GELAGAT UMUM PENGGUNA JALANRAYA ZAMAN SEKARANG
Kita sering melakukan perkara-perkara ini di jalanraya/lebuhraya :-
Kita sering melakukan perkara-perkara ini di jalanraya/lebuhraya :-
- Pandu melebihi had laju [macam nak terbang lajunya]
- Pandu melulu dan terhoyong-hayang ke kanan dan ke kiri [stail orang mabuk]
- Memarahi/memaki hamun pemandu lain yang "mencium" belakang kenderaan kita [tunjuk lagak "besar" kononnya kaki pukul]
[Sekadar contoh sahaja untuk menunjukkan sebab]
- Pandu dengan menggunakan telefon selular [handphone]
- Masuk simpang dengan "niat" [tak beri isyarat masuk simpang]
- Brek mengejut [tetibe...]
- Jenguk orang kemalangan sedangkan tengah memandu [biasanya trafik jadi sesak sebab ini]
- Tidak beri laluan kepada ambulans, kereta bomba dan sebagainya ketika berada di simpang lampu trafik [ramai tunggu lampu hijau]
- Menunggang secara beramai-ramai [konvoi] dan menghalang kenderaan lain untuk memotong [Mat Rempit biasa buat begitu]
- Memandu terlalu rapat di belakang lori atau bas demi "semangat membara" untuk memotong kenderaan [dipanggil "cucuk angin" atau istilah drafting]
- Berkonvoi terlalu panjang [3-4 buah lori treler @ bas @ lori pasir]
- Memandu di lorong kanan lebuhraya secara perlahan [orang angau mabok bercinta memang begitu]
- Teragak-agak memandu keluar/masuk simpang pada waktu kesesakan lalu lintas [lambat cucuk]
- Melanggar isyarat lampu merah [alasan kenderaan tiada ketika itu]
- Bersaing untuk berlumba-lumba sesama kenderaan [jiwa rasa cepat "panas" bila dengar deruman enjin kereta turbo lain]
- Memomok "bunyi" kenderaan polis, ambulan, kereta bomba, dan sebagainya [bunyi hon unik]
- Sanggup berundur/ patah balik jika ternampak sekatan jalanraya JPJ/Polis di hadapan [tak sanggup kena tahan]
- Memasang lampu pada pengcahayaan tinggi ketika waktu malam [alasan lampu rosak atau sengaja tayang lampu Neon putihnya]
- Pandu kereta sambil pegang anak [bahaya sangat tu...]
- Singgah ke masjid/surau di mana-mana perhentian lebuhraya mahupun kampung yang dilaluinya ketika masuknya waktu solat fardhu [alasan kejar masa walaupun tak penting tujuannya]
- Berhenti rehat sebentar setelah lebih 2 jam memandu/menunggang kenderaan [alasan kejar masa juga atau "tak hero la asyik berhenti je" katanya]
- Solat dalam kenderaan jika berlakunya kesesakan lalulintas [alasannya, ramai yang tak tahu cara solat dalam kenderaan dan wajib qadha' solat setelah sampai ke destinasi yang dituju]
Renungilah firman Allah 'Azza Wa Jalla :-
Mafhum : "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah Al-Baqarah, ayat 195]
Mafhum : "Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedangkan penduduknya leka lalai" [Surah Al-An'aam, ayat 131]
P/S : Bulan Ramadhan 1432 Hijriyyah menghampiri, usah pandu ikut suka hati ye...kata nak balik kampung kan kan... ;-D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan