Lambaian Mesra


Pesanan Orang Terdahulu Dari Kita

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana haqiqatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

(Dipetik dari buku Dimana Dia Dihatiku)

Terjemahan Bahasa Antarabangsa

Memaparkan catatan dengan label Syurga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syurga. Papar semua catatan

Isnin, 1 Julai 2013

Puasa : Terapi Kesabaran Khas Jiwa Dan Fizikal


Bukankah ini yang selalu kita rasa, sebut dan lakukan setiap kali hampir bulan Ramadhan setiap tahun? Kita mahu lambat-lambat berpuasa Ramadhan malah lebih mahukan cepat-cepat tibanya bulan Syawal untuk menyambut Hari Raya 'Idul Fitri.

Tidak kira apa jenis puasa sekalipun, kita ada alasan yang dibuat untuk mengelakkannya. Beri sahaja apa jua alasan seperti "gastrik" [melainkan yang benar-benar sakit gastrik], kerja berat buruh binaan, "datang haidh" [khas untuk wanita, bukan lelaki], muntah, demam, pitam pengsan, gila meroyan dan sebagainya lagi bagi mengelakkan untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan apatah lagi puasa-puasa sunnat di hari-hari lain.

Geli hati bila mengenangkan sikap kita terhadap puasa. Kita sanggup makan dan minum apa sahaja, asalkan tidak disuruh berpuasa. Ada yang menganggap puasa untuk kuruskan badan, ada yang menganggap puasa sebagai memenuhi tuntutan ibadah wajib setiap tahun. Ternyata puasa adalah lebih dari sekadar menahan kehendak untuk makan dan minum di siang hari.


MAKSUD PUASA

Puasa [Shoum] (  صوم ) dimaksudkan pada istilah bahasa :-

Mengawal diri / menahan diri dari sesuatu.

Puasa [Shoum] (  صوم dimaksudkan pada Istilah Syara' :-

Setiap Muslim Muslimat yang :-
  • telah 'aqil, bukan jadi gila atau tidak waras [telah sempurna akal]
  • telah baligh, bukan kanak-kanak masih kecil [mencapai usia yang matang] 
  • telah merdeheka, bukan status hamba / budak suruhan [bebas merdeka]
  • telah mukallaf, bukan uzur Syar'iy [mampu melaksanakan tanggungjawab] 
  • serta mumaiyiz [boleh beza baik buruk dan halal haram] yang dibolehkan melaksana ibadah puasa dalam jangka masa yang ditetapkan Syara'.
DALIL AL-QURAN DAN HADIS BERKENAAN PUASA

A183

Mafhum ayat : "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." 

 A185
Mafhum ayat : "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."

Diriwayat Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma : "Dari Nabi Shollallahu 'alayhi wa sallam bahawa beliau menyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadhan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari). (Shahih Muslim)

JENIS-JENIS PUASA
  • WAJIB BERPUASA
  1. Puasa di bulan Ramadhan
  2. Puasa Qadha [ganti puasa wajib yang tertinggal]
  3. Puasa Kiffarah [puasa kerana melanggar larangan Syara' seperti gagal menunaikan nadzar, membunuh dan sebagainya]
  4. Puasa Nadzar [bersumpah melakukan puasa jika mendapat kebaikan]
  • SUNNAT BERPUASA
  1. Puasa 6 hari di bulan Syawwal
  2. Puasa hari 'Arafah [9 Zulhijjah] bagi mereka yang tidak pergi menunaikan ibadah Haji di Makkah Al-Mukarramah
  3. Puasa hari 'Asyura [10 Muharram]
  4. Puasa setiap hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa Hari Putih [setiap 13, 14, dan 15 haribulan bulan Islam]
  6. Puasa Nabi Daud [1 hari berpuasa, 1 hari yang lain tidak berpuasa] sepanjang tahun
  • HARAM BERPUASA
  1. Puasa pada Hari Syak [30 Sya'aban]
  2. Puasa di 1 Syawwal [kerana sudah masuk Hari Raya 'Idul Fitri]
  3. Puasa di 10 Zulhijjah [kerana sudah masuk Hari Raya 'Idul Adha]
  4. Puasa Hari Tasyriq [13, 14, dan 15 Zulhijjah]
  5. Puasa di 9 Zulhijjah bagi mereka yang akan menunaikan Wuquf di padang 'Arafah
  6. Puasa bagi wanita yang kedatangan haidh [datang bulan] atau nifas
  7. Puasa sunnat bagi isteri yang tidak mendapat izin dari suaminya untuk berpuasa sunnat
  8. Puasa yang dibimbangi mendatangkan mudharat kesihatan jika diteruskan puasa
  9. Puasa untuk orang lain atau yang telah meninggalkan dunia namun tidak diniatkan kerana Allah

SYARAT WAJIB UNTUK BERPUASA

  1. 'Aqil [berakal fikirannya]
  2. Islam [bukan Kafir atau Musyrik]
  3. Baligh [cukup matang umurnya]
  4. Mukallaf [mampu melaksanakan tanggungjawab dalam waktunya]

SYARAT SAH UNTUK BERPUASA

  1. Muslim Muslimat [orang yang Islam]
  2. Suci dari kotoran junub, haidh, nifas atau wiladah
  3. Berakal mumaiyiz [boleh beza baik buruk dan halal haram]
  4. Berpuasa dalam waktunya

RUKUN BERPUASA

  1. Berniat pada malam hari sebelum puasa esoknya
  2. Menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit Fajar di ufuk Timur sehinggalah terbenamnya Matahari di ufuk Barat

SEBUTAN NIAT PUASA SETIAP MALAM RAMADHAN



SUNNAT-SUNNAT DALAM BERPUASA

  1. Mengakhirkan makan sahur sebelum masuknya waktu Subuh
  2. Menyegerakan berbuka puasa sebaik sahaja azan Maghrib dikumandang
  3. Berbuka puasa dengan manisan seperti buah tamar dan rutab [kurma kering dan kurma basah] serta air
  4. Menjamu orang berbuka puasa
  5. Melaksanakan perkara-perkara kebaikan dan mengawal diri dari nafsu marah, ego, dan sebagainya

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

  1. Makan dan minum dengan niat sengaja menelan walaupun saki-baki makanan di rongga mulut di siang hari puasa
  2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti hidung, telinga dan dubur dengan niat sengaja membatalkan puasa [tidak batal puasa jika berkumur untuk berwudhu' dan sebagainya dengan syarat tidak menelan air berkenaan dengan sengaja]
  3. Muntah dengan sengaja tanpa sebab sakit
  4. Bersetubuh / beronani mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari puasa
  5. Keluar darah haidh
  6. Keluar darah Nifas
  7. Jadi gila / hilang akal di siang hari puasa
  8. Pitam / pengsan dengan sengaja di siang hari puasa
  9. Murtad [keluar dari agama Islam] baik secara zahir mahupun batin

KERINGANAN BERBUKA PUASA

  1. Orang yang bermusafir dengan jarak lebih dari 2 marhalah [16 farsakh] iaitu lebih dari 80 kilometer [setengah pendapat 50 kilometer] atas urusan yang penting tidak melebihi 3 hari secara berturut-turut
  2. Orang yang sakitnya berpanjangan dan dibimbangi mudharat kesihatannya jika diteruskan berpuasa
  3. Wanita yang sarat hamil
  4. Wanita yang menyusui anaknya yang masih bayi
  5. Pekerja buruh pembinaan bangunan dan buruh kasar yang memerlukan stamina yang berterusan untuk bekerja di bawah terik matahari serta dibimbangi pitam / pengsan jika tidak mampu berpuasa
  6. Orang tua yang lemah dan uzur

SEBUTAN DOA AKAN HAMPIR BERBUKA PUASA



SEBUTAN DOA SETELAH SELESAI BERBUKA PUASA





QADHA' [GANTI] PUASA DAN FIDYAH PUASA

  • WAJIB QADHA' PUASA SAHAJA :-
  1. Orang yang terlupa berniat puasa sebelum puasa siang esoknya.
  2. Wanita yang kedatangan haidh, qadha puasa setelah bersih dari haidhnya
  3. Wanita yang Nifas, qadha puasa setelah bersih dari Nifasnya
  4. Orang yang gila, qadha puasa setelah elok sembuh dari penyakit gilanya
  5. Orang yang berbuka kerana lapar yang memudharatkan kesihatannya
  6. Orang yang sakitnya melarat, qadha puasa setelah baik dan sembuh dari sakitnya
  7. Orang yang pergi bermusafir atas urusan penting, qadha puasa setelah kembali ke rumahnya 
  • WAJIB BAYAR FIDYAH PUASA [harga nilai 1 cupak makanan asasi bagi 1 hari yang puasa ditinggalkannya] SAHAJA :-
  1. Orang tua yang uzur dan lemah
  2. Orang yang sakit dan tiada harapan untuk kembali sembuh
  3. Orang yang sentiasa kerja berat dan akan memudharatkan kesihatannya jika berpuasa
  • WAJIB QADHA PUASA DAN BAYAR FIDYAH PUASA :- 
  1. Wanita yang hamil
  2. Wanita yang masih menyusukan bayi
  3. Orang yang menunda dan melewatkan qadha puasa Ramadhan sehingga tiba ke bulan Ramadhan yang seterusnya 


KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA

  1. Dikasihi Allah, para Rasul dan Nabi, Malaikat  dan  seluruh makhluq Allah di langit dan di Bumi
  2. Diberkati kesihatannya dan zuriatnya
  3. Dilembutkan sifat dan jiwanya supaya lebih tenang dan tenteram
  4. Dikuatkan fokus akalnya dan keimanannya
  5. Dipelihara Allah dari godaan Iblis, Jin, Syaitan dan Nafsu
  6. Dimurahkan rezeqinya dan kehidupannya di dunia dan di Akhirat
  7. Diberatkan amalan kebaikannya walaupun sedikit
  8. Dipermudahkan Husnul Khatimah [kesudahan yang baik] kematiannya
  9. Diwangikan dan dicerahkan kuburannya
  10. Dimasukkan Allah ke Syurga khas bagi orang yang berpuasa iaitu pintu Ar-Rayyan

Ahad, 26 Februari 2012

Zikrullah : Mendirikan "Kesempurnaan" Dalam Manusia


Perkara yang diutarakan kali ini berkait dengan apa yang telah diamanahkan Allah 'Azza Wa Jalla kepada manusia. Telah sekian lama ia berlegar-legar di hati manusia yang tertanyakan "selama ini apakah yang sebenarnya tujuan hidup manusia di atas muka Bumi ini?" 

  • Mengingati Allah Robbul 'Aalamin - Suatu perkara yang bukan remeh-temeh untuk diletakkan ke sisi.
  • Menyebut-nyebut nama Allah Dzul Jalaali Wal Ikram - Suatu pekerjaan yang bukan sahaja terjelma di luaran zahiriyah tetapi mengukuhkan paksi diri dalam jiwa ruhaniyah sebagai manusia yang "sempurna kemanusiaan". 
  • Merasa kewujudan Allah Ar-Rahman Ar-Rahiim - Suatu kod rahsia dari Allah berkenaan bagaimana manusia dapat mencapai keredhaan dari Allah 'Azza Wa Jalla dengan cara yang "simple" dan berterusan sepanjang hayat.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DZIKIR?

Dari segi bahasa : 
Dzikir ialah melepaskan diri daripada lalai dan lupa dengan menghadirkan hati atau sedar secara berterusan. Sifat "lupa" (istilah 'Arab : Nisyan) merupakan kata dasar bahas "insan" (manusia). Oleh itu, manusia merupakan "makhluk yang lupa".


Dari segi istilah : 
Dzikir ialah menyebut nama sesuatu dengan hati dan lisan samada menyebut nama Allah atau sifatNya atau hukumNya atau perbuatanNya atau menyebut nama para rasulNya, para nabiNya atau berbuat amal kebajikan seperti membaca Al-Quran, bertasbih, memberi nasihat dan sebagainya.

Dzikir juga membawa ucapan tasbih, tahmid, tahlil dan menyebut nama-nama Allah Maha Mulia.

Dari segi ilmu Tasawwuf, ada empat (4) bahagian zikir: 
  • Murasalah : zikir dengan lisan saja sebagai jalan permulaan (bidayah) 
  • Mu'amalah : zikir dengan hati (qalbu) dan lisan dalam rangka suluk. 
  • Muwasholah : zikir dengan lisan, qalbu dan  roh dalam rangka menempati si pengamal (dzakir) sebagai ahli qurrub (seorang yang mendekatkan dirinya kepada Allah) 
  • Munazalah : zikir dengan lisan, qalb, roh dan  sirr (rahsia dalam lubuk hati yang tidak dapat dijangkau) dalam rangka mendapatkan keredhaan Allah. 


DALIL KEUTAMAAN BERZIKIR
Firman Allah : "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran"


Firman Allah : "Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki serta perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar" [Surah Al-Ahzab, ayat 35]
  • Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu, dari Abu Sa'id Al Khudri radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Tiadalah suatu kaum itu berzikir kepada Allah kecuali para malaikat akan mengelilingi mereka, rahmat akan meliputi mereka, ketenangan akan turun kepada mereka,dan mereka akan disebut-sebut oleh Allah di antara para Malaikat" (Riwayat Muslim, Tirmidzi, Ahmad, dan Ibnu Majah)
  • Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah menyampaikan hadis Qudsi dari Tuhannya: "Seorang yang sibuk berzikir kepadaKu dari sibuk memohon kepadaKu, maka Aku [Allah] akan memberikannya sesuatu yang lebih utama dari yang pernah diminta oleh para peminta" (Riwayat Bukhari, Al-Bazzar, dan Al-Baihaqi.)
  • Dari Abu Said Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah menyampaikan hadis Qudsi dari Tuhannya: "Seorang yang lebih sibuk membaca Al Quran dan berzikir dari minta kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih utama dari apa yang telah diminta oleh para peminta" (Riwayat Ad-Darimi, Tirmidzi, dan Al-Baihaqi)
  • Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Di hari Qiyamat kelak Allah berfirman : "Pada  hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan?" Tanya para sahabat : "Wahai Rasulullah, siapakah mereka?" Sabda beliau : "Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir di masjid-masjid" (Riwayat Ahmad, Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban)
  • Dari Mu'awiyah radhiyallahu 'anhu katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mendatangi sekelompok sahabat yang sedang duduk di Masjid, lantas berkata : "Apa yang menyebabkan kamu duduk di sini?" Jawab para sahabat : "Kami duduk di sini untuk berzikir dan memuji Allah" Sabda Nabi shollallahu 'alaihi wasallam : "Tadi Jibril 'alaihissalam datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah sangat berbangga dengan kamu di hadapan para Malaikat" (Riwayat At-Tirmidzi)
  • Dari Anas radhiyallahu 'anhu katanya : "Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Tiadalah suatu kaum yang berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan "Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamu telah diampuni dan telah diganti dengan banyak kebajikan" (Riwayat Ahmad, Abu Ya'la dan At-Thabrani)
  • Dari Abu Razin Al-'Uqaili radhiyallahu 'anhu katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah berkata kepadanya : "Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat?" Jawabnya : "Ya aku mahu" Sabda beliau : "Andainya engkau menghadiri majlis-majlis zikir, dan apabila engkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah" 
  • Hadis riwayat Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu : "Dari Nabi shollallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkahi lagi Maha Tinggi memiliki banyak malaikat yang selalu mengadakan perjalanan yang jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mereka sentiasa mencari majlis-majlis zikir. Apabila mereka mendapati satu majlis zikir, maka mereka akan ikut duduk bersama mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayapnya hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila para peserta majlis telah bersurai, mereka naik menuju ke langit. Beliau melanjutkan : "Lantas Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mereka [padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka] : "Dari manakah kamu sekalian?" Mereka menjawab : "Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia yang sedang mensucikan, mengagungkan, membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau" Allah bertanya lagi: "Apa yang mereka mohonkan kepada Aku?" Para malaikat itu menjawab: "Mereka memohon SyurgaMu" Allah bertanya lagi : "Apakah mereka sudah pernah melihat SyurgaKu?" Para malaikat itu menjawab : "Belum wahai Tuhan kami" Allah berfirman : "Apalagi jika mereka telah melihat SyurgaKu?" Para malaikat itu berkata lagi : "Mereka juga memohon perlindungan kepadaMu" Allah bertanya : "Dari apakah mereka memohon perlindunganKu?" Para malaikat menjawab : "Dari NerakaMu, wahai Tuhan kami" Allah bertanya : "Apakah mereka sudah pernah melihat NerakaKu?" Para malaikat menjawab: "Belum" Allah berfirman : "Apalagi seandainya mereka pernah melihat NerakaKu?" Para malaikat itu melanjutkan : "Dan mereka juga memohon ampunan dariMu" Beliau bersabda "Kemudian Allah berfirman : "Aku sudah mengampuni mereka dan sudah memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan kepada mereka dari apa yang mereka takutkan" Beliau melanjutkan lagi "Lalu para malaikat itu berkata : "Wahai Tuhan kami! Di antara mereka terdapat si Fulan iaitu seorang yang penuh dosa yang kebetulan melewati lalu duduk ikut berzikir bersama mereka" Beliau berkata : "Lalu Allah menjawab : "Aku juga telah mengampuninya kerana mereka adalah kaum yang tidak akan sengsara kepada orang yang ikut duduk bersama mereka" (Riwayat Muslim)



Mengingati Allah a.k.a Zikrullah dikategorikan sebagai ibadah manusia paling utama untuk diterima di sisi Allah malah dikira paling ringan kerana ia mampu dilaksanakan di mana-mana jua dalam apa-apa keadaan manusia tersebut, tidak hairanlah Rasulullahi shollallahu 'alaihi wasallam mendidik para Sahabat beliau dengan sentiasa berzikir kepada Allah walaupun apa jua bidang pekerjaan mereka samada hamba sahaya ataupun panglima perang.


Zikir yang sentiasa diamalkan oleh Imam Al-Ghazaliy


Jadi, apakah yang menghalangi diri sendiri dari segera mengingati Allah jika bukannya Syaitan dan Nafsu Ammarah dan Lawwamah yang kerap menggagalkan pekerjaan zikir yang sangat baik ini.

Syaitan dan bala tenteranya gemar menyibukkan manusia kepada perkara keduniaan secara berlebih-lebihan supaya lalai dalam segera mengingati Allah. Begitu juga manusia sering dihembus-hembus Nafsu Lawwamah dengan rasa riya' beramal, ta'ajub dengan keta'atan, sum'ah dengan ibadah, dan takabbur dengan kelebihan yang diperolehi ketika melaksanakan kewajipan terhadap Allah.

Maka, melalui proses berzikir ingat kepada Allah secara langsung ia "mencuci bersih" noda kesibukan dan debu tempias Nafsu dari lantai ruhaniyah manusia secara menyeluruh dan konsisten hasil dari limpahan rahmat Allah semata-mata ke atas orang yang berzikir. Proses "penyucian" adalah sepanjang hayat manusia dan tidak terbatas dek umur, jantina, dan kondisi ekonomi manusia kerana mengingati Allah adalah perkara perintah yang wajib mutlaq di sisi Allah seperti dalam ayat 16, surah Al-Hadid :

Al-Hadid, Ayat 16
Firman Allah : "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq lagi derhaka"


SITUASI DAN BENTUK YANG MEMPENGARUHI DZIKIR

Ada tiga (3) macam bentuk dzikir :-
  1. Dzikir dalam bentuk lisan [lidah]
  2. Dzikir dalam bentuk jinan [di dalam hati]
  3. Dzikir dalam bentuk harakah [pergerakan anggota badan]

Ada tiga (3) macam juga keadaan dzikir :-

  1. Muqayat: Dzikir yang ada kaitan masa (zaman) dan tempat (makan) seperti ketika bersolat, melakukan tawaf dalam perlaksanaan haji, zikir sebelum tidur, setelah bangun dari tidur, sebelum makan, setelah makan, ketika menaiki kenderaan, zikir ketika pagi hari, petang dan sebagainya.
  2. Mutlaq: Dzikir yang tiada kaitan dengan masa dan tempat seperti menyebut Subhanallah bila-bila dan di mana jua.
  3. Munajat: Dzikir yang dilakukan dalam bentuk doa – meminta kepada Allah agar harapan seseorang dimakbulkan.

KALIMAH DZIKIR PALING UTAMA DAN DISUKAI ALLAH

  • Jabir bin 'Abdullah berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik bacaan dzikir adalah: Laa ilaaha illallaah (tidak ada sembahan selain Allah). Dan sebaik-baik dua adalah: alhamdulillaah (segala puji bagi Allah)” (Riwayat At-Turmudzi dan Imam At-Turmudzi berkata: “Hadisnya Hasan Gharib”).

  • Dari Abu Hurairah, bahwasannya Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mengatakan (berdzikir): ‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), setiap harinya seratus kali, maka pahalanya sama dengan membebaskan sepuluh orang budak belian, serta akan dicatat seratus kebaikan, dihapuskan seratus kesalahan, serta akan terjaga dari gangguang setan pada hari itu sampai waktu sore tiba. Tidak ada satu orang pun yang dapat melebihi pahala dan kebaikannya, kecuali orang yang membacanya lebih dari itu (lebih dari seratus). Barangsiapa yang membaca ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya), setiap hari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya akan dihapuskan sekalipun kesalahan-kesalahannya itu sebanyak buih lautan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Dari Abu Ayyub al-Anshari, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca: ‘Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’ (tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang satu, tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruh kekuasaan, dan bagiNya juga seluruh pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu), sebanyak sepuluh kali, maka pahalanya sama dengan orang yang membebaskan empat orang dari keturunan Isma’il” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Samurah bin Jundab berkata, Rasulullah saw bersabda: Ada empat kalimat yang paling disukai Allah: ’subhanallah, wal hamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar’ (mahasuci Allah, dan segala puji bagi Allah, serta tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Agung), maka kamu tidak akan diganggu apapun, dengan kalimat mana saja kamu memulainya” (Riwayat Muslim)
  • Abu Dzar berkata, Rasulullah saw bersabda: “Kalimat yang paling disukai oleh Allah adalah: ’subhaanallaah wa bihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya)”. Dalam riwayat lain dikatakan: Rasulullah saw ditanya: “Kalimat apa yang paling baik?” Rasulullah saw bersabda: “Kalimat yang Allah pilihkan untuk para malaikat dan hambaNya, yaitu ’subhaanallaah wabihamdih’ (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya)” (Riwayat Muslim)

  • Sa’ad bin Abi Waqash berkata: ‘Suatu hari ia berada di samping Rasulullah saw yang sedang bersabda: “Apakah kalian merasa berat untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang sahabat bertanya: “Bagaimana caranya kami dapat melakukan seribu kebaikan tersebut?” Rasulullah saw bersabda: “Membaca tasbih (bacaan subhaanallaah, mahasuci Allah) sebanyak seratus kali, maka pahalanya sama dengan melakukan seribu kebaikan, atau Allah akan menghapuskan seribu kesalahannya” (Riwayat Muslim)
  • Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Aku berdzikir dengan membaca: ’subhanallah, wal hamdulillaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar’ (mahasuci Allah, dan segala puji bagi Allah, serta tidak ada tuhan selain Allah, dan Allah Maha Agung), lebih aku sukai dari pada terbitnya matahari” (Riwayat Muslim)


KESAN DARI BERDZIKIR KEPADA ALLAH
  1. Mendapat kebaikan [hasanat] yang tiada tandingannya dalam urusan dunia dan Akhirat.
  2. Meningkatkan status [darajat] dari taraf "orang awam" kepada taraf "elit" di sisi Allah dan dikumpulkan bersama orang yang soleh dan hampir kepada Allah.


KEISTIMEWAAN ORANG YANG BERDZIKIR KEPADA ALLAH
  1. Berdzikir mengusir dan menghancurkan Syaitan dan bala tenteranya. 
  2. Berdzikir menyebabkan Allah redha kepada orang yang berzikir.
  3. Berdzikir menghilangkan kerisauan hati dan keserabutan fikiran.
  4. Berdzikir mendatangkan rasa senang dan tenteram di dalam hati.
  5. Berdzikir meningkatkan potensi hati dan stamina badan.
  6. Berdzikir menambah cahaya pada wajah dan hati sanubari. 
  7. Berdzikir mendatangkan rezeki yang melimpah-ruah dari Allah. 
  8. Berdzikir menambah kewibawaan pada peribadi orang yang gemar berzikir.
  9. Berdzikir menyebabkan Allah cinta dan kasih kepada yang selalu berzikir.
  10. Berdzikir meningkatkan taqarrub [kedekatan] kepada Allah. 
  11. Berdzikir menambah rasa mawas diri sampai ia dapat masuk ke pintu Ihsan, sehingga ia dapat menyembah Allah dengan perasaan seolah-olah ia sedang melihatNya.
  12. Berdzikir menambah rasa kembali kepada Allah.
  13. Berdzikir membuka selebar-lebarnya pintu-pintu Ma'rifatullah [mengenal Allah]. 
  14. Berdzikir menyebabkan Allah mengingati hambaNya yang berzikir.
  15. Berdzikir menghidupkan jiwa seseorang.
  16. Berdzikir umpama makanan kepada hati dan ruhaniyah.
  17. Berdzikir menambah kebersihan hati.
  18. Berdzikir menggugurkan dosa-dosa yang lalu.
  19. Berdzikir menghilangkan rasa sepi dan sedih.
  20. Berdzikir menyelamatkan seorang dari siksaan Allah.
  21. Berdzikir menyebabkan turunnya ketenangan dan rahmat Allah.
  22. Berdzikir menghadirkan para Malaikat di majlis-majlis zikir.
  23. Berdzikir memberi rasa bahagia kepada orang yang berzikir.
  24. Berdzikir memberi keamanan dan perlindungan pada seorang di hari Qiyamat. 
  25. Berdzikir mendapat kurnia Allah yang lebih besar daripada kurnia yang diberikan kepada orang-orang yang meminta.
  26. Berdzikir merupakan ibadah yang paling ringan dan paling utama.
  27. Berdzikir menambah tanaman di Syurga.
  28. Berdzikir mendatangkan berbagai-bagai keutamaan bagi pelakunya.
  29. Berdzikir menghindarkan seseorang itu daripada lupa yang dapat membawa kesengsaraan di dunia dan di akhirat.
  30. Berdzikir memberi cahaya bagi pelakunya ketika di dunia dan ketika di dalam kuburnya. 
  31. Berdzikir membangunkan hati daripada terus lalai.
  32. Berdzikir membuahkan pengetahuan yang berguna dan rahsia Allah kepada orang yang berzikir..
  33. Berdzikir menyebabkan kebersamaan antara pelakunya dengan Allah. 
  34. Berdzikir bersamaan dengan pahala membebaskan kaum budak dan menafkahkan harta. 
  35. Berdzikir merupakan puncak syukur kepada Allah. 
  36. Berdzikir melunakkan hati yang telah benak dan keras. 
  37. Berdzikir mendatangkan anugerah dan mencegah malapetaka bencana. 
  38. Berdzikir menyebabkan Allah dan para malaikatNya berselawat atas pelakunya. 
  39. Berdzikir menyebabkan Allah membanggakan pelakunya di depan para Malaikat.
  40. Seorang yang gemar berdzikir dapat masuk Syurga sambil senyum dan ketawa [terlalu gembira].
  41. Berdzikir memberi potensi untuk terus taat kepada Allah. 
  42. Berdzikir memberi potensi dan kemahuan keras untuk berjuang.
  43. Gedung-gedung di Syurga terus dibangunkan selama seorang itu masih berdzikir.
  44. Berdzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya.
  45. Berdzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira.
  46. Memperbanyak dzikir menyebabkan terjauh daripada menjadi sifat orang Munafiq.
  47. Berdzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun Syurga.
  48. Berdzikir samada di jalanan, di rumah, di waktu bermusafir, mahupun di waktu menetap di rumah akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari Qiyamat.
  49. Pelaku dzikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di Akhirat.
  50. Berdzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seseorang hambaNya.
  51. Berdzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah.
  52. Berdzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah. 
  53. Berdzikir menyembuhkan hati yang sakit.
  54. Berdzikir merupakan sunnah para Nabi dan wali Allah terdahulu.




Bahan Bacaan Berguna

Powered By Blogger