Jika termakan tanpa disedari statusnya, kira halal ke?
Maaf...video ini menayangkan situasi sembelihan ternakan yang dikendalikan di luar negara menurut cara yang tidak dibenarkan dalam Islam.
Saksikan dan buat penilaian yang mendalam berkenaan sumber makanan seharian kita yang diabaikan kaedah sembelihannya. Semakin banyak sumber makanan yang halal menjadi haram kerana tidak mengikut spesifikasi yang digariskan oleh Islam.
Kebanyakan makanan yang diimport dari negara luar tidak menurut syarat-syarat khas sembelihan Islam kerana mengejar keuntungan semata-mata. Tambahan pula, mereka menyeksa ternakan dengan pelbagai bentuk seksaan. Ternakan babi pun jadi mangsa, inikan pula ternakan lain. Berhati-hatilah kita agar tidak mengambil makanan yang meragukan keadaannya.
Video ini menunjukkan keadaan kilang proses daging luar negara
Bagaimana pula dengan cara sembelihan yang mengikut Islam?
Mafhum ayat : "Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas."
Saksikan siri video ini :)
http://www.youtube.com/watch?v=6-xy21Wa_4w [Kelebihan Bismillah Ketika Sembelihan]
http://www.youtube.com/watch?v=Uwukb5qni-U [Cara Sembelihan Kambing Mengikut Islam 1]
http://www.youtube.com/watch?v=c-mgGmFv2Mw [Cara Sembelihan Kambing Mengikut Islam 2]
http://www.youtube.com/watch?v=WGGkQ5HY-OM [Cara Sembelihan Kambing Mengikut Islam 3]
Untuk pengetahuan pengunjung, juru sembelihan yang kalian saksikan adalah seorang Muslim luar negara yang melakukan beberapa perbandingan kaedah sembelihan yang terdapat dalam agama-agama selain Islam.
Tujuannya bagi memaparkan kelebihan sembelihan cara Islam yang sangat istimewa dan bersesuaian dengan kehidupan manusia amnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan