Masa sebagai suatu langkah kitaran hidup yang berterusan dan tiada henti dalam hidup kita. Dari awal kejadian hinggalah tamatnya kitaran hidupan. Inilah proses kehidupan, berubah berterusan tanpa disedari dan tanpa meleset apa-apapun.
Begitu jua HATI, termasuk dalam kitaran kehidupannya yang tersendiri. Nampak zahirnya segumpal darah yang sama fungsi penglibatannya dengan organ-organ badan yang lain tetapi ada "kesan khas" (special effect) yang sukar dirungkai bila berbicara berkenaan hal "hati" ni.
Hati bagaikan RAJA, hati bagaikan SERIGALA, dan bermacam-macam lagi perumpamaan yang boleh dikaitkan dengannya. Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam sudah jelas memberitahu kepada kita apakah yang dinamakan "hati" itu sebagaimana sabda Baginda Rasulullah:
"Daripada Abu 'Abdullah An-Nu'man ibn Basyir radhiyallahu 'anhu beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI" [Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]
Ya, HATI adalah RAJA dan ia mempunyai batas sempadannya yang tersendiri. Apabila RAJA terlajak walau seinci keluar dari sempadannya, alamatnya berperanglah dia samada perkara-perkara yang jelas mahupun yang kabur lagi samar-samar.
Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam mengaitkan HATI dan SEMPADAN yang ada di laluannya. Pengharapan yang penuh terhadapnya sangat diambil perinci oleh Baginda Rasulullah hinggakan HATI 'berupaya' menentukan baik atau buruknya seseorang itu.
Oleh itu, ketahuilah oleh kita semua bahawa "avoid is more efficient than cure" maka langkah waspada terhadap HATI diaktifkan dengan memasang CCTV tercanggih dan melakukan rondaan ketat di sektor-sektor yang berpotensi tinggi untuk dicerobohi tanpa melupakan bahagian yang lain.
Ini dapat dilaksanakan seperti yang biasa kita dengar dari pesanan Sunan Kudus dalam baitnya "Tombo Ati".
Tombo Ati (Obat Hati)
Tombo ati, iku limo pokarane...
Kaping pisan, moco Quran lan maknane...
Kaping pindo, solat wengi lakonono...
Kaping telu, wongkang soleh kumpulono...
Kaping papat, kudu weteng ingkang luwe...
Kaping limo, zikir wengi ingkang suwe...
Salah sawijine, sopo biso ngelakoni...
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani...
Obat hati, ada lima perkaranya...
Yang pertama, baca Quran dan maknanya...
Yang kedua, solat malam dirikanlah...
Yang ketiga, berkumpullah dengan orang soleh...
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa...
Yang kelima, zikir malam perpanjanglah...
Salah satunya, siapa bisa menjalani...
Moga-moga Allah Ta'ala mencukupi...
Insya-Allah, moga-moga Allah perkenan mencukupi kita dengan rahmatNya. Usahakan jua agar hati kita kembali elok dan bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan