Lambaian Mesra


Pesanan Orang Terdahulu Dari Kita

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana haqiqatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

(Dipetik dari buku Dimana Dia Dihatiku)

Terjemahan Bahasa Antarabangsa

Selasa, 26 Mac 2013

Biodata Al-Qur'an : Kalam Allah Yang Benar Suci


Nama : Al-Qur'an [Yang Diulang-ulang Bacaannya]


Bahasa Al-Qur'an : Bahasa 'Arab Quraisy


Gelaran : 

  1. Al-Kitaab [rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 2]
  2. Al-Hudaa' [rujuk Surah Al-Jinn, ayat 13]
  3. Al-Furqaan [rujuk Surah Al-Furqaan, ayat 1]
  4. Az-Zikr [rujuk Surah Al-Hijr, ayat 9]
  5. Al-Mau'izhah [rujuk Surah Yunus, ayat 57]
  6. As-Syifaa' [rujuk Surah Yunus, ayat 57]
  7. Al-Hukm [rujuk Surah Ar-Ra'd, ayat 37]
  8. Al-Hikmah [rujuk Surah Al-Israa', ayat 39]
  9. Al-Kalam [rujuk Surah At-Taubah, ayat 6]
  10. Al-Busyraa' [rujuk Surah An-Nahl, ayat 102]
  11. An-Nuur [rujuk Surah An-Nisaa', ayat 174]
  12. Al-Bashaair [rujuk Surah Al-Jaatsiyah, ayat 20]
  13. Al-Balaagh [rujuk Surah Ibraahim, ayat 52]
  14. Al-Qaul [rujuk Surah Al-Qasas, ayat 51]
  15. At-Tanzil [rujuk Surah As-Syu'araa', ayat 192]
  16. Ar-Rahmat [rujuk Surah An-Naml, ayat 77]
  17. Ar-Ruuh [rujuk Surah As-Syuura, ayat 52]

Proses Penurunan : 
  1. Dari hadrat Allah 'Azza Wa Jalla ke Lauh Al-Mahfuz secara sekaligus.
  2. Dari Lauh Al-Mafhuz ke Bayt Al-'Izzah [langit pertama] secara sekaligus.
  3. Dari Bayt Al-'Izzah ke dada Rasulullah shollallahu 'alayhi wa sallam dalam tempoh 20 malam secara beransur-ansur.
Waktu Penurunan : Malam Al-Qadr, 17 Ramadhan [Lailatul Qadr]

Tempat Pertama Al-Qur'an Diturunkan : Gua Hira' di Gunung Abi Qubays

Wakil Pembawa Al-Qur'an: Malaikat Jibrail 'alaihissalam bersama 80,000 malaikat lain
Ayat Pertama Diturunkan : Ayat 1 hingga ayat 5 dari Surah Al-'Alaq

Surah Pertama Diturunkan Secara Penuh : Surah Al-Muddatstsir

Ayat Terakhir Diturunkan : Ayat 275 hingga ayat 281 dari Surah Al-Baqarah

Surah Pendek Terakhir Diturunkan : Surah An-Nasr

Surah Panjang Terakhir Diturunkan : Surah At-Taubah

Bilangan Ayat Al-Qur'an :
  • Pendapat 'Ulama Kufah
  1. Pertama = 6,217 ayat
  2. Kedua = 6,236 ayat [bilangan ayat Mashaf Rasm 'Uthmani] **Kita guna mashaf ini**
  • Pendapat 'Ulama Syam
  1. Pertama = 6,226 ayat
  2. Kedua = 6,227 ayat
  3. Ketiga = 6,232 ayat [digunapakai oleh 'Ulama Homs]
  • Pendapat 'Ulama Madinah kumpulan pertama
  1. Pertama = 6,217 ayat
  2. Kedua = 6,214 ayat
  • Pendapat 'Ulama Madinah kumpulan kedua = 6,214 ayat
  • Pendapat 'Ulama Makkah = 6,210 ayat
**Rujukan : kitab Fawasil Fi Rasm Al-Qur'an [Pengkelasan Pada Penulisan Al-Qur'an]

Surah Di Dalam Al-Qur'an : 114 surah

Surah Yang Diturunkan Di Makkah [Sebelum Hijrah Rasulullah] : 86 surah


Surah Yang Diturunkan Di Madinah [Setelah Hijrah Rasulullah] : 28 surah


Nama-nama Surah Yang Diturunkan Di Makkah :-

  1. Al-Faatihah (7 ayat)
  2. Al-An’aam (165 ayat)
  3. Al-A’raaf (206 ayat)
  4. Yunus (109 ayat)
  5. Hud (123 ayat)
  6. Yusuf (111 ayat)
  7. Ibrahim (52 ayat)
  8. Al-Hijr (99 ayat)
  9. An-Nahl (128 ayat)
  10. Al-Israa’ (111 ayat)
  11. Al-Kahfi (110 ayat)
  12. Maryam (98 ayat)
  13. Taha (135 ayat)
  14. Al-Anbiyaa’ (112 ayat)
  15. Al-Mu’minuun (118 ayat)
  16. Al-Furqaan (77 ayat)
  17. Asy-Syu’araa’ (227 ayat)
  18. An-Naml (93 ayat)
  19. Al-Qasas (88 ayat)
  20. Al-’Ankabuut (69 ayat)
  21. Ar-Ruum (60 ayat)
  22. Luqman (34 ayat)
  23. As-Sajdah (30 ayat)
  24. Saba’ (54 ayat)
  25. Faatir (45 ayat)
  26. Yaa Siin (83 ayat)
  27. As-Saaffaat (182 ayat)
  28. Shod (88 ayat)
  29. Az-Zumar (75 ayat)
  30. Ghaafir (85 ayat)
  31. Fusshilat (54 ayat)
  32. Asy-Syuura (53 ayat)
  33. Az-Zukhruf (89 ayat)
  34. Ad-Dukhan (59 ayat)
  35. Al-Jaatsiyah (37 ayat)
  36. Al-Ahqaaf (35 ayat)
  37. Qaaf (45 ayat)
  38. Az-Zaariyaat (60 ayat)
  39. At-Thuur (49 ayat)
  40. An-Najm (62 ayat)
  41. Al-Qamar (55 ayat)
  42. Al-Waaqi’ah (96 ayat)
  43. Al-Mulk (30 ayat)
  44. Al-Qalam (52 ayat)
  45. Al-Haaqqah (52 ayat)
  46. Al-Ma’aarij (44 ayat)
  47. Nuh (28 ayat)
  48. Al-Jinn (28 ayat)
  49. Al-Muzzammil (20 ayat)
  50. Al-Muddaththir (56 ayat)
  51. Al-Qiyaamah (40 ayat)
  52. Al-Mursalaat (50 ayat)
  53. An-Naba’ (40 ayat)
  54. An-Naazi’aat (46 ayat)
  55. ‘Abasa (42 ayat)
  56. At-Takwiir (29 ayat)
  57. Al-Infitaar (19 ayat)
  58. Al-Muthoffifiin (36 ayat)
  59. Al-Insyiqaaq (25 ayat)
  60. Al-Buruuj (22 ayat)
  61. At-Thooriq (17 ayat)
  62. Al-A’laa (19 ayat)
  63. Al-Ghaasyiyah (26 ayat)
  64. Al-Fajr (30 ayat)
  65. Al-Balad (20 ayat)
  66. Asy-Syams (15 ayat)
  67. Al-Layl (21 ayat)
  68. Adh-Dhuha (11 ayat)
  69. Asy-Syarh (8 ayat)
  70. At-Tiin (8 ayat)
  71. Al-’Alaq (19 ayat)
  72. Al-Qadr (5 ayat)
  73. Al-’Aadiyaat (11 ayat)
  74. Al-Qaari’ah (11 ayat)
  75. At-Takaathur (8 ayat)
  76. Al-’Asr (3 ayat)
  77. Al-Humazah (9 ayat)
  78. Al-Fiil (5 ayat)
  79. Quraisy (4 ayat)
  80. Al-Maa’uun (7 ayat)
  81. Al-Kautsar (3 ayat)
  82. Al-Kaafiruun (6 ayat)
  83. Al-Masad (5 ayat)
  84. Al-Ikhlaas (4 ayat)
  85. Al-Falaq (5 ayat)
  86. An-Naas (6 ayat)
Nama-nama Surah Yang Diturunkan Di Madinah :-
  1. Al- Baqarah (286 ayat)
  2. Aali 'Imran (200 ayat)
  3. An-Nisaa’ (176 ayat)
  4. Al-Maaidah (120 ayat)
  5. Al-Anfaal (75 ayat)
  6. At-Taubah (129 ayat)
  7. Ar-Ra’d (43 ayat)
  8. Al-Hajj (78 ayat)
  9. An-Nuur (64 ayat)
  10. Al-Ahzaab (73 ayat)
  11. Muhammad (38 ayat)
  12. Al-Fath (29 ayat)
  13. Al-Hujuraat (18 ayat)
  14. Ar-Rahmaan (78 ayat)
  15. Al-Hadiid (29 ayat)
  16. Al-Mujaadalah (22 ayat)
  17. Al-Hasyr (24 ayat)
  18. Al-Mumtahanah (13 ayat)
  19. As-Saff (14 ayat)
  20. Al-Jumu’ah (11 ayat)
  21. Al-Munaafiquun (11 ayat)
  22. At-Taghaabun (18 ayat)
  23. At-Tholaaq (12 ayat)
  24. At-Tahriim (12 ayat)
  25. Al-Insaan (31 ayat)
  26. Al-Bayyinah (8 ayat)
  27. Az-Zalzalah (8 ayat)
  28. An-Nasr (3 ayat)
Kelebihan Al-Qur'an Menurut Hadis Rasulullah
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Qur'an sesungguhnya ia akan datang di hari Qiyamat sebagai syafa’at kepada pembacanya” (Hadith Riwayat Muslim )
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Qur'an dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Aali ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya” (Hadith Riwayat Muslim)
Daripada 'Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya kepada orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada 'Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al-Qur'an dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Umpama orang mukmin yang membaca Al-Qur'an seperti buah Utrujjah (seperti limau besar), baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur'an seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Qur'an seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al-Qur'an seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Daripada 'Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Muslim)
Daripada Ibnu 'Umar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam 2 perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Qur'an, ia menunaikan ibadat siang dan malam, lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al-Qur'an seperti rumah yang roboh” (Hadith Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Qur'an: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al-Qur'an sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda:
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Bathan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca 2 ayat Al-Qur'an lebih baik dari dua ekor unta, 3 ayat lebih baik dari 3 ekor, 4 ayat lebih baik dari 4 ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya” (Hadith Riwayat Muslim)
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
“Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang paling fasih membaca Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Muslim)
Daripada Jabir Bin 'Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda :
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al-Qur'an maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad” (Hadith Riwayat Bukhari, Tirmizi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Al-Qur'an maka berdoalah kepada Allah dengan Al-Qur'an maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al-Qur'an dan mereka berdoa dengannya” (Hadith Riwayat At-Tirmizi; beliau berkata : Hadis ini hasan)
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca 1 huruf daripada Al-Qur'an maka baginya 1 kebaikan, 1 kebaikan menyamai dengan 10 pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah 1 huruf, tetapi Alif 1 huruf, Lam 1 huruf dan Mim 1 huruf” (Hadith Riwayat Ad-Darimi; At-Tirmizi berkata hadis ini hasan sahih)

Isnin, 25 Mac 2013

Alahai Hearty Ku Yang Kosong...


                                 

Masa sebagai suatu langkah kitaran hidup yang berterusan dan tiada henti dalam hidup kita. Dari awal kejadian hinggalah tamatnya kitaran hidupan. Inilah proses kehidupan, berubah berterusan tanpa disedari dan tanpa meleset apa-apapun.

Begitu jua HATI, termasuk dalam kitaran kehidupannya yang tersendiri. Nampak zahirnya segumpal darah yang sama fungsi penglibatannya dengan organ-organ badan yang lain tetapi ada "kesan khas" (special effect) yang sukar dirungkai bila berbicara berkenaan hal "hati" ni.

Hati bagaikan RAJA, hati bagaikan SERIGALA, dan bermacam-macam lagi perumpamaan yang boleh dikaitkan dengannya. Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam sudah jelas memberitahu kepada kita apakah yang dinamakan "hati" itu sebagaimana sabda Baginda Rasulullah:

      


"Daripada Abu 'Abdullah An-Nu'man ibn Basyir radhiyallahu 'anhu beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI[Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim]

Ya, HATI adalah RAJA dan ia mempunyai batas sempadannya yang tersendiri. Apabila RAJA terlajak walau seinci keluar dari sempadannya, alamatnya berperanglah dia samada perkara-perkara yang jelas mahupun yang kabur lagi samar-samar.

Rasulullahi shollallahu 'alaihi wa sallam mengaitkan HATI dan SEMPADAN yang ada di laluannya. Pengharapan yang penuh terhadapnya sangat diambil perinci oleh Baginda Rasulullah hinggakan HATI 'berupaya' menentukan baik atau buruknya seseorang itu.

Oleh itu, ketahuilah oleh kita semua bahawa "avoid is more efficient than cure" maka langkah waspada terhadap HATI diaktifkan dengan memasang CCTV tercanggih dan melakukan rondaan ketat di sektor-sektor yang berpotensi tinggi untuk dicerobohi tanpa melupakan bahagian yang lain.

Ini dapat dilaksanakan seperti yang biasa kita dengar dari pesanan Sunan Kudus dalam baitnya "Tombo Ati".


Tombo Ati (Obat Hati)

Tombo ati, iku limo pokarane...
Kaping pisan, moco Quran lan maknane...
Kaping pindo, solat wengi lakonono...
Kaping telu, wongkang soleh kumpulono...
Kaping papat, kudu weteng ingkang luwe...
Kaping limo, zikir wengi ingkang suwe...
Salah sawijine, sopo biso ngelakoni...
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani...

Obat hati, ada lima perkaranya...
Yang pertama, baca Quran dan maknanya...
Yang kedua, solat malam dirikanlah...
Yang ketiga, berkumpullah dengan orang soleh...
Yang keempat, perbanyaklah berpuasa...
Yang kelima, zikir malam perpanjanglah...
Salah satunya, siapa bisa menjalani...
Moga-moga Allah Ta'ala mencukupi...

Insya-Allah, moga-moga Allah perkenan mencukupi kita dengan rahmatNya. Usahakan jua agar hati kita kembali elok dan bersih.

Khamis, 21 Mac 2013

Makanan Halal Jadi Haram

Jika termakan tanpa disedari statusnya, kira halal ke?

Maaf...video ini menayangkan situasi sembelihan ternakan yang dikendalikan di luar negara menurut cara yang tidak dibenarkan dalam Islam. 

Saksikan dan buat penilaian yang mendalam berkenaan sumber makanan seharian kita yang diabaikan kaedah sembelihannya. Semakin banyak sumber makanan yang halal menjadi haram kerana tidak mengikut spesifikasi yang digariskan oleh Islam. 

Kebanyakan makanan yang diimport dari negara luar tidak menurut syarat-syarat khas sembelihan Islam kerana mengejar keuntungan semata-mata. Tambahan pula, mereka menyeksa ternakan dengan pelbagai bentuk seksaan. Ternakan babi pun jadi mangsa, inikan pula ternakan lain. Berhati-hatilah kita agar tidak mengambil makanan yang meragukan keadaannya.

Video ini menunjukkan keadaan kilang proses daging luar negara


Bagaimana pula dengan cara sembelihan yang mengikut Islam?


A119
Mafhum ayat : "Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas."


Saksikan siri video ini :)


http://www.youtube.com/watch?v=6-xy21Wa_4w [Kelebihan Bismillah Ketika Sembelihan]

http://www.youtube.com/watch?v=Uwukb5qni-U [Cara Sembelihan Kambing Mengikut Islam 1]

http://www.youtube.com/watch?v=c-mgGmFv2Mw [Cara Sembelihan Kambing Mengikut Islam 2]

http://www.youtube.com/watch?v=WGGkQ5HY-OM [Cara Sembelihan Kambing Mengikut Islam 3]

Untuk pengetahuan pengunjung, juru sembelihan yang kalian saksikan adalah seorang Muslim luar negara yang melakukan beberapa perbandingan kaedah sembelihan yang terdapat dalam agama-agama selain Islam.

Tujuannya bagi memaparkan kelebihan sembelihan cara Islam yang sangat istimewa dan bersesuaian dengan kehidupan manusia amnya.

Bahan Bacaan Berguna

Powered By Blogger