepala dan belakang tapak kaki dan sekalipun penglihatan itu tidak menimbulkan keseronokan. 

Hukum tersebut berbeza dengan hukum di sisi ulama’ Syafi’i dan para ulama’ lain yang membenarkan melihat seluruh tubuh kecuali antara pusat dan lutut. Kebenaran itu adalah sebagai kemudahan (fushah).
  • Aurat berat [mughallazah] bagi orang lelaki ialah kemaluan hadapan dan lubang dubur. Aurat ringan mereka ialah bahagian-bahagian selain kemaluan hadapan dan lubang dubur yang terdapat di antara pusat dan lutut.
  • Aurat berat [mughallazah] bagi hamba perempuan ialah kedua-dua papan punggung dan yang terdapat di antara seperti lubang dubur, kemaluan hadapan dan yang di atas daripada ari-ari. Aurat ringan [mukhaffafah] baginya ialah paha dan apa yang terdapat di atas ari-ari sehingga pusat
  • Aurat berat [mughallazah] bagi orang perempuan (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya kecuali kaki, tangan, dada dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dada. Aurat ringan [mukhaffafah] baginya ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya.

Jika seseorang melakukan solat dalam keadaan terdedah aurat berat, sedangkan ia tahu dan berdaya untuk menutupinya sekalipun dengan membeli atau meminjam, menurut pendapat yang rajih, maka terbatal solatnya dan hendaklah diulangi menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Maliki. 

Sebaliknya, seseorang yang melakukan solat dalam keadaan terdedah aurat ringannya, maka tidak terbatal sembahyangnya sekalipun hukum membuka aurat ringan ialah makruh dan diharamkan melihatnya. Walaupun begitu, digalakkan orang yang melakukan solat dalam keadaan terdedah aurat ringannya supaya mengulangi sembahyangnya itu dalam waktu darurat (bagi Zuhur dan Asar ialah waktu kekuningan, Maghrib dan Isya’ pula ialah sepanjang malam dan Subuh waktu terbit matahari). 

Diharamkan melihat aurat ketika terdedah, sekalipun tidak menimbulkan keseronokan. Tetapi melihatnya ketika tertutup hukumnya harus kecuali jika diintai dari sebelah atas penutupnya, maka hukumnya adalah tidak harus. 
  • Aurat dinisbah dari segi pandangan bagi orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lutut
  • Aurat orang perempuan ketika berada di hadapan orang lelaki asing [bukan muhrim] ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya dan ketika berada di hadapan lelaki muhrimnya ialah seluruh tubuhnya kecuali muka, kepala, tengkuk, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki
Tetapi jika dibimbangi menimbulkan keseronokan, maka haram mendedahkan perkara-perkara tadi. Pengharaman itu bukan kerana perkara tersebut menjadi aurat, tetapi kerana dibimbangi menimbulkan keseronokan. Orang perempuan dengan orang perempuan atau dengan muhrimnya sama seperti lelaki dengan lelaki, boleh dilihat selain yang terdapat antara pusat dengan lutut

Bahagian yang boleh dilihat oleh orang perempuan pada orang lelaki asing [bukan muhrim] adalah sama dengan hukum orang lelaki dengan muhrim-muhrimnya, iaitu boleh dilihat pada muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki

AURAT MENURUT MAZHAB SYAFI`IYYAH
  • Aurat orang lelaki ketika bersolat, tawaf dan ketika berada di hadapan orang lelaki asing [ajnabi] dan orang perempuan yang muhrim ialah antara pusat dengan lututnya.

Ini berdasarkan riwayat al Harith bin Abi Usamah daripada Abu Usamah daripada Abu Said al-Khudri r. a.: "Aurat orang Mu’min ialah antara pusat dengan lututnya" dan riwayat al-Baihaqi: "Dan apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya" serta sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami: "Tutuplah pahamu, sesungguhnya paha itu aurat" 

Menurut pendapat yang sahih di kalangan ulama` Syafi’i, pusat dan lutut tidak dikira sebagai aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Anas yang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w. mendedahkan pahanya, sebagaimana yang diterangkan dalam Mazhab Maliki sebelum ini tetapi diwajibkan menutup sebahagian lutut supaya tertutup juga paha dan begitu juga sebahagian pusat supaya tertutup, juga bahagian di bawah pusat, kerana apabila tidak sempurna kewajipan kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu juga menjadi wajib sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ulama’ Syafi’i, Hanbali dan Maliki [Usul al-Fiqh halaman 236]
  • Aurat lelaki ketika berada di hadapan perempuan asing (bukan muhrim) daripada segi penglihatan ialah seluruh tubuhnya, dan ketika keseorangan hanya dua kemaluan sahaja. Hujah ulama’ Maliki yang bersandarkan kepada Hadith riwayat Anas dan ‘Aisyah yang membuktikan bahawa paha bukan sebahagian daripada aurat ditolak dengan empat (4) alasan:

  1. Hadith tersebut menceritakan perbuatan, sedangkan hujung paha dibenar didedahkan khususnya ketika peperangan dan permusuhan serta Usul Al-Fiqh menetapkan bahawa perkataan lebih kuat hujahannya daripada perbuatan.
  2. Hadith yang diriwayatkan oleh Anas dan `Aisyah tidak dapat menguatkan penentangan terhadap perkataan-perkataan ulama’ yang sahih lagi umum.
  3. Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah dalam Sahih Muslim adalah diragui. Hadith itu bermaksud: "Bahawa Rasulullah s.a.w. berbaring di rumahku sedangkan kedua-dua paha atau betisnya terdedah"
  4. Betis tidak dikira sebagai aurat menurut ijma` ulama’, maka bahagian yang terdedah itu diragui apakah betis ataupun paha yang terdedah.
Pendedahan paha yang menjadi isu dalam peristiwa ini adalah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. kerana tidak ada bukti yang menunjukkan Bahawa perbuatan itu menjadi ikutan. Oleh itu, wajib berpegang dengan perkataan-perkataan yang jelas menunjukkan Bahawa paha adalah sebahagian daripada aurat.

  • Aurat hamba perempuan ialah sama seperti aurat orang lelaki menurut pendapat yang sah, kerana kepala dan tangan hamba perempuan dan orang lelaki dikira bukan aurat dan kerana kepala dan tangan adalah anggota yang terpaksa dibuka untuk digunakan.
  • Aurat orang perempuan (selain hamba) dan juga khunsa (orang yang tidak tentu jantinanya atau yang mempunyai kedua-dua organ jantina) ialah pada seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada belakang tapak tangan atau perut tapak tangan yang meliputi dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan. 
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:

24:31 
"...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya... " [Surah An-Nur, ayat 31]

Ibn Abbas dan `Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang zahir itu ialah muka dan kedua-dua tapak tangan kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang orang perempuan yang berihram (sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah) daripada memakai sarung tangan dan penutup muka.

Jika muka dikira sebagai aurat, nescaya tidak diharamkan menutupnya semasa berihram kerana terpaksa dibuka muka untuk keperluan berjual beli dan membuka tapak tangan untuk keperluan mengambil dan memberi sesuatu, maka ia tidak dikira sebagai aurat.

Jika terdedah sebahagian daripada aurat ketika bersembahyang sedangkan berupaya menutup kedua-duanya, maka terbatal sembahyang itu, kecuali jika terdedah disebabkan oleh tiupan angin atau kerana terlupa dan ditutup dengan segera, maka tidak terbatal solat itu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika terdedah aurat bukan kerana tiupan angin atau dengan sebab binatang atau kanak-kanak yang belum mumaiyiz, maka terbatal solat itu.

Orang lelaki tidak wajib menutup auratnya daripada pandangannya sendiri, tetapi makruh melihat auratnya.
  • Aurat orang perempuan (selain hamba) semasa di luar sembahyang dan di hadapan orang lelaki asing (bukan muhrim) ialah seluruh badannya dan semasa di hadapan orang perempuan kafir juga seluruh badannya kecuali anggota yang terpaksa dibuka untuk keperluan pekerjaan dan menunaikan hajat. Adapun semasa di hadapan orang perempuan Islam dan orang lelaki muhrim, auratnya ialah antara pusat dengan lututnya.
Dalil seluruh utama’ tentang kewajipan menutup aurat dan tegahan terhadap orang lelaki daripada melihat aurat lelaki lain, dan tegahan terhadap orang perempuan daripada melihat aurat orang perempuan lain ialah :-
Hadith riwayat Abu Sa’id al-Khudri: "Orang lelaki tidak boleh memandang aurat orang lelaki lain dan orang perempuan tidak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang lelaki lain dalam satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama sama orang perempuan lain dalam satu pakaian"

Hadith riwayat Bahzu bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya yang bermaksud: "Aku berkata : "Wahai Rasulullah s.a.w., aurat apakah boleh kita dedahkannya dan apakah ditegah?" 
Sabdanya : "Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu" 
Kataku : "Sekiranya orang ramai?" 
Sabdanya : "Jika terdaya mengelak daripada dilihat oleh sesiapa pun, maka jangan dibiarkan dilihat" 
Kataku : "Jika salah seorang daripada kami berkeseorangan?" 
Sabdanya : "Maka Allah Taala lebih utama untuk malu kepada-Nya"

Hadith itu menunjukkan tidak harus bertelanjang di tempat kosong dan ia disokong oleh hadith riwayat Ibn Umar menurut At-Tirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Janganlah kamu bertelanjang, sesungguhnya bersama-sama kamu ada (malaikat) yang tidak berpisah dari kamu kecuali ketika kamu membuang air dan ketika seseorang lelaki itu berseronok-seronok dengan ahlinya, maka malulah kepada mereka (malaikat) dan hormatilah mereka"

Al-Bukhari mengatakan harus bertelanjang ketika mandi berdasarkan kisah Nabi Musa dan Nabi Ayub.

AURAT MENURUT MAZHAB HANBALIYYAH
  • Aurat orang lelaki ialah apa yang ada antara pusat dengan lututnya. Ini berdasarkan hadith yang telah disebutkan sebelum ini dan yang dipakai oleh ulama’ Hanafi dan Syafi’i sebagai dalil mereka. Tetapi pusat dan lutut bukan aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shu’aib yang telah disebutkan sebelum ini : "… Bahawa apa yang di bawah pusat sehingga lutut adalah aurat" dan Hadith Abu Ayyub al-Ansari : "Di bawah pusat dan di atas kedua-dua lutut ialah aurat"

Alasannya bahawa lutut ialah batas bukan aurat seperti pusat. Orang khunsa musykil [seseorang yang mempunyai dua organ jantina yang tidak jelas sama ada lelaki ataupun perempuan] tidak diwajibkan menutup aurat oleh kerana tidak jelas sifatnya.

Di samping itu, agar solat menjadi sah, menurut yang zahir daripada mazhab ini diwajibkan ke atas orang lelaki menutup salah satu bahunya sekalipun dengan kain yang nipis yang boleh menjelaskan warna kulit kerana kewajipan menutup bahu adalah berdasarkan Hadith : "Janganlah seseorang lelaki itu melakukan sembahyang di dalam satu kain yang tidak ada sesuatu apa pun di atas bahunya"
Larangan tersebut menunjukkan pengharaman dan lebih diutamakan daripada qiyas. Abu Daud meriwayatkan daripada Buraidah : "Rasululah s.a.w. melarang seseorang daripada melakukan sembahyang di dalam selimut dan menutup bahu (seperti selimpang) dengannya"
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sesuatu yang hanya dapat menutup sama ada aurat sahaja atau baju sahaja, maka hendaklah dia menutup auratnya dan wajib sembahyang secara berdiri. 
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. : "Jika kain itu luas, maka selisihkan dan ikatkan kedua-dua tepinya dan jika ia sempit, maka ikatkan kuat-kuat pada pinggangnya"

Orang lelaki hendaklah menutup auratnya daripada penglihatan orang lain, bahkan daripada penglihatannya sendiri ketika sedang mengerjakan sembahyang. Jika ternampak auratnya melalui saku bajunya yang terbuka luas apabila rukuk` atau sujud, maka hendaklah dikancingkannya atau seumpamanya supaya ia tertutup. Ini kerana perintah menutup aurat itu adalah umum.

Begitu juga diwajibkan menutup aurat sekalipun ketika keseorangan atau di dalam gelap. Ini berdasarkan Hadith riwayat Bahzu bin Hakim yang telah disebut sebelum ini yang bermaksud : "Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu … "

Tidak diwajibkan menutup aurat dengan tikar, tanah, dan lumpur yang berada di dalam parit, kerana benda-benda itu tidak tetap dan di dalam parit pula menyusahkan. Tidak terbatal sembahyang jika terdedah sebahagian kecil aurat. Ini berdasarkan riwayat Abu Daud daripada Umru bin Salmah yang terdedah kain tutupnya ketika sujud kerana singkat. Jika terdedah sebahagian besar daripada aurat, maka terbatal solat. Perbezaan sama ada aurat yang terdedah kecil atau besar adalah menurut kebiasaan.

Sebaliknya, jika terdedah sebahagian besar daripada aurat dengan tidak sengaja dan ditutup pada ketika itu juga tanpa berlalu masa panjang, maka tidak terbatal solat. Ini di sebabkan pendek masa sama pendek dengan ukuran. Tetapi jika berlalu masa yang panjang atau sengaja dibuka, maka terbatal solat itu secara mutlak.
  • Aurat hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki, iaitu apa yang ada antara pusat dengan lutut menurut pendapat yang rajih. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shuaib (Hadith marfuk yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud : "Dan apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya"
  • Aurat orang perempuan yang sudah baligh (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya kecuali muka. Menurut pendapat yang rajih daripada dua riwayat di kalangan ramai ulama’, kedua-dua tapak tangan juga terkecuali
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
24:31
"...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..." [Surah An-Nur, ayat 31]
Ibnu 'Abbas dan 'Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang zahir ialah muka dan kedua-dua tapak tangan dan tidak boleh mendedah selain muka dan kedua-dua tapak tangannya semasa solat.

Ini berdasarkan Hadith-hadith yang telah disebutkan sebelum ini menurut pendapat ulama’ Syafi’i.

Dalil yang mewajibkan tutup kedua-dua kaki ialah Hadith riwayat Ummu Salamah yang bermaksud: "Aku bertanya : "Wahai Rasulullah, adakah orang perempuan bersembahyang dengan memakai baju dan tudung kepala tanpa sarung?" 
Baginda menjawab : "Ya, jika bajunya labuh, maka tutupilah belakang kakinya"

Hadith tersebut menunjukkan wajib menutup kedua-dua belah kaki kerana ia kawasan yang tidak boleh dibuka semasa berihram haji dan umrah, maka tidak boleh juga didedahkan ketika bersembahyang seperti kedua-dua betis.

Memadai bagi orang perempuan menggunakan pakaian yang cukup untuk menutup bahagian yang wajib sahaja. Ini berdasarkan Hadith riwayat Ummu Salamah yang tersebut tadi. Tetapi digalakkan melakukan sembahyang di dalam baju yang labuh yang dapat menutup kedua-dua kakinya dan tudung kepala yang boleh menutup kepala dan tengkuk dan selendang yang diselimuti dari atas baju.

Hukum terdedah aurat orang perempuan, selain muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada kecil atau besar adalah sama hukumnya dengan kes orang lelaki seperti yang telah dibincang kan sebelum ini. Aurat orang perempuan di hadapan orang lelaki muhrimnya ialah seluruh tubuh kecuali muka, tengkuk, kedua-dua belah tangan, kaki dan betis.

Sebagaimana pendapat ulama’ Syafi'i juga, ulama’ Hanbali mengatakan bahawa seluruh tubuh orang perempuan sehingga muka dan kedua-dua tapak tangan, di luar sembahyang, ialah aurat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud: "Orang perempuan adalah aurat.” Diharuskan mendedah aurat untuk berubat, bersendirian di bilik air, bersunat, untuk mengetahui pencapaian umur baligh, untuk mengetahui dara dan bukan dara dan kecacatan"

Aurat orang perempuan Islam (selain hamba) di hadapan orang perempuan Kafir menurut pendapat ulama’ Hanbali adalah sama seperti auratnya di hadapan orang lelaki muhrim, iaitu apa yang ada di antara pusat dengan lutut. Menurut pendapat jumhur, seluruh tubuh kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan rumah.


Punca perselisihan ialah pentafsiran bagi ayat al-Qur’an dalam Surah al-Nur, iaitu firman Allah S.W.T:
24:31
"...Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka, … atau perempuan-perempuan Islam… " [Surah An-Nur, ayat 31]
Menurut pendapat ulama’ Hanbali dan para ulama’ lain, ganti nama "bihinna" (mereka) mencakupi orang perempuan secara umum tanpa perbezaan antara Islam dengan Kafir.

Justeru itu, harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan perhiasan tubuhnya kepada orang perempuan Kafir, sama dengan apa yang harus baginya memperlihatkan kepada orang perempuan Islam.

Menurut pendapat jumhur ganti nama "bihinna" di sini ialah khusus bagi orang perempuan Islam sahaja, iaitu khusus bagi persahabatan dan persaudaraan Islam. Justeru itu, tidak harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan apa pun daripada perhiasan tubuhnya kepada orang perempuan Kafir.

Jelas kepada kita bahawa pendapat ulama’ Hanbali dan ulama’ Hanafi adalah lebih utama kerana ia bersepakat dengan hadith yang menyuruh kanak-kanak yang berumur tujuh tahun supaya bersolat dan dipukul apabila meningkat umur 10 tahun jika tidak sembahyang.

BAHAGIAN AURAT YANG TERPISAH DARI TUBUH BADAN

Badan yang terputus akibat kemalangan
Menurut pendapat ulama’ Hanafiyyah dan Syafi’iyyah, diharamkan melihat aurat lelaki sama ada bahagian yang menjadi aurat itu masih sedaging dengan tubuh badan atau sudah terpisah daripada tubuh badan seperti rambut, lengan ataupun peha.

Menurut pendapat ulama’ Hanbaliyyah bahagian aurat yang terpisah daripada tubuh badan tidak diharamkan melihatnya kerana hilang kehormatannya apabila terpisah.

Menurut pendapat ulama’ Malikiyyah harus melihat bahagian aurat yang sudah terpisah daripada tubuh ketika pemiliknya masih hidup. Tetapi diharamkan melihatnya sesudah dia mati sama seperti bahagian aurat yang masih sedaging dengan tubuh badan.

HUKUM SUARA PEREMPUAN

Menurut pendapat jumhur ulama' Feqahsuara orang perempuan tidak dikira sebagai aurat, kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. untuk mempelajari hukum-hukum agama tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan al-Qur’an, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.

RINGKASAN PENDAPAT 4 MAZHAB BERKENAAN AURAT
AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
  1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.
  2. Imam Maliki dan Imam Syafi’i berpendapat : “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.
BATASAN AURAT LELAKI

Pakaian Sempurna Lelaki

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”

Ulama' mempunyai pelbagai pendapat dalam hal batas aurat lelaki ini :-
  1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : "Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”. Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH".
  2. Imam Maliki dan Imam Syafi’i berpendapat : "Aurat lelaki ada dua (2) keadaan : 
  • Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
  • Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya" (Kitab Al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah).
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI

Ulama' Feqah 4 mazhab sepakat berpendapat bawah aurat orang perempuan kepada lelaki yang bukan mahram [ajnabi] ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya.

Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.

Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :

24:31

“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.

Imam Syafi'i berpendapat : perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua (2) makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

33:59

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Firman Allah lagi dalam Surah Al-Ahzab ayat 53 yang bermaksud :

33:51 

“ … Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …”

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Tafsir Ibnu Katsir juz 3 halaman 284 disebut riwayat dari Ibn Syahab dari ’Urwah dan dari Aishah, kata Aisyah radhiyallahu 'anha : "Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”.

Hadith riwayat Abu Daud daripada 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : "Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)".

BATASAN AURAT WANITA

Pakaian Sempurna Perempuan

Bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya: 
  • Aurat Ketika Sembahyang 
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. 
  • Aurat Ketika Sendirian 
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut. 
  • Aurat Ketika Bersama Mahram 
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah dari pusat hingga lutut. Walau pun begitu, wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. 

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh

Syara' Islam telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu: 
  • Suami.
  • Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa. 
  • Ayah mertua
  • Menantu lelaki
  • Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan. 
  • Anak-anak suami iaitu (anak tiri atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya tersebut. 
Dalam perkara ini, Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya. 
  • Saudara lelaki kandung [abang atau adik] satu ibu bapa atau satu ibu atau satu bapa. 
  • Anak saudara dari saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
  • Anak saudara dari saudara perempuan iaitu anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
  • Anak lelaki susuan iaitu anak lelaki yang disusukan. 
  • Bapa susuan iaitu bapa kepada saudara susuan. 
  • Saudara susuan.
  • Bapa saudara susuan
  • Datuk saudara susuan hingga ke atas
  • Anak saudara susuan hingga ke bawah
  • Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama. 
  • Wanita Islam yang berakhlak mulia
  • Hamba sahaya lelaki
  • Pelayan [khadam] yang tidak ada nafsu syahwat. 
  • Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walaupun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka. 
  • Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram [Ajnabi]
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
  • Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin 'Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya: “Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.
  • Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu’awiyah bin Haidah mengatakan: “Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?” Baginda menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?” 
Baginda menjawab: “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu”. 
Aku masih bertanya lagi: “Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” 
Baginda menjawab: “Seharuslah dia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain”(Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)

Diperbolehkan lelaki bukan mahram [ajnabi] melihat aurat perempuan dalam beberapa keadaan :-
  • Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang boleh dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
  • Ketika berjual beli [Mu'amalah].
  • Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
  • Ketika hendak menjadi saksi pengadilan.
  • Ketika mengajar dan belajar.
Kesalahan yang biasa dilakukan atas nama fesyen terkini

Penjelasan-penjelasan ulama' tentang batas-batas aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram). Perbezaan pendapat itu ialah :-

MAZHAB HANAFIYYAH ada 2 qaul [pendapat] :-
  • Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
  • Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.
MAZHAB MALIKIYYAH : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya. 

MAZHAB SYAFI’IYYAH ada 2 qaul [pendapat] :- 
  • Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling shohih dalam Mazhab Syafi’iyyah.
  • Qaul kedua : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan
Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu apa-apa yang zahir pada diri seseorang yang mana dengan melihatnya, boleh menaikkan nafsu syahwat.

MAZHAB HAMBALIYYAH ada 2 qaul [pendapat] :-
  • Qaul pertama : Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.
  • Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
(KITAB FEQAH 4 MADZAB)


HUKUM BERNIQAB [MENUTUP MUKA DENGAN SITRAH KAIN]

Perempuan memakai niqab/purdah

NIQAB MENURUT MAZHAB HANAFIYYAH  

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukan aurat namun memakai purdah hukumnya sunnah (dianjurkan) dan wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

As-Syurunbulali berkata: “Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih shahih dan merupakan pilihan madzhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)

Al-Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata: “Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki” (Ad-Durr Al-Muntaqa, 81)

Al-'Allamah Al-Hashkafiy berkata: “Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan” (Ad-Durr Al-Mukhtar, 2/189)

Al-'Allamah Ibnu Abidin berkata: “Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah ‘Alad Durr Al-Mukhtaar, 3/188-189)

Al-'Allamah Ibnu Najiim berkata: “Para ulama mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah” (Al-Bahr Ar-Raaiq, 284)



NIQAB MENURUT MAZHAB MALIKIYYAH 

Mazhab Maliki berpendapat bahwa wajah wanita bukan aurat namun memakai purdah hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

Az-Zurqaani berkata: “Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

Ibnu Al-'Arabi berkata: “Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

Imam Al-Qurthubi berkata: “Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al-Qurthubi, 12/229)

Al-Hathab berkata: “Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil, 499)

Al-'Allamah Al-Bunaani, menjelaskan pendapat Az-Zarqani di atas: “Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)


NIQAB MENURUT MAZHAB SYAFI'IYYAH 

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat perempuan di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh badan sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah di hadapan lelaki bukan muhrim [ajnabi]. Inilah pendapat mu'tamad mazhab Syafi’i.

As-Syarwani berkata: “Wanita memiliki 3 jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

Syaikh Sulaiman Al-Jamal berkata: “Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusar hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

Syaikh Muhammad bin Qaasim Al-Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata: “Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib, 19)

Ibnu Qaasim Al-Abadi berkata: “Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

Taqiyuddin Al-Husni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata: “Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaanya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah)” (Kifaayatul Akhyaar, 181)


NIQAB MENURUT MAZHAB HANBALIYYAH

Imam Ahmad bin Hambal berkata: “SETIAP bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al-‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata: “Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul Murbi’, 140)

Ibnu Muflih berkata: “Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat‘. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki / sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan’” (Al-Furu’, 601-602)

Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al-Bahuti, ketika menjelaskan matan Al-Iqna’, ia berkata: “Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya” (Kasyful Qinaa’, 309) 

Selasa, 8 November 2016

Produk Haikal : Alternatif Khas Penawar Gangguan Fizikal Dan Mental Masa Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, segala kurniaan izin dari Allah Maha Luas KekayaanNya lagi Maha Kaya kerajaanNya, dapatlah dikongsikan maklumat berkaitan dengan alternatif rawatan Islami kepada sekian manusia. Moga-moga membawa 1,000 manfaat dan mencegah 1,000 musibah, insyaa-Allah.

Produk Minyak Zaitun Haikal seperti yang disiarkan di akhbar Harian Metro

Minyak Zaitun Haikal : Apakah itu? 

Dirumus dari perahan 100% buah zaitun terpilih dan diadun dengan pati Za'faran yang bermutu tinggi.

Apakah pula Doa Haikal?

Ia himpunan sebanyak 7 bacaan doa mu'tabar (dikenali Doa Haikal 7) yang dikhususkan untuk penyembuhan keruhanian dan kebaikan jasmani, perlindungan dari fitnah bisikan Iblis dan Syaitan serta bala tenteranya, dan ketahanan dari penyakit jiwa yang disebabkan gangguan Sihir, Saka keturunan, Santau buatan, hasad dengki manusia, tipu daya manusia, dan lain-lain lagi. Ia terkandung dalam kitab "Majmu' As-Syaarif" bahagian Doa Haikal [ada dijual di kedai-kedai buku ilmiah Islamik].

Apakah kelebihan Minyak Zaitun Haikal ini?

Ibarat "Peti Kecemasan" a.k.a First Aid Kit, ia mengandungi gelombang bacaan doa yang utama iaitu Doa Haikal dan beberapa himpunan doa para Nabi dan Wali Allah yang benar lagi arif. Ia telah dibacakan beramai-ramai oleh sekumpulan orang Sholeh yang pakar dalam kesembuhan ruhaniah dan jasmani manusia.

Penyakit keruhanian jiwa yang mampu disembuhkan melalui penggunaan Minyak Zaitun Haikal [dengan izin Allah] adalah seperti :-
  1. Gangguan sihir dan bisa racun akibat disihir.
  2. Gangguan saka keturunan dan saka yang menumpang.
  3. Gangguan santau seperti santau angin dan santau makanan.
  4. Masalah gangguan keharmonian suami isteri.
  5. Masalah anak-anak yang kurang adab dan malas serta tidak taat perintah agama yang benar.
  6. Masalah gangguan makhluq halus di premis perniagaan dan di rumah.
  7. Masalah kerasukan makhluq halus.
  8. Masalah tipu daya pukau dan tenungan jahat manusia yang dengki.
  9. Masalah hasutan suara halus yang terdengar di telinga.
  10. Masalah luka-luka serta penyakit fizikal biasa manusia.
Keterangan pada flyers Minyak Zaitun Haikal [ boleh muat turun / copy paste ]

Apakah kelebihan Minyak Zaitun Kama?


Minyak Kama telah dirumus dan diadun khas dengan minyak Zaitun serta rempah-ratus terpilih yang berupaya mengembalikan keintiman suami isteri agar terjalin harmoni setiap hari juga terhindar dari sebarang gangguan rumah tangga baik secara fizikal mahupun mental.

Sesuai dibuat minyak urut khas untuk masalah kelelakian dan kewanitaan.


Apakah kelebihan Makjun Angin?

Makjun Angin diadun dengan beberapa rempah tradisional yang terpilih bagi membantu kelancaran sistem penghadaman, sistem imunisasi badan serta menguatkan kembali sistem aliran darah serta menjaga fizikal dan mental manusia ke tahap segar sediakala. 

Siapakah orang yang sesuai menggunakan Minyak Zaitun Haikal, Minyak Kama & Makjun Angin?

Semua golongan Muslimin dan Muslimat, tidak kira usia dan keturunan. Kepada Non-Muslim, sila dapatkan konsultansi penggunaannya.

Berapakah harga produk Minyak Zaitun Haikal, Minyak Kama & Makjun Angin?
     Minyak Zaitun Haikal botol besar [ 20ml ]


    Minyak Zaitun Haikal botol kecil [ 10ml ]

    TERBAHARU!!!
     Minyak Kama botol besar (khas untuk keintiman suami isteri)

    TERBAHARU!!!
     Minyak Kama botol kecil (khas untuk keintiman suami isteri) 

    TERBAHARU!!!
    Makjun Angin (khas melancarkan aliran darah & angin dalam badan)


    Bagaimana cara mendapatkan semua produk ini?
    HUBUNGI 014-5149515 (ENCIK FARUQI)
    PEMBEKAL UTAMA MINYAK ZAITUN HAIKAL, MINYAK ZAITUN KAMA & MAKJUN ANGIN
    Setiap pembelian produk-produk Mystiques Internationl akan disalurkan ke pembangunan keruhanian Islami di madrasah dan surau terpilih. Semoga setiap pembelian mendapat barakah dan ganjaran yang besar dari Allah, insyaa-Allah.

    Bahan Bacaan Berguna

    Powered By Blogger