Lambaian Mesra


Pesanan Orang Terdahulu Dari Kita

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana haqiqatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

(Dipetik dari buku Dimana Dia Dihatiku)

Terjemahan Bahasa Antarabangsa

Khamis, 8 Mac 2012

Biodata Rasulullah Shollallahu 'Alayhi Wa Sallam : Manusia Mulia Utusan Allah


Hadis Abu Musa radhiyallahu 'anhu: 
Daripada Rasulullah shollallahu 'alayhi wa sallam, baginda bersabda: "Sesungguhnya perumpamaanku sebagai utusan Allah, adalah seperti seorang lelaki yang menemui kaumnya seraya berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah melihat dengan mata kepala kamu sendiri sekumpulan pasukan. Sesungguhnya aku adalah orang yang memberi peringatan. Carilah keselamatan, maka sebahagian dari kaumnya ada yang patuh, malam-malam mereka berangkat dengan tidak terburu-buru. Manakala sebahagian lagi mereka mendustakan, di mana sehingga pagi hari mereka masih berada di tempatnya. Pada pagi itu pula, pasukan tersebut menghancurkan mereka hingga tidak ada yang tinggal. Maka itu adalah perumpamaan orang-orang yang patuh kepadaku dan mengikuti misi yang aku bawa serta perumpamaan orang yang derhaka kepadaku dan mendustakan misi kebenaran yang aku bawa." [Riwayat Shahih Muslim, pada bab Kasih Sayang Nabi Shollallahu 'Alayhi Wa Sallam Terhadap Umatnya Dan Memperingatkan Mereka Dari Perkara-perkara Yang Membahayakan]



عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Dari Anas r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orangtuanya, anaknya, dan manusia semuanya." [Riwayat Shahih Bukhari]


Foto maqam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dari dalam pada tahun 1907 Masihi

Foto maqam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam pada tahun 1907 Masihi sebelum dipagar dengan pagar emas

Foto maqam Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam setelah dipagar dengan pagar emas

Foto maqam Nabi Muhammad dari dalam pagar emas [selawat dan salam ke atas Rasulullah semulia-mulia manusia dan kekasih Allah]


Selawat Ke Atas Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam 

Salasilah Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Rumah kelahiran Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam di Makkah Al-Mukarramah [rumah Abu Talib]

Kawasan Raudhah di Masjid An-Nabawi [suatu ketika dahulu, ia meliputi antara rumah Rasulullah dan Masjid An-Nabawi]

Tanda kenabian Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam yang ada di belakang badan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam [Cop Kenabian]

Serban, Jubah, dan Tongkat milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
Ibnu 'Umar meriwayatkan : "Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau" [Riwayat At-Tirmizi dan Abu Syaikh]

Baju gamis milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
Ummu Salamah meriwayatkan : "Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis." [Riwayat At-Tirmizi dan Abu Dawud)


Bekas jejak tapak kaki kanan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Bekas jejak tapak kaki kiri Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Gigi geraham dan rambut Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

2 helaian dari rambut Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Cap mohor bagi surat yang diutus dari Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Cincin Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
[Cincin Rasulullah yang digunakan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, Khalifah Abu Bakar As-Shiddiq, Khalifah 'Umar Al-Khattab Al-Faruq, dan Khalifah 'Utsman bin Al-'Affan sebelum ia terjatuh ke sumur 'Aris ketika Khalifah 'Utsman sedang mengambil air di situ, menandakan pergolakan dalam jawatan Amirul Mukminin akan berlaku tidak lama kemudian]

Lambang cop mohor dari cincin Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Capal/Sandal kulit milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam
Qatadah meriwayatkan : "Saya bertanya kepada Anas bin Malik : "Bagaimana bentuk selipar Rasulullah s.a.w.?" Anas Bin Malik menjawab : "Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal" [Riwayat At-Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad]

P/S: Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yang diletakkan di antara dua jari kaki.


Selipar milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Bekas minuman yang digunakan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Sepatu milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam, pemberian dari Raja Najasy [Raja Habshah]

Bendera peperangan milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Bendera peperangan milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam secara jelas

Pedang Al-Ma'tsur dan kain sarung pedang milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Nama-nama 9 bilah pedang milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Topi perang milik Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Kediaman Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dan Siti Khadijah binti Khuwailid Di Makkah Al-Mukarramah

Pelan rumah dan kawasan perniagaan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam dan Siti Khadijah di Makkah Al-Mukarramah

Tempat Siti Fatimah Az-Zahra dilahirkan dalam rumah Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Kolam air yang digunakan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam untuk berwudhu' di rumah beliau

Kawasan permaqaman Ahli Bayt Rasulullah di Makkah Al-Mukarramah

Permakaman Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah pada tahun 1903
[Rasulullah dan para Shohabat sering ke sini]

Kawasan perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah pada tahun 1925

Kawasan perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah sebelum diratakan

Kawasan perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah terkini

Rajah peta perkuburan Baqi' Al-Gharqad di Madinah Al-Munawwarah

Nama Nabi :
(Muhammad) Bin 'Abdullah Bin 'Abdul Mutallib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qushai Bin Kilab Bin Murrah Bin Ka'ab Bin Lu'ai Bin Ghalib Bin Fihr Bin Malik Bin An-Nadr Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Elias Bin Mudhor Bin Nizar Bin Ma'ad Bin 'Adnan Bin Add Bin Humaisi' Bin Salaman Bin 'Aus Bin Buz Bin Qamwal Bin Obal 'Awwam Bin Nashid Bin Haza Bin Bildas Bin Yadlaf Bin Tabikh Bin Jahim Bin Nahish Bin Makhi Bin Aid Bin 'Abqar Bin 'Ubaidi Bin Ad-Da'a Bin Hamdan Bin Sanbir Bin Yathrabi Bin Yahzin Bin Yalhan Bin Ar'awi Bin Aid Bin Deshan Bin Aisar Bin Afnad Bin Aihan Bin Muksar Bin Nahith Bin Zarih Bin Sami Bin Wazzi Bin 'Awa Bin Aram Bin Haidir Bin (Isma'il) Bin (Ibrahim) Bin Azar Bin Nahur Bin Saru' Bin Ra'u Bin Falikh Bin Abir Bin Shalikh Bin Arfakhshad Bin Sam Bin (Nuh) Bin Lami' Bin Matulsyalkh Bin (Idris) Bin Yarid Bin Mahla'il Bin Qinan Bin Anwas Bin Syits Bin (Adam).

P/S : ( ) ialah bertaraf Nabi atau Rasul.

Salasilah 25 Rasul yang mulia
Nama-nama lain : Ada 99 nama 
Muhammad, Ahmadun, Haamidun, Mahmuudun, Qaasimun, 'Aaqibun, Faatihun, Syaahidun, Haasyirun, Raasyidun, Masyhuudun, Basyiirun, Nadziirun, Da'in, Haadin, Mahdin, Maahin, Munjin, Naahin, Rasuulun, Nabiyyun, Ummiyyun, Tihaamiyyun, Haasyimiyyun, Abthohiyyun, 'Aziizun, Hariisun 'Alaikum, Rauufun, Rahiimun, Tho Ha, Mujtabaa, Tho Siin, Murtazho, Ha Miim, Musthofaa, Ya Siin, Aulaa, Muzzammil, Waliiyun, Muddatssir, Matiinun, Mushoddiqun, Thoiyibun, Naashirun, Manshuurun, Mishbaahun, Aamirun, Hijaziyyun, Nazariyyun, Qurashiyyun, Mudhariyyun, Nabiyyut Taubah, Haafizhun, Kaamilun, Shaadiqun, Amiinun, 'Abdullah, Kaliimullah, Habiibullah, Najiyyullah, Shofiyyullah, Khatimul Anbiyaa', Hasiibun, Mujiibun, Syakuurun, Muqtashidun, Rasuulur Rahmah, Qawiyyun, Hafiyyun, Ma'muunun, Ma'luumun, Haqqun, Mubiinun, Muthii'un, Awwalun, Aakhirun, Zhaahirun, Baathinun, Yatiimun, Kariimun, Hakiimun, Sayyidun, Siraajun, Muniirun, Muharramun, Mukarramun, Mubashsyirun, Mudzakkirun, Muthohharun, Qariibun, Kholiilun, Mad'uuwun, Jawwaadun, Khaatimun, 'Aadilun, Syahiirun, Syahiidun, dan Rasuulul Malaahim.

[sumber : http://zawiyah.xismis.com

Bangsa Nabi : 'Arab dari suku Quraisy [nama panggilan bagi Fihr, moyang Nabi] 

Agama Nabi : Islam 

Tarikh Lahir Nabi : Subuh hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) bersamaan 20 April tahun 571 Masihi. 

Nama Ibu Kandung Nabi :  

Nama Bapa Kandung Nabi : 'Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Qushoi bin Kilab, anak kepada 'Abdul Mutallib iaitu seorang ketua pembesar kota Makkah dari keluarga Hasyim

Keturunan : Dari keturunan Nabi Isma'il, anak kepada Nabi Ibrahim, kira-kira dalam keturunan ke-40. 

Bidan Kelahiran Nabi : Ummu Mas’ud 

Tempat Lahir Nabi : Syua’ib Bani Hasyim [rumah Abu Talib] di Makkah Al-Mukarramah. 

Bilangan Adik-beradik Nabi : Anak tunggal [anak yatim] 

Nama Ibu Susuan Nabi :
  • Tsuwaibah Al-Aslamiyyah [hamba Abu lahab]
  • Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah
Nama-nama Pengasuh Nabi :

  • Aminah binti Wahab [ibu kandung]
  • Thuwaibah Al-Aslamiyyah
  • Halimatun as-Sa’diyah
  • Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan kepada bapa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam
Nama-nama Bapa Saudara Nabi :

  • Hamzah
  • Al-'Abbas [bapa kepada Ibnu 'Abbas]
  • Abu Talib
  • 'Abdul 'Uzza [Abu Lahab] 
  • Az-Zubir
  • 'Abdul Ka’abah
  • Al-Muqawim
  • Dhirar 
  • Qusam 
  • Al-Mughirah
  • Al-Ghaidaq
Nama-nama Ibu Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa Nabi :
  • Sufiah
  • 'Atikah
  • Barrah
  • 'Urwa
  • Umaimah
  • Ummu Hakim Al-Baidha’
Bapa Saudara Dan Ibu Saudara Nabi Yang Memeluk Islam :
  • Hamzah bin 'Abdul Mutallib
  • Al-A’bbas bin 'Abdul Mutallib
  • Sufiah
  • 'Urwa
Isteri Yang Paling Disayangi Nabi : ‘Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq [ketika kesemua isteri Nabi masih hidup] 

Isteri-isteri Nabi [Ummul Mukminin] : 
  • Khadijah binti Khuwailid.
  • Sa'udah binti Zam'ah.
  • 'Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq
  • Hafsah binti 'Umar bin Al-Khattab
  • Ummi Habibah binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummu Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harits.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar "Ummu Al-Masakin" Ibu Orang Miskin)
  • Mariah Al-Qibtiyyah
Anak Yang Paling Disayangi Nabi : Fatimah Az-Zahra. 

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud : "Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Barang siapa yang membuat dia marah, akan membuat aku marah" [Riwayat Bukhari]

Anak-anak Nabi :
  • Qasim
  • 'Abdullah [gelaran Thoyyib]
  • Ibrahim [anak dari Mariah Al-Qibtiyyah]
  • Zainab [isteri Abu Al-'Ash bin Ar-Rabi']
  • Ruqaiyah [isteri Utsman bin 'Affan]
  • Ummi Kaltsum [isteri Utsman bin 'Affan]
  • Fatimah Al-Zahra [isteri 'Ali bin Abi Talib]
Cucu-cucu [Al-Asbath] Nabi :
  • 'Ali bin Abu Al-'Ash bin Ar-Rabi' [cucu sulung]
  • Umaamah binti Abu Al-'Ash bin Ar-Rabi'
  • 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Affan
  • Hasan bin 'Ali bin Abi Talib
  • Husayn bin 'Alin bin Abi Talib
  • Ummu Kultsum binti 'Ali bin Abi Talib
  • Zainab binti 'Ali bin Abi Talib
  • Muhsin bin 'Ali bin Abi Talib
Cucu Kesayangan Nabi :

  • Hasan bin 'Ali bin Abi Talib [dari beliau salasilah keturunan As-Sayyid]
  • Husayn bin 'Ali bin Abi Talib [dari beliau salasilah keturunan As-Syarif]
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَال:َ قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ سَيِّدَا شَبَابِ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَأَبُوهُمَا خَيْرٌ مِنْهُمَا[ابن ماجه]
Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma berkata bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Hasan dan Husayn adalah dua orang pemimpin para pemuda penghuni Syurga dan ayahanda bagi kedua-duanya ['Ali bin Abi Talib] adalah lebih baik dari kedua-duanya" [Riwayat Ibnu Majah dengan sanad Shohih]

Salasilah Keturunan Ahlul Bayt Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
  • Mariah al-Qibtiah
  • Raihanah
Nama-nama Hamba Lelaki :
  • Aslam
  • Abu Rafi’
  • Tsauban
  • Abu Kabsyah Sulaim
  • Syurqan
  • Yasar Nubi
Nama Anak Angkat Nabi : Zaid bin Harithah bin Syarahil 

Nama-nama Khadam Nabi :
  • Anas bin Malik
  • 'Abdullah bin Mas’ud
  • ‘Uqbah bin ‘Amir
  • Asla’ bin Syarik
  • Bilal bin Rabah
  • Abu Dzar al-Ghiffariy
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :

  • Abu Bakar As-Shiddiq
  • 'Umar Al-Khattab
  • 'Uthman bin 'Affan
  • 'Ali bin Abi Talib 
  • Zubir Al-'Awwam 
  • 'Amir 
  • 'Amru bin Al-‘As 
  • Zaid bin Tsabit 
  • Mu'awiyyah bin Abi Sufyan 
  • Ubai bin Kaa’b
  • 'Abdullah bin Abi Rawahah
Setiausaha Rahsia Nabi : Huzaifah bin Yaman

Sifat Bentuk Fizikal Nabi : 
Antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah : 
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali ketika pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih dari biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau keperangan tapi campuran keperangan dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
Sifat-sifat Yang Wajib [selaras] Bagi Rasul :
  • As-Shiddiq [benar]
  • Al-Amanah [jujur]
  • At-Tabligh [menyampaikan]
  • Al-Fathonah [bijkasana]
Sifat-sifat Yang Mustahil [berlawanan] Bagi Rasul :
  • Al-Kazib [dusta]
  • Al-Khiyanat [pecah amanah]
  • Al-Kitman [menyembunyikan]
  • Al-Balaadah [bodoh]
Sifat-sifat Yang Harus Bagi Rasul : Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam dan  sifat yang selayaknya seperti manusia

Taraf Pendidikan Nabi : Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ] 

Pekerjaan Nabi :
  • Pengembala kambing
  • Berniaga 
Usia Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : Umur 40 tahun ketika ber'uzlah di Gua Hira’, Jabal Qubais, Makkah Al-Mukarramah 



Guru Pertama Nabi : Malaikat Jibrail ‘Alaihi Salam, ketua para Malaikat 



Tugas Utama [Objektif] : 

Menyeru manusia mentauhidkan Allah 'Azza Wa Jalla

Jawatan Yang Diamanahkan kepada Nabi : 
  • Menjadi Nabi
  • Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin [Imamats Tsaqalain]
  • Ketua pemerintah negara Islam di Madinah
Keistimewaan Nabi :

  • Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
  • Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama, iaitu Al-Qur’an.
  • Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [Khotamun Nabiyyin].
  • Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Di Kalangan Para Nabi :

  • Ulul ‘Azmi أولوالعزم [banyak menempuhi ujian berat daripada Allah]
  • صلى الله عليه وسلم [selawat Allah ke atasnya dan sejahteralah] 
Kenangan Manis Nabi : Dibawa mengembara dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj 



Kenangan Pahit Nabi :

  • Diusir oleh penduduk Tho’if dengan dibaling batu sehingga berdarah semasa berda'wah di sana.
  • Semasa peperangan Uhud [bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutallib dibunuh Wahsyi, hamba kepada Hindun dan jantung beliau dimamah oleh Hindun]
Pengalaman Pertama Nabi Menerima Wahyu : Turunnya ayat Iqra’ [ayat 1-5 surah Al-'Alaq] pada 12 Rabi’ul Awwal di Gua Hira', Jabal Qubais, Makkah Al-Mukarramah 

Pengalaman Yang Paling Menakutkan Nabi : Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa [Malaikat Jibrail 'Alaihis Salam dalam rupa bentuk 600 sayap meliputi Timur dan Barat] 

Usia Ketika Hijrah ke Madinah : Ketika berumur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Shiddiq , sampai di Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September tahun 622 Masihi. 

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha katanya: "Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar : "Nabi s.a.w. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting" Ketika Nabi s.a.w. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya : "Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar" Berkata Abu Bakar : "Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ‘Aisyah dan Asma’" Sabda Nabi s.a.w. : "Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?" Berkata Abu Bakar : "Anda perlukan teman, ya Rasulullah!" Sabda Baginda : "Ya, kawan" Berkata Abu Bakar : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda" Sabda Nabi : "Kuambil seekor dengan harganya" [Riwayat Bukhari]

Orang Yang Pertama Didakwah Nabi Dan Memeluk Islam :

  • Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Shiddiq.
  • Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
  • Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
  • Hamba : Zaid bin Harithah 
Sahabat-sahabat Nabi Paling Kanan :
  • Abu Bakar as-Shiddiq.
  • 'Umar al-Khattab.
  • 'Uthman bin 'Affan.
  • 'Ali bin Abu Talib 
Mertua Dan Menantu Nabi Dari Kalangan Sahabat :
  • Abu Bakar As-Shiddiq [bapa mertua]
  • 'Umar Al-Khattab [bapa mertua].
  • 'Uthman bin 'Affan [menantu]
  • 'Ali bin Abi Talib [menantu]. 
Berita Yang Mengembirakan Nabi : Keislaman 'Umar bin al-Khattab. 



Berita Yang Menyedihkan Nabi:

  • Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri pertama Nabi].
  • Kematian Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
  • Syahidnya Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi] di peperangan Uhud. 
Peristiwa Yang Mengembirakan Nabi : Pembukaan Kota Mekah [Futuuhul Makkah]


Penglibatan Nabi Dalam Peperangan :
  • Peperangan Badar
[17 Ramadhan, tahun ke-2 Hijrah]
  • Peperangan Uhud
[hari Sabtu, 15 Syawwal tahun ke-3 Hijrah]
  • Peperangan Khandaq
[bulan Syawwal, tahun ke-5 Hijrah]
  • Peperangan dengan Bani Quraizhoh
[tahun ke-5 Hijrah]
  • Perjanjian Al-Hudaibiyyah
[bulan Dzul Qa'idah, tahun ke-6 Hijrah]
  • Peperangan Khaibar
[akhir bulan Muharram, tahun ke-7 Hijrah]
  • Al-Futuhul Makkah
[bulan Ramadhan, tahun ke-8 Hijrah]
  • Peperangan Hunain
[10 Syawwal, tahun ke-10 Hijrah]
  • Peperangan Tabuk
[bulan Rajab, tahun ke-9 Hijrah]
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati Nabi :
  • Negeri Syam
Daripada Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasullullah shollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat Rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.
[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi]

Riwayat hadis Ibnu Hawalah radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi SAW bersabda : "Akan berlaku pada urusan (agama ini), hingga kamu akan menjadi tentera yang berpasukan-pasukan. Tentera di Syam, tentera di Yaman dan tentera di Iraq" Kata Ibnu Hawalah : "Pilihkanlah tempat untukku wahai Rasullulah sekiranya engkau kehendaki" Lalu, Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu berada di Syam, sesungguhnya ia adalah bumi pilihan Allah di mana di situlah terdapat hamba-hamba pilihanNya. Sekiranya engkau tidak dapat menempatkan diri disana, hendaklah engkau berada di Yaman. Berilah minum daripada tadahan air kamu. Maka sesungguhnya Allah telah memberi jaminan kepadaku dengan negeri Syam dan penduduknya" [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih]
  • Baitul Muqaddis [Palestin]
Abu Hurairah dan Abu Sa'id Al-Khudriy radhiyallahu 'anhuma telah berkata bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda : "Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir [berkelana] kecuali untuk menuju ke tiga tempat ini : Masjid Al-Haram, masjidku (Masjid An-Nabawi) dan Masjid Al-Aqsa" [Riwayat Bukhari dan Muslim] 

Diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi saw bersabda : "Sekelompok dari umatku akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari Allah dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala" Para sahabat bertanya : "Dimanakah tempat mereka itu ya Rasulullah saw?" BAginda saw menjawab: "Di Baitul Muqaddis dan di ankaf (sekitar) Baitul Muqaddis" [Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad dan al-Haithami dalam kitab Zawaid telah memberikan komentar : "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad (anak Imam Ahmad bin Hanbal) juga At-Tabrani dan perawinya adalah org-orang yang thiqah(dipercayai)" 

Catatan Rekod Dunia : Pengembaraan yang jauh menaiki Buraq dari bumi Makkah ke tanah Baitul Muqaddis, Palestin sehingga naik ke Sidratul Muntaha, bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum waktu Subuh [Isra’ Wal Mi’raj]
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Firman Allah : "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" [Surah Al-Isra', ayat 1]

P/S : Jarak perjalanan dari Makkah ke Baitul Muqaddis mengambil masa 1 bulan dengan menunggang unta. Buraq ialah haiwan Syurga berkelajuan lebih pantas dari sekilas mata memandang. 

Sahabat Yang Paling Disayangi Nabi : Abu Bakar As-Shiddiq kerana membenarkan segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam. 

Sabda Rasululla shollallahu 'alaihi wasallam : “Abu Bakar mengungguli kamu semua bukan kerana banyaknya sembahyang dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Imam Ghazali di Ihya’ Ulumuddîn)

Nasihat Nabi :

Imam Abu Dawud meriwayatkan dari sahabat yang mulia Al-‘Irbadh bin Sariyah radlhiyallahu 'anhu, bahwa ia berkata:  Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menasihatkan kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati-hati kami dan air mata pun berlinang karenanya. Maka ketika itu kami mengatakan: “Duhai Rasulullah, nasihat ini seperti nasihat orang yang mau mengucapkan selamat tinggal, karena itu berilah wasiat kepada kami.” Beliau pun bersabda: “Aku wasiatkan kepada kalian bertakwa kepada Allah, untuk mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian itu seorang budak. Dan barangsiapa di antara kalian yang masih hidup sepeninggalku, niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Karena itu wajib atas kalian untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnahnya Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Pegang erat-erat sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hati kalian dari perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru ( bid‘ah) itu sesat.” [Riwayat Abu Dawud] 

Wasiat Nabi :

'Ali bin Abi Talib r.a. berkata : Ketika telah turun surat An-Nashr, Rasulullah saw sakit dan pada hari kamis Rasulullah keluar dengan kepala diikat. Kemudian naik di atas mimbar dan duduk di atas mimbar dengan muka yang pucat dan airmata yang berlinang. Lalu memanggil Bilal dan menyuruhnya berseru di Madinah mengajak orang – orang supaya berkumpul untuk mendengar dan menerima wasiat Nabi saw sebagai wasiat yang terakhir.


Maka berkumpullah semua penduduk Madinah, kecil, besar, laki–laki dan perempuan sehingga mereka tinggalkan rumah terbuka dan pasar kosong, serta tidak ketinggalan gadis–gadis pingitan sama–sama keluar untuk mendengarkan wasiat Rasulullah saw sehingga penuhlah masjid. Nabi saw berkata : “Berilah kesempatan kepada orang–orang yang di belakang supaya masuk.”

Kemudian Nabi saw berdiri sambil menangis dan mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, lalu memuji syukur kepada Allah sebagaimana lazimnya dan membaca shalawat untuk semua Nabi juga pada dirinya. Lalu bersabda :

“Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bangsa Arab kelahiran haram Mekkah yang tiada nabi sesudahku. Hai semua manusia, diriku ini telah diberitakan akan mati, telah dekat akan meninggalkan dunia ini dan aku telah rindu kepada Tuhanku, maka alangkah sedihnya meninggalkan ummatku, apakah yang mereka katakan kelak sepeninggalku, ya Allah selamatkan, selamatkan. Hai manusia, dengarlah wasiyatku, perhatikan dan ingat – ingatlah, yang hadir harus menyampaikan kepada yang tidak hadir. Karena ini wasiyatku yang terakhir kepada kamu. Hai manusia, Allah telah menerangkan kepada kamu dalam kitab yang diturunkanNya, apa yang halal dan yang haram, yang harus kamu lakukan dan yang kamu tinggalkan, maka gunakanlah yang halal, tinggalkanlah yang haram, percayalah pada yang mutasyabih, laksanakan yang muhkam (tegas) dan jadikan sebagai peringatanmu yang berupa contoh–contoh itu.”

Nabi saw melihat ke langit sambil berkata :

“Ya Allah saya telah menyampaikan maka saksikanlah. Hai manusia, awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat menyesatkan yang jauh dari tuntunan rahmat Allah dan surga, bahkan dekat kepada neraka. Hendaklah kamu menjaga jama’ah (persatuan) dan istiqomah (tetap lurus) karena ini dekat kepada Allah dan surga, jauh dari api neraka.

Ya Allah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, takutlah kapada Allah, takutlah kepada Allah dalam menjaga agama dan amanat yang diamanatkan kepadamu. Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam memelihara budak – budakmu, berilah mereka makan dari apa yang kamu makan, pakaian dari apa yang kamu pakai dan jangan memaksa mereka apa yang mereka tidak kuat, karena mereka itu juga tercipta dari daging dan darah, makhluk yang sama seperti kamu, ingatlah yang aniaya pada mereka, maka akulah lawannya pada hari kiamat dan Allah hakimnya. Takutlah kepada Allah dalam memelihara istri, tepatilah mahar mereka dan jangan menganiaya mereka niscaya kamu akan diharamkan dari hasanat – hasanatmu di hari kiamat.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, ajarkan kepada mereka akhlak sopan santun, sebab mereka ditanganmu bagaikan tawanan dan amanat, ingatlah saya telah menyampaikan. Hai manusia, patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari turunan budak Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir itu berarti ta’at padaku, siapa yang taat padaku berarti taat kepada Allah dan siapa yang menentang mereka berarti menentang aku dan siapa yang menentang aku berarti ma’siyat kepada Allah. Ingatlah jangan keluar dari mereka dan jangan memutuskan janjimu pada mereka.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, hendaklah kamu cinta pada keluargaku, ahli – ahli Al Qur’an dan cinta pada ulama – ulamamu, jangan kamu membenci atau hasud kepada mereka, jangan kamu menghina kepada mereka, ingatlah siapa yang cinta kepada mereka berarti cinta kepadaku, siapa yang cinta padaku maka cinta kepada Allah dan siapa yang benci pada mereka berarti benci padaku, siapa benci padaku maka benci kepada Allah.

Ingatlah,  aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah sholat lima waktu dengan menyempurnakan wudhu’, menyempurnakan ruku’ dan sujudnya. Hai manusia, keluarkan zakat hartamu, ingatlah siapa yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak dianggap sholatnya, tidak beragama, tidak dianggap puasa, haji dan jihadnya.

Ya Allah saya telah menyampaikan.

Hai manusia, sungguh Allah telah mewajibkan haji pada orang yang kuasa melakukan perjalanannya dan siapa yang tidak melaksanakannya, boleh pilih apakah akan mati yahudi, nasrani atau majusi, kecuali jika ia berudzur penyakit yang menahannya atau raja yang dzalim. Ingatlah bahwa ia tidak akan mendapat syafa’atku dan tidak akan minum dari haudh (telaga)-ku.

Ingatlah saya telah menyampaikan.

Hai manusia, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat di suatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah lidahmu, tangiskan matamu, tundukkan hatimu, letihkan badanmu, berjihadlah melawan musuhmu, makmurkan mesjidmu, ikhlaskan imanmu, nasihatilah teman – temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu, jagalah kemaluanmu, bersedekahlah dari hartamu, jangan hasud menghasud niscaya akan hilang hasanatmu dan janganlah ghibah (menyebut aib orang lain) niscaya binasa kamu.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, berusahalah kamu untuk memerdekakan budak – budakmu dan berbuatlah kebajikan untuk hari kebutuhan dan hajatmu. Hai manusia, jangan menganiaya sebab Allah sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang kejam aniaya, kamu yang menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali, Allah tidak rela jika kamu berbuat ma’siyat.

Hai manusia, sesungguhnya siapa yang berbuat kebajikan maka untungnya untuk dirinya sendiri, begitu pula sebaliknya jika berbuat kejahatan maka ditanggung sendiri, dan Tuhan tidak menganiaya pada hamba – hambanNya. Jagalah dirimu dari hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah, kemudian tiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya dan mereka tidak dianiaya.

Hai manusia, sesungguhnya saya akan menghadap kepada Tuhanku dan saya telah diberitahu akan meninggal karena itu aku titipkan kamu kepada Allah yaitu agama dan amanatmu.

Wassalamu alaikum hai para sahabatku dan semua ummatku. Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh”.

Kemudian beliau turun dari mimbar lalu masuk rumah dan tidak keluar lagi sesudah itu"

Syafa'at Nabi :

Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.



  • Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab, ayat 56) 
  • Sabda Nabi S.A.W. "Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat." (Hadis Riwayat At-Tabrani)
  • Sabda Nabi S.A.W. "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Al- Khatib)
  • Sabda Nabi S.A.W. "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku, tidak membaca selawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
  • Sabda Nabi S.A.W. "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat At-Tirmizi) 
Tarikh Wafat : Pagi hari Isnin, 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun tahun 632 Masihi ketika berumur 63 tahun , 4 hari 



Sabda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam :

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas) 

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

SEKITAR PERJALANAN HIDUP RASULULLAH SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.  Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


Bahan Bacaan Berguna

Powered By Blogger