Lambaian Mesra


Pesanan Orang Terdahulu Dari Kita

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana haqiqatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

(Dipetik dari buku Dimana Dia Dihatiku)

Terjemahan Bahasa Antarabangsa

Ahad, 17 Mac 2013

3 Perkara Yang Disukai Dalam Dunia



Rasulullah shollallahu 'alayhi wa sallam bersabda:-
“Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:”
  1. Wangi-wangian/bau-bauan yang harum
  2. Isteri/perempuan yang solehah
  3. Ketenangan semasa solat
Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk:-
’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!”
  1. Melihat wajah Rasullullah
  2. Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah
  3. Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah
Kemudian Saidina Umar pula berkata:-
”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini..”
  1. Mencegah kemungkaran
  2. Menyuruh kepada kebaikan
  3. Berpakaian sederhana
Selepas itu Saidina Othman pula berkata:-
”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan..”
  1. Memberi makan orang yang lapar
  2. Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian
  3. Membaca Al-Quran
Kini tiba pula giliran Saidina Ali:-
”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”
  1. Melayan tetamu
  2. Berpuasa di musim panas
  3. Berperang pada jalan Allah
Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:-
“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:-
  1. Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat
  2. Aku suka mendampingi orang yang beriman
  3. Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan
Akhirnya Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:-
“Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”
  1. Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku
  2. Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku
  3. Orang yang apabila diuji, mereka bersabar


Tiada ulasan:

Bahan Bacaan Berguna

Powered By Blogger