Lambaian Mesra


Pesanan Orang Terdahulu Dari Kita

Pesanan Imam al-Ghazali :
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana haqiqatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

(Dipetik dari buku Dimana Dia Dihatiku)

Terjemahan Bahasa Antarabangsa

Khamis, 5 April 2012

Sahabat : Manusia Berhati Mulia

MAKSUD PERSAHABATAN

“Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari” 
- Saiyyidina Ali bin Abi Talib - 

Bersandarkan mutiara kata dari Sayyidina 'Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah, jelas menggambarkan pentingnya sahabat dalam kehidupan manusia. Sumber kekuatan dan kelemahan seseorang dapat dilihat dengan siapakah manusia itu bersahabat. 

Secara bahasa, kata ash-shahabah (الصحابة) adalah bentuk plural (jamak) dari kata shahib (صاحب) atau shahabiy (صحابي) yang berarti teman sejawatan/rakan sebaya.

Persahabatan bermaksud menjalin hubungan rapat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain di atas satu tujuan yang sama. Keadaan ini wujud melalui bentuk-bentuk tujuan yang ingin dikejar dan direalisasikan oleh sekumpulan manusia. Tanpa ada sebarang tujuan, maksud persahabatan tidak terjadi.
PERSAHABATAN DALAM ISLAM
Banyak perkara dibangkitkan dalam mewujudkan persahabatan terutamanya persahabatan atas dasar agama. Islam telah menggariskan panduan berguna zaman-berzaman berkenaan jenis orang yang sesuai bersahabat, adab bersahabat, pantang-larang persahabatan dan lain-lain lagi.
DALIL-DALIL BERKENAAN TUNTUTAN BERSAHABAT
A067 
Mafhum : "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" [surah Az-Zukhruf, ayat 67]

A028 
Mafhum : "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran" [Surah Al-Kahfi, ayat 28]

A028 
Mafhum : "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali" [Surah Aali 'Imran, ayat 28]
A081 
Mafhum : "Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyriq) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasiq" [Surah Al-Maaidah, ayat 81]

HAQIQAT PERSAHABATAN DALAM ISLAM

Persaudaraan Islam adalah persaudaraan yang istimewa. Ini adalah persaudaraan yang tidak terikat oleh kaum, kewarganegaraan, asal-usul ataupun keturunan. Ini adalah persaudaraan yang diikat oleh tauhid. Setiap insan yang beriman kepada Allah, maka mereka semua adalah saudara untuk satu dengan yang lain.

Allah 'Azza wa Jalla telah memberitahu kepada kita bahawa persaudaraan sesama mukminin adalah perintah-Nya. Firman Allah:

A010
Mafhum : "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" [Surah Al-Hujuraat, ayat 10] 

Persaudaraan Islam adalah sesama Muslim sahaja. Tapi ini tidak bermakna kita boleh menterhadkan saudara seislam kita hanya dengan mereka yang rapat dengan kita, atau dengan mereka yang sama-sama dalam jemaah kita. Ini satu pemahaman yang keliru. Sesiapa sahaja yang beragama Islam adalah dikira sebagai saudara kita, dan kita wajar berakhlak dengan mereka sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. 

Rasulullah s.a.w juga telah memerintahkan kepada kita agar kita tidak mengambil orang kafir sebagai sahabat: “Janganlah engkau bersahabat kecuali dengan orang mukmin” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’) 

Jadi tidak dibenarkan bersahabat dengan orang kafir, kecuali hanya sekadar kenalan, dituntut untuk berbaik-baik dan berlaku adil kepada mereka serta hanya membantu mereka untuk hal-hal yang baik sahaja.  

Allah ta’ala berfirman:-
A008
Mafhum : “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” [Surah Al-Mumtahanah, ayat 8]

KATEGORI SAHABAT

Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga (3) kategori:-
  • Umpama makanan yang tak dapat tidak [mesti] kita perlukannya setiap waktu.
  • Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.
  • Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan kita perlu menjauhinya.
Orang yang benar-benar bersahabat ada beberapa peringkat: 
  • Sahabat secara umum
Iaitu sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islam atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat. 
  • Sahabat secara khusus
Sahabat secara khusus iaitu orang yang bersahabat dengan lebih mendalam lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu sama lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, ditambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkan Islam. 
  • Sahabat yang dipersaudarakan
Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada membuat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolaholah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah.Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW di kalangan para Sahabat.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam mengingatkan : “Perumpamaan teman yang soleh dengan yang buruk itu seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Berteman dengan penjual minyak wangi akan membuatmu harum kerana kamu biasa membeli minyak wangi darinya atau sekurang-kurangnya mencium bau wanginya. Sementara berteman dengan tukang besi akan membakar badan dan bajumu atau kamu hanya akan mendapatkan bau tidak sedap” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

TARAF-TARAF ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SAHABATNYA
  • Golongan orang yang soleh
Iaitu seseorang sahabat terhadap sahabatnya sekadar dapat memberi tanggungjawabnya kepada sahabatnya apabila diminta. Apabila sahabat itu memerlukan sesuatu, kalau dia tahu, (sama ada dia tahu sendiri atau sahabatnya memberitahu atau ada orang lain memberitahu) dia akan membantunya. Dengan kata-kata yang lain dia akan membantu, memberi, menolong sahabatnya di waktu sahabatnya memerlukan bantuannya. 
  • Golongan muqarrabin [orang yang hampir ke hadrat Allah 'Azza Wa Jalla]
Iaitu seorang sahabat dapat memberi tanggungjawab terhadap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya dibahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yang dia dapat, maka separuh untuknya dan separuh lagi untuk sahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap nikmat yang dia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh daripadanya iaitu sama banyak atau dibahagi dua. 
  • Golongan siddiqin [orang yang benar dalam setiap perkataan dan perbuatannya]
Iaitu seseorang itu lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan ayat Al Quran dari surah Aali 'Imran, ayat 159 :-

A159
Mafhum : "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya"

PENGERTIAN SUATU PERSAHABATAN

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah SWT. Oleh itu, kita perlulah meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkapkan ‘uhibbuka’ atau ‘ukhuwah fillah’ (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah. 

KASIH SAYANG lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan. Cukup sekiranya menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat. 

KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah. Sekiranya tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat. Sebaiknya pilih sahabat berdasarkan budi pekertinya, rasa tanggungjawab, keperihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. 

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila setia terhadap sahabat, kesannya sahabat juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah dicurahkan kepadanya. Ini kerana sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang. 

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam sesebuah persahabatan, hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat, apatah lagi tentang perkara-perkara yang boleh menyakiti hatinya. Hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah dilakukan. Haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat. 

KEJUJURAN perlu dalam sesebuah persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu. Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan. Hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan daripadanya sahaja. 

KEMAAFAN merupakan perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat. Sekiranya sahabat melakukan kesilapan, hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil. Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya, begitulah sebaliknya. 

KESEDIHAN yang dihadapi oleh sahabat haruslah dikongsi bersama. Apabila mengetahui sahabat itu berada dalam keadaan yang berdukacita, sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu. 

KEGEMBIRAAN yang hadir dalam diri sahabat itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira. Pasti rasa senang apabila melihat sahabat bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka. 

KESERASIAN merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama. Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang dilakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar. Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.


CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

Ada 12 ciri sahabat sejati menurut Imam Al Ghazali:-
  1. Jika kamu berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu.
  2. Jika kamu merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu.
  3. Jika kamu memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
  4. Jika kamu menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.
  5. Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik darimu, maka maka dia akan berupaya menutupinya.
  7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya dengan bersungguh-sungguh.
  8. Jika kamu berdiam diri kerana malu untuk meminta, maka dia akan bertanyakan kesukaran yang kamu hadapi.
  9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu.
  10. Jika kamu berkata benar kepadanya, dia akan membenarkanmu.
  11. Jika kamu merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan membantu rencana itu.
  12. Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan itu.
BAGAIMANA UNTUK PILIH SAHABAT?

Apabila mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:-
  • Orang yang sempurna akalnya. 
Tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati. Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.
  • Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya. 
Janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.
  • Orang yang soleh. 
Jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.
  • Orang yang tidak cintakan keduniaan. 
Bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.
  • Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya. 
Cakap tidak serupa perbuatan bukanlah orangnya kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang Munafiq. 
Hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud : “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan” (Riwayat At-Tirmidzi)

ADAB ORANG YANG BERSAHABAT SESAMA SAHABATNYA


Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga (23) perkara sahaja iaitu:-
  1. Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material. Jangan terlalu bakhil.
  2. Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.
  3. Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.
  4. Menutup segala kea’ibannya.
  5. Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.
  6. Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.
  7. Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.
  8. Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.
  9. Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.
  10. Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.
  11. Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.
  12. Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.
  13. Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.
  14. Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.
  15. Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.
  16. Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.
  17. Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.
  18. Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.
  19. Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.
  20. Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.
  21. Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.
  22. Apabila sahabatnya mahu pulang ke tempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.
  23. Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya. Jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya. 
Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam hadis Qudsi yg bermaksud: “Sudah pastilah kecintaan-KU itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU untuk orang yang saling cinta mencintai kerana AKU, sudah pasti pula kecintaan-KU kepada orang-orang yang saling bantu-membantu kerana AKU. Juga sudah pastilah kecintaan-KU untuk orang yang saling tolong menolong kerana AKU” (Riwayat Ahmad dan Hakim) 

Al-Qamah iaitu seorang ulama’ masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat antaranya :-
  • Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  • Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  • Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
SYARAT PERSAHABATAN DALAM ISLAM

Syarat-syarat bersahabat dalam islam ada 5 :-
  • BERAQAL
Jangan anda bersahabat dengan orang yang jahil. Jangan anda berdamping dengannya. Berapa banyak orang jahil merosakkan org yang berbudi tidak berkawan, kerana ukuran orang yang bersahabat dilihat siapa sahabatnya. 

"Bagi hati dengan hati, menjadi bukti ketika ia bertaut" -Saidina Ali bin Abi Talib-
  • BERAKHLAQ MULIA
Saudaramu yang sejati ialah siapa yang selalu bersamamu, yang sanggup berkorban demi kebahagiaanmu, kalau ada sesuatu yang menimpa ia sanggup meninggalkan sesiapa pun demi membantumu.
  • BAIK HATI
Sahabat yang sejati, hatinya bersih dan suci sepertimana wajah yang sentiasa senyum dan bersih diibaratkan yang penyayang dan sentiasa memberi nasihat berunsurkankebaikkan.
  • ZUHUD
Apabila kamu melihatnya kamu akan segera mengigati Allah swt, merasa dekat dengan Allah. Apabila kamu melihat amalnya, kamu menjadi zuhud terhadap dunia. 
  • BENAR
Sahabat yang bersifat benar sentiasa mendapat berkat apabila bersahabat. Tidak berprasangka buruk dan tidak mengkhianati temannya. 

Sayidina 'Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah berkata : "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang).  Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu"

SEBAB-SEBAB IKATAN PERSAHABATAN TIDAK KUAT
  • Bersahabat kerana ada kepentingan peribadi.
Sama ada kedua-dua orang yang bersahabat atau salah seorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin kerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang itu yang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindung atau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebut sudah tiada lagi, bersahabat sudah tidak diperlukan lagi.
  • Bersahabat dengan sebab seagama, sebangsa, sekaum, sekampung, senegeri dan lain-lain.
Bersahabat apabila bertemu dengan orang yang satu kaum atau satu kampung atau satu negeri atau satu bangsa atau seagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan) di negeri atau negara lain yang asing pada mereka. Di waktu itu mungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri di segi agama, bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu mereka amat rapat kerana satu sama lain memerlukan lantaran sama-sama berdagang di negeri atau di negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-sama balik ke negeri sendiri, walaupun bertemu tetapi hubungan rapat sudah tiada lagi. 
  • Sahabat kongsi
Bersahabat kerana berkongsi perniagaan atau penternakan untuk hidup. Selama berkongsi bolehlah bersahabat. Apabila sudah tidak berkongsi lagi, satu sama lain sudah macam orang lain sahaja. Tidak serapat dulu. 
  • Sahabat seasrama
Bersahabat sewaktu sama-sama duduk di asrama. Kebetulan pula berkongsi di dalam satu bilik atau duduk di pondok pengajian di dalam satu bangunan. Sama-sama memasak dan mentelaah pelajaran. Setelah habis pengajian, bersahabat sudah tidak berlaku lagi. Seolah-olah macam kenalan biasa walaupun masih selalu bertemu. 
  • Bersahabat kerana takut
Bersahabat kerana duduk di satu kawasan yang banyak berlaku jenayah. Oleh kerana takut bersendirian, maka terpaksa bersahabat. Setelah jenayah sudah tiada atau berpindah tempat, masing-masing membawa diri. Kalau pun masih boleh bertemu, tidak serapat dahulu.

ADAB-ADAB PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
  • Khabarkan kepada saudaranya itu bahawa kita mencintainya kerana Allah
Berkenaan dengan hal ini, sabda Rasulullah sshollallahu 'alaihi wa sallam : “Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’) Dalam hadith yang lain, ada disebut “mencintainya kerana Allah” (uhibbuhu fillah). (Riwayat Ahmad)

Lihatlah akhlak yang mulia dan cukup indah ini. Syeikh 'Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini : “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah) 

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu yang maksudnya, "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. 

Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” 

Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. 

Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu tempat kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” 

Lelaki itu menjawab, “Tidak, aku mencintainya kerana Allah.” 

Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah” (Riwayat Muslim)
  • Mengucapkan salam ke atas saudaranya
Hal ini ada disebutkan dalam hadith berikut, telah bersabda Rasulullah sholallahu 'alaihi wa sallam: "Hak Muslim atas Muslim yang lainnya ada enam. Para sahabat bertanya: “Apa sahaja, wahai Rasulullah?. Berkata Rasulullah s.a.w: “Ucapkan salam jika berjumpa denganya. Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya. Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat. Jika dia bersin dan memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah), maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah). Jika ia sakit, maka jenguklah dia. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya" (Riwayat Muslim) 

Ucapan salam adalah perkara pertama yang disebut dalam enam hak muslim kepada muslim yang lainnya. Sebab itu, kita perlu membiasakan memberikan ucapan salam dan membalasnya. Ucapkan salam dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh.
  • Memenuhi undangan dari saudaranya
Berdasarkan hadith di atas tadi, ada disebut bahawa memenuhi undangan adalah hak yang perlu disempurnakan. Sekalipun kita berpuasa, kita harus cuba memenuhi undangan yang diterima. 

Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika dia sedang berpuasa (sunnah), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. Jika dia tidak berpuasa, maka makanlah” (Riwayat Muslim) 

Namun demikian, sekiranya kita benar-benar tidak mampu untuk hadir, seperti tidak sihat ataupun kerana berada terlalu jauh daripada majlis undangan hingga mustahil untuk dapat hadir, sebaiknya maklumkan kepada tuan rumah tentang hal ini dan kemudian bolehlah untuk tidak hadir. Selain itu, jika majlis tersebut boleh memberi mudarat kepada agama atau tubuh badan seseorang, maka undangan tersebut boleh ditolak. (Minhajul Muslim)
  • Memberi nasihat jika diminta oleh saudaranya
Ini adalah satu tuntutan jelas, disebutkan sebagai hak yang ketiga dalam hadis enam hak muslim tadi. Jangan sesekali kita mengabaikan saudara seaagama kita yang meminta nasihat daripada kita, berilah nasihat semampunya. Jika kita betul-betul tidak mampu, atau tidak tahu apa yang boleh kita nasihatkan, bolehlah kita cuba untuk merujuk masalah saudara kita itu kepada pihak yang selayaknya, jika saudara kita itu sudi untuk berbuat demikian.
  • Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin
Mengucapkan tashmit adalah hak yang keempat disebut dalam hadith enam hak muslim tadi. Tashmit bermaksud ucapan “yarhamukallah” (semoga Allah merahmati kamu). 

Apabila seseorang Muslim bersin, dia dituntut untuk mengucapkan “Alhamdulillah”. Orang yang mendengar hal itu perlu mengucapkan tashmit. 

Setelah itu, orang yang bersin perlu mengucapkan “yahdikumullahu wa yuslihu baalakum” (semoga Allah memberi hidayah dan memperbaikkan keadaan diri kamu). Hal ini ada disebut dalam hadith sahih, riwayat Al-Bukhari. Jika orang yang bersin tidak mengucapkan Alhamdulillah, maka tidak perlu ucapkan tashmit. 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika seorang daripada kalian bersin kemudian memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit kepadanya. Jika dia tidak memuji Allah, maka jangan kamu ucapkan tashmit kepadanya” (Riwayat Muslim)
  • Menziarahi saudaranya ketika dia sakit
Ini adalah hak kelima disebutkan dalam hadith hak muslim tadi. Menziarahi saudara muslim yang sakit adalah satu adab yang begitu bernilai. 

Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa menjenguk orang sakit maka ia tetap berada di khurfatul jannah sampai dia kembali. Para sahabat bertanya: “Apa itu khurfatul jannah wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab: ‘Janaaha’ (kebun yang sedang berbuah di syurga)” (Riwayat Muslim) 

Lagi sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam: “Tidaklah seorang muslim menjenguk saudaranya sesama muslim yang sakit di pagi hari, melainkan 70,000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu petang. Apabila dia menjenguknya di waktu petang, maka 70,000 malaikat akan mendo’akannya sampai waktu pagi. Dia pun akan mendapatkan taman di syurga” (Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah. Menurut Tirmidzi, hadith ini hasan) 

Pendek kata, orang yang menziarahi orang sakit bakal mendapatkan taman di syurga. Persoalannya, adakah boleh seorang lelaki menjenguk wanita yang sakit, begitu juga seorang wanita menziarahi lelaki yang sakit? Jawapannya, dibolehkan selagi tidak ada fitnah dan pertemuan itu berlangsung dengan menahan pandangan. 

Imam Al-Bukhari berkata: “Ummu Darda’ (seorang sahabat wanita) menjenguk seorang lelaki penjaga masjid kaum Ansar”. 

Malah dalam kitab hadithnya, Imam Al-Bukhari telah membuat bab khusus tentang hal ini, tajuknya bab “Iyaadatun Nisaa’ Ar-Rajula” (Wanita menjenguk lelaki). 

Rasulullah s.a.w pernah menjenguk seorang sahabat wanita bernama Ummul A’la, lalu baginda berkata kepadanya: “Bergembiralah wahai Ummul A’la, sesungguhnya penyakit seorang muslim akan menghapuskan doasa-dosanya seperti api yang dapat menghilangkan kotoran emas dan perak” (Riwayat Abu Daud dan At-Thabarani. Lihat: As-Sahiihah)
  • Mengiringi jenazah saudaranya yang Muslim
Jika ada saudara kita yang meninggal dunia, maka ikutilah jenazahnya ketika dimandikan, disolatkan dan pengebumian. Setelah dia dikebumi, kita dituntut untuk mendoakannya. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat setelah selesai proses pengebumian seorang sahabat yang telah meninggal dunia: “Mohonlah keampunan untuk saudaramu dan mohonlah keteguhan hati baginya, kerana sekrang dia sedang ditanya” (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim. Disahihkan oleh Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-Dzahabi. Lihat Sahiihul Jami’) 

Hadis ini juga menjelaskan kepada kita bahawa doa kepada si mati itu boleh sampai kepadanya, selagi si mati semasa hidupnya beriman kepada Allah.
  • Mendoakan saudara seagama dengannya
Berdoa untuk kebaikan saudaranya yang Muslim bakal memberi manfaat yang besar untuk diri kita, ini kerana berdasarkan sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam: "Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Riwayat Muslim) 

Maksudnya, kalau kita mendoakan sesuatu untuk seorang muslim yang lain, para Malaikat akan mendoakan hal yang sama untuk kita. Bukankah ini sesuatu yang menguntungkan kita? Oleh itu, banyakkan berdoa untuk sahabat-handai kita yang beragama Islam, semoga Allah merahmati anda atas amal yang mulia ini.
  • Memberi hadiah sesama saudaranya yang Muslim
Hadiah merupakan aspek khusus dalam persaudaraan yang ada ditekankan dalam Islam yang menggalakkan memberi hadiah kepada Muslim yang lain, dan melarang menolak penerimaan hadiah kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu. 

Berkenaan dengan memberi hadiah, jelas disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w: “Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai” (Riwayat Bukhari) 

Berkenaan dengan larangan menolak hadiah, ada disebut dalam hadith Rasulullah s.a.w berikut: “Penuhilah undangan orang yang mengundang dan janganlah menolak hadiah” (Riwayat Bukhari, Ahmad, At-Thabrani dan Al-Baihaqi. Lihat: Sahiihul Jami’) 

Namun demikian, terdapat dalam sesetengah keadaan kita dilarang untuk menerima hadiah. Para pegawai atau yang penguasa tidak boleh menerima hadiah daripada orang di bawah kuasanya. 

Rasulullah s.a.w bersabda: “Hadiah-hadiah yang diberikan kepada pengurus (pegawai) adalah pengkhianatan” (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi. Lihat: Sahiihul Jami’) 

Dalam satu peristiwa, seorang pegawai yang dikirim Rasulullah s.a.w datang membawa sedekah yang diserahkan oleh masyarakat. Kemudian sambil membahagikan sedekah itu, dia berkata: “Ini bahagian kamu dan ini bahagian saya”. Maka dari itu, Rasululah s.a.w terus naik ke mimbar, setelah mengucapkan pujian kepada Allah baginda bersabda: “Mengapa ada pegawai yang kami kirim lalu ia berkata: ‘Ini bahagian kamu dan ini adalah bagian saya’. Mengapa dia tidak duduk saja di rumah bapa dan ibunya? Apakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Demi jiwa Muhammad yang jiwanya berada di tanganNya, tidaklah salah seorang daripada kamu menerima hadiah itu, melainkan pada hari Kiamat dia akan membawa hadiah tersebut di atas tengkuknya..” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Pemberian hadiah kepada orang yang berkuasa atau ketua baginya boleh menjurus kepada rasuah. Jika kita dilantik sebagai orang berjawatan dalam masyarakat, tolaklah hadiah yang diterima dengan baik-baik. Sebagai orang bawahan, elakkan memberi hadiah kepada orang mempunyai kuasa ke atas kita.
  • Menutup ke'aiban saudaranya 

Apabila kita menutup aib saudara kita, maka Allah akan menutup keaiban kita di akhirat nanti. Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Adakah kita mahu keaiban kita di dunia didedahkan di akhirat nanti? Sudah tentu tidak. Oleh itu, lindungilah keaiban saudara kita yang lain. Jangan mengumpatnya, jangan hebahkan keburukannya, sembunyikan itu semua! Tetapi, sebarkanlah kebaikan saudara kita, itulah akhlak yang dituntut bagi seorang muslim.
  • Tidak memboikot/memulau saudaranya melebihi tempoh 3 hari
Hal ini jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut: “Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang diceritakan dalam hadis ini memang cukup baik. Ia menggambarkan dua orang Muslim yang berselisih, tidak mahu bertegur-sapa, atau saling memboikot. Kemudian Rasulullah s.a.w menjelaskan, haram untuk berbuat demikian lebih daripada tiga hari. Pada pemahaman saya, ada hikmahnya diberikan tempoh tiga hari, mungkin dalam tempoh tersebut kemarahan sudah berkurangan dan mudahlah untuk mereka saling bermaafan. Hadith ini menunjukkan Rasulullah s.a.w cukup memahami emosi manusia, sebab tidak semua orang mudah reda kemarahannya. Wallahu ‘alam. Kemudian baginda menyambung lagi, yang paling baik antara dua orang yang berselisih ini adalah mereka yang terlebih dahulu memberi salam. Ini turut menggambarkan keutamaan memberi salam kepada saudara seislam, sekalipun mereka sedang berselisih faham.

Abu Sulaiman Ad-Darami rahimahullah berkata: "Jangan sekali-kali kamu bersahabat melainkan orang yang mempunyai dua sifat ini: pertama, dia dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur, dan kedua, dia dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk urusan akhiratmu. Jika kamu suka bersahabat dengan orang yang bersifat selain daripada itu, maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya"

AWAS!! JANGAN PILIH ORANG YANG BERSIFAT INI!!
  • JANGAN PILIH ORANG YANG BERSIFAT BAKHIL
Sahabat yang bakhil adalah dari mereka yang kedekut. Kedekut untuk berbelanja, tidak mahu bertolak ansur. Sering memikirkan kesusahannya sahaja, tidak pernah memikirkan kesusahan anda. Dia lebih banyak meminta-minta daripada memberi. Jika anda bercerita tentang kesulitan anda,dia akan dulu mengatakan bahawa dia mempunyai kesulitan yang lebih besar dari anda. Satu sen duitnya seperti roda kereta lembu. Jika berbelanja, dia lebih riang jika anda yang mengeluarkan perbelanjaan untuk dirinya. Tidak guna anda teruskan persahabatan dengan orang yang sebegini, hanya akan merugikan duit anda sahaja. 
  • JANGAN PILIH ORANG YANG BODOH
Bersahabat dengan orang yang bodoh akan membuat anda tidak bersemangat. Dia akan hanya menurut sahaja apa yang anda fikirkan. Tidak memberi pendapat yang boleh mendorong kehidupan anda untuk lebih maju. Ceritanya hanya di sekitar dirinya sahaja. Tidak pernah bercerita tentang sesuatu yang baru yang boleh membuka minda anda. Dia seorang yang mengikuti sahaja cadangan anda dan tidak memikirkan baik dan buruknya. 
  • JANGAN PILIH ORANG YANG PANDAI BERBOHONG
Sahabat jenis ini selalu sahaja membawa cerita bohong kepada anda. Jika anda lalai saja, dia akan kenakan anda dengan kebijaksaannya. Jika berjanji, nampak bersungguh-sungguh tapi tidak menepatinya. Dia membuat pelbagai janji yang berbagai-bagai tetapi tidak satu pun yang ditepatinya. 
  • JANGAN PILIH ORANG YANG PENAKUT
Sahabat yang penakut adalah yang tidak pernah memikirkan masa depannya, dia juga berkira untuk meningkatkan prestasi kerjayanya. Dia masih berada ditakuk lama walaupun masa telah begitu jauh meninggalkannya. Anda harus sedar orang yang penakut tidak perlu dijadikan sahabat jika anda tidak mampu menjadikan dia berani. 
  • JANGAN PILIH ORANG YANG BERKHIANAT
Sahabat seperti ini bermuka manis dan bermulut manis tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap kita. Sahabat jenis ini akan menikam anda dari belakang. Maksudnya, walaupun dia begitu baik terhadap anda tetapi ada sahaja muslihatnya untuk menjatuhkan anda.
A067

Mafhum: "Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)" [Surah Az-Zukhruf, ayat 67]

Firman Allah dalam surah Kahfi ayat 28 yang bermaksud :

A028

Mafhum : "Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran"

Dalam kitab Al-Hikam ada menyebut : “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” 

Sufyan Ast-Tsauriy, seorang Wali Allah yang mulia berkata : “Sesiapa yang bergaul dengan orang kebanyakan, maka dia terpaksa mengikuti mereka, dan sesiapa terpaksa mengikuti mereka, maka dia harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah dirinya seperti mereka itu juga.”

Telah bersabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim maksudnya "Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk"

HINDARI DIRI DARI BERSIFAT BEGINI KEPADA SAHABAT
  • MEMUTUSKAN TALIAN PERSAHABATAN
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak halal bagi seorang Muslim meninggalkan (memutuskan hubungan persaudaraan) saudaranya melebihi tiga hari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • TALAM DUA MUKA [BERPURA-PURA BERSAHABAT]
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu mendapati antara manusia yang terjahat adalah yang 'bermuka dua', ia mendatangi kelompok ini dengan satu wajah dan mendatangi kelompok yang lain dengan wajah yang lain." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • BERMUSUHAN
Daripada Aishah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • BERBOHONG DAN MEMBUAT PERANCANGAN JAHAT
Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan kami; dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu-daya adalah neraka." (Riwayat al-Tabrani)


PESANAN DAN NASIHAT BERGUNA DALAM MENGUATKAN IKATAN PERSAHABATAN
  • Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bermaksud : “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
  • Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibnu Asakir menceritakan bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya”

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)
  • Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah bin Shomit berkata : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah" (Riwayat Muslim)
  • Membantu sahabat ketika kesusahan
Daripada 'Abdullah bin 'Umar radhiyallahu 'anhuma, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda : “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Hasan al-Basri, seorang Wali Allah yang mulia : “Seorang teman yang jika engkau temui akan mengingatkanmu tentang  kewajibanmu terhadap Allah itu lebih baik bagimu daripada seorang teman yang selalu memberimu segenggam dinar.” Beliau juga mengatakan “Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang lain. Jika dia mendapatkan sesuatu yang tidak menyenangkan pada diri saudaranya, dia segera meluruskan dan juga selalu menjaga aib saudaranya baik ketika sendirian atau ketika bersama orang lain”. (kecuali dalam situasi amar maaruf dan nahi mungkar)

“Sudah pastilah kecintaanKu itu untuk orang-orang yang saling ziarah menziarahi kerana Aku. Sudah pasti juga kecintaanKu untuk orang yang saling cinta menyintai kerana Aku dan sudah pasti pula kecintaanKu kepada orang-orang yang saling bantu membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaanKu untuk orang yang saling tolong menolong kerana Aku.” (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim : hadis Qudsi)

Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam : "Sesiapa yang membebaskan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan membebaskan kesusahannya di hari kiamat”.  (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
  • Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

"Ada tiga jenis sahabat iaitu pertama yang kamu boleh jadikan ia perhiasan, kedua yang kamu boleh mengambil manfaat darinya dan ketiga yang kamu boleh jadikan ia sebagai sandaran. Jika kamu telah mendapat tiga-tiganya maka janganlah kamu sia-siakan mereka kerana kamu tidak akan mendapatnya lagi" (Muhammad As-Siba'i)


"Janganlah kamu menghargai orang-orang yang zalim kerana semua amal perbuatanmu yang baik akan rosak. Bahkan tiada keselamatan dalam bergaul dengan orang-orang yang zalim itu. Sesungguhnya keselamatan adalah ketika memutuskan hubungan dengan mereka" (Sa'id Ibnul Musayyab)

"Orang yang paling banyak berdusta di kalangan manusia ialah tukang cerita dan orang yang meminta-minta" (Imam Ahmad bin Hanbal, pengasas feqah mazhab Hanbaliyyah) 

NASIHAT IMAM SYAFI'IE DALAM MENCARI SAHABAT

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. 

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. 

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. 


Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. 


Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri. 

Mencari sahabat pada waktu susah. 

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. 



Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. 



Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” 



Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, 



namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. 

Pasang surut persahabatan. 

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. 



Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. 



Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. 



Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak-sorai. 

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. 



Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, 



lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. 

Sukarnya mencari sahabat sejati. 

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. 



Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. 



Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. 

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. 



Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. 

Sahabat sejati pada waktu susah. 

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. 



Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. 

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. 



Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. 

Rosaknya keperibadian seseorang. 

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. 



Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. 



Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. 

Menghormati orang lain. 

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. 



Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. 

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. 



Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. 

Menghadapi musuh. 

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, 



hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. 



Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya. 



Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. 

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, 



seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai. 

Tipu daya manusia. 

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. 

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, 



tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. 

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, 



tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. 

Tempat menggantungkan harapan. 

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. 

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, 



baik ketika hidup mahu pun setelah mati. 

Menjaga nama baik. 

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, 



maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. 

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. 



Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. 

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. 



Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. 

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. 

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

KISAH SUKA-DUKA KECINTAAN PARA SAHABAT TERHADAP RASULULLAH

  • Seorang shahabiyah (sahabat wanita) mulia, yang bapaknya, saudaranya dan suaminya terbunuh di Perang Uhud tatkala dikhabarkan berita duka tersebut justeru dia bertanya bagaimana keadaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu dikatakan kepadanya, “Beliau (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) baik-baik saja seperti yang engkau harapkan.” Dia menjawab, “Biarkan aku melihatnya.” Tatkala ia melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dia mengatakan, “Sungguh semua musibah terasa ringan wahai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kecuali bila hal itu menimpamu.” (Sirah Nabawiyyah Libni Hisyam, 2:99).
  • Seorang sahabat mulia yang keluarganya adalah Quraisy, ia ditangkap oleh Quraisy untuk dibunuh, maka berkata Abu Sufyan berkata kepadanya, “Wahai Zaid, semoga Allah menguatkanmu, apakah engkau senang bila Muhammad menggantikan posisimu sekarang untuk dipenggal kepalanya sedang engkau duduk manis bersama keluargamu..?!! Maka spontan Zaid menjawab, “Demi Allah, sungguh tidakkah aku senang bila Muhammad sekarang tertusuk duri di tempatnya, sedang aku bersenang-senang bersama keluargaku.” Abu Sufyan pun mengatakan, “Saya tidak melihat seorang pun yang kecintaannya melebihi kecintaan sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.” (Sirah Nabawiyyah Libni Hisyam, 3:160).
  • Abu Thalhah radhiallahu’anhu pada waktu Perang Uhud, beliau membabi buta melemparkan panah-panah ke arah musuh hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat ada sedikit rasa iba kepada musuh. Maka Abu Thalhah radhiallahu’anhu, “Demi bapak dan ibuku yang jadi tebusanmu, wahai Rasulullah, jangan engkau merasa hiba dengan mereka, kerana panah-panah mereka telah melukai dan menusukmu, sesungguhnya leherku jadi ganti lehermu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • 'Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah ditanya : "Bagaimana cinta kalian kepada Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam?" Ia menjawab : "Demi Allah, beliau lebih kami cintai daripada harta, anak-anak, ayah, dan ibu kami serta kami juga lebih mencintai beliau daripada air dingin pada saat dahaga"
  • 'Amru bin Al-'Ash radhiyallahu 'anhu berkata : "Tidak ada seorang pun yang lebih aku cintai daripada Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam dan tidak ada yang lebih mulia di mataku dibandingkan beliau. Aku tidak mampu menatap beliau demi mengagungkannya. Seandainya aku ditanya, tentang sifat-sifat beliau, tentu aku tidak sanggup menyebutkannya, karena aku tidak pernah menatap beliau dengan pandangan yang tajam"
LARANGAN MENCELA PARA SAHABAT RASULULLAH

Firman Allah :-
A057
Mafhum : "Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina" [Surah Al-Ahzaab, ayat 57]

Lagi firman Allah :-
A054
Mafhum : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya" [Surah Al-Maaidah, ayat 54]

Orang-orang yang menyakiti para sahabat bererti mereka telah menyakiti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sedangkan siapa saja yang menyakiti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bererti telah menyakiti Allah Subhanahu wa Ta’ala dan siapa pun yang menyakiti Allah Subhanahu wa Ta’ala maka dia adalah orang yang melakukan perbuatan dosa yang paling besar bahkan mengeluarkan pelakunya dari Islam [murtad] secara tidak disedarinya. 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Jangan kalian mencela sahabatku, seandainya salah seorang di antara kalian menginfakkan emas sebesar Gunung Uhud maka tidaklah menyamai 1 mud mereka atau setengahnya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda : “Barang siapa mencela sahabatku, atasnya laknat Allah Subhanahu wa Ta’ala, para malaikat dan manusia seluruhnya” (Riwayat At-Thabarani dalam Mu’jamul Kabir)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Termasuk hujjah (argumentasi) yang jelas adalah menyebut kebaikan-kebaikan para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam seluruhnya, dan menahan lisan dari membicarakan keburukan mereka dan perselisihan yang terjadi di antara mereka. Sesiapa sahaja yang mencela para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam atau salah satu di antara mereka, mencacat dan mencela mereka, membongkar 'aib mereka atau salah satu dari mereka maka dia adalah mubtadi (bukanlah ahlussunnah), rafidhi (Syi’ah) yang berpemikiran menyimpang. Mencintai para sahabat adalah sunnah, mendoakan kebaikan untuk mereka adalah amalan ketaatan, meneladani mereka adalah perantara (redhaNya), mengikuti jejak mereka adalah kemuliaan. Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia terbaik, tidak dibenarkan bagi seorang pun menyebut-menyebut kejelekan mereka, tidak pula mencacat atau mencela dan membicarakan 'aib salah satu di antara mereka.” 

Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Bukanlah orang yang beriman orang yang suka mencela, orang yang suka melaknat, orang yang fahisy (sengaja menambah kata-kata keji dan melakukan perbuatan keji) dan orang yang tidak punya malu” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi dalam Kitab al-Bir Washilah pada Bab Maa Ja’a fil La’nah; Ibnu Majah, al Hakim dan Bukhari dalam kitab Adabul Mufrad)

Sabtu, 10 Mac 2012

Air Zam-zam : Air Terbaik Di Bumi

Mari kita kenal apa itu air, kebaikannya, jenis-jenisnya, dan air apakah yang terbaik untuk kehidupan manusia seharian.



Nilai peratus keperluan air di dalam tubuh badan manusia

APAKAH ITU AIR? 

Air merupakan keperluan asas kepada manusia. Secara purata, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman boleh didapati pada kadar yang murah dan mudah didapati di dalam negara. Namun, masih ramai yang memilih untuk minum minuman soda yang berlebihan dalam kehidupan harian. 

Air adalah penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga merupakan pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan. 

Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asthma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi. 

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di negara Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya 2 peratus penurunan air dalam badan sahaja, cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, meminum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.

JENIS-JENIS AIR DI DUNIA
  • Air Bermineral (Mineral Water)

Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.
  • Air Minuman Bertapis (Purified Drinking Water)

Biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti sinaran UV [ultra-ungu], penurasan fiber, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini, banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.
  • Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis Water)

Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui pelbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh. Kini, terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.
  • Air Beralkali (Alkaline Water)

Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali digunakan untuk bateri. Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau muscle cramps. Air terbaik di dunia iaitu air Zam-zam yang juga lebih tinggi kandungan alkali dan tidak memudaratkan badan.

KELEBIHAN MEMINUM AIR
  • Air boleh menyejukkan
Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, kadar darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.
  • Mengumpulkan zat-zat makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Beberapa zat makanan yang larut dalam air sehingga diserap dengan air.
  • Memudahkan proses pembuangan tinja/najis
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.
  • Menjaga kelembapan kulit agar tetap halus
Sel memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihatan lebih uzur.
  • Bebas dari penyakit batu karang
Penyakit batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar dibawa oleh air.

KEBAIKAN MEMINUM AIR BERALKALI
  • Memperlancar sistem pencernaan
Mengkonsumsi air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.

  • Membantu memperlambat tumbuhnya zat-zat penyebab kanser/barah
Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal/masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.
  • Perawatan kecantikan seluruh badan
Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.
  • Kesuburan terpelihara
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan ketahanan seseorang terhadap serangan virus.


Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu, jaringan kulit semakin baik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu, biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.
  • Menyihatkan jantung
Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rheumatik artritis, kerosakan kulit, penyakit saluran dubur, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan ketika ini, banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air kosong.
  • Ubat penyakit lumpuh
Air alkali tidak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion terutama klorin, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu, pH airnya mampu mensterilkan kulit.
  • Membantu badan supaya relaks
Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.

Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah Celcius. Selagi kaki terasa kebas, dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Khabarnya, shower juga menghasilkan ion negatif.
  • Menguruskan badan
Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang lebih pantas keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air alkali.
  • Tubuh badan lebih segar
Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
  • Penyeimbang air dalam tubuh badan
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria dan virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisma mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisma normal dalam mempertahankan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2 liter hingga 2.5 liter (8-10 gelas) sehari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, tomyam, dan lain-lain), minuman seperti susu, teh, kopi, sirap dan sebagainya. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh dari hasil metabolisma makanan yang dikonsumsi dan metabolisma jaringan di dalam tubuh.

ADAB MEMINUM AIR DALAM ISLAM
  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah " Bismillah"
  • Minum dengan tiga nafas secara berselang-selang.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Nafas jangan dihembus-hembus ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah "Alhamdullilah"
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
  • Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.
MAKSUD NAMA AIR "ZAM-ZAM"

Mata air Zam-zam pada jarak dekat

Telaga Zam-zam pada zaman dahulu

Perkataan "Zam-Zam" dalam bahasa 'Arab bererti yang banyak atau melimpah. Adapun air "Zam-Zam" yang dimaksud oleh syari’at iaitu air yang berasal dari telaga Zam-Zam. Letaknya dengan Ka’bah berjarak sekitar 38 hasta.
Lokasi letaknya telaga Zam-zam dan ukuran kedalamannya

Keadaan telaga air Zam-zam pada hari ini
Dinamakan "Zam-Zam" sesuai dengan ertinya kerana air dari telaga tersebut sangat banyak dan berlimpah. Tidak habis walau sudah diambil dan dibawa setiap harinya ke seluruh penjuru dunia oleh kaum Muslimin.
Dinamakan dengan "Zam-Zam" boleh juga diambil dari perbuatan Siti Hajar. Ketika air Zam-Zam terpancar, ia segera mengumpulkan dan membendungnya atau diambil dari galian Malaikat Jibril dan perkataannya ketika ia berkata kepada Hajar.
Disebutkan juga bahawa nama "Zam-Zam" adalah ‘alam atau nama asal yang berdiri sendiri, bukan berasal dari kalimat atau kata lain. Juga diambil dari suara air Zam-Zam tersebut, karena zamzamatul ma` adalah suara air itu sendiri.
Nama lain Zam-Zam, sebagaimana telah diketahui antara lain ia disebut barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa` saqim (obat penyakit), tho’aamu thu’im (makanan), syarabul abrar (minuman orang-orang baik), dan thayyibah (yang baik)

SEJARAH KEMUNCULAN AIR ZAM-ZAM DI MUKA BUMI

Disebutkan oleh Imam Bukhari dalam Shahih Bukhari, dari hadis Ibnu ‘Abbas : "Suatu saat, ketika berada di Mekkah, Nabi Ibrahim menempatkan isterinya Hajar dan anaknya Isma'il di sekitar Ka`abah di suatu pohon besar yang berada di atas sumur Zam-Zam. Waktu itu, tidak ada seorang pun di Makkah melainkan mereka bertiga. Setelah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam meletakkan kantung berisi kurma dan air, beliau pun berganjak pergi. Namun, Hajar mengikutinya sambil berkata : "Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan pergi dengan meninggalkan kami sendiri di tempat yang tiada manusia lain atau yang lainnya?". 

Pertanyaan itu diulangi berterusan tetapi Nabi Ibrahim tidak melihat kepadanya. Sampai akhirnya Hajar berseru kepadanya : "Apakah Allah yang menyuruhmu melakukan hal ini?" 

"Ya" jawab Nabi Ibrahim. 

"Jika begitu, Allah tidak akan menyusahkan kami" seru Hajar. Kemudian kembalilah Hajar ke tempatnya, dan Nabi Ibrahim melanjutkan perjalanannya. 

Sesampainya di Tsaniyah - jalan perbukitan, arah jalan ke Kada`. Rasulullah ketika memasuki Makkah juga melewati jalan tersebut - dan keluarganya tidak dapat melihatnya lagi, Nabi Ibrahim menghadap ke arah Baitullah, lalu mengangkat kedua tangannya lantas berdoa : "Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka, dan berilah rezeqi mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" [Surah Ibrahim, ayat 37] 

Ibunda Isma'il menyusui anaknya dan meminum dari kantung air tersebut. Hingga akhirnya air itu pun habis, dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya dengan penuh cemas, karena terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. 

Pergilah dia menuju bukit terdekat iaitu bukit Safa dan berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, barangkali ada orang di sana. Akan tetapi, nyata tidak ada orang. 

Dia pun turun melewati lembah sampai ke bukit Marwah. Berdiri di atasnya dan memandang barangkali ada manusia di sana tetapi ternyata tidak ada juga. Dia lakukan demikian itu hingga tujuh kali. 

Ketika berada di atas bukit Marwah, dia mendengar ada suara, dia berkata kepada dirinya sendiri : "Diam!". Setelah diperhatikannya ternyata memang benar dia mendengar suara, kemudian dia pun berkata : "Aku telah mendengar, apakah di sana ada pertolongan?" 

Tiba-tiba dia melihat Malaikat Jibrail 'Alaihissalam yang mengais-ngais tanah dengan kakinya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain), kemudian memukulkan kakinya di atasnya. Maka, keluarlah darinya pancaran air. 

Hajar pun bergegas mengambil dan menampungnya. Diceduknya air itu dengan tangannya dan memasukkannya ke dalam tempat air. Setelah diceduk, air tersebut semakin memancar. Dia pun minum air tersebut dan juga memberikan kepada anaknya, Isma'il. Lalu Malaikat Jibrail berkata kepadanya : "Jangan takut terbiar. Sesungguhnya di sinilah Baitullah yang akan dibangun oleh anak ini (Isma'il) bersama ayahnya. Dan sesungguhnya, Allah tidak akan membiarkan hambanya" 

Selang beberapa waktu kemudian, datanglah orang-orang dari qabilah Jurhum turun di lembah Makkah. Mereka turun kerana melihat burung-burung yang berputar-putar. Mereka berkata : "Burung ini berputar-putar di sekitar air. Kami yakin di lembah ini ada air" lalu mereka mengirim utusan. Ternyata benar mereka mendapatkan air. Utusan itu pun kembali dan memberitahukan kepada orang-orang yang mengutusnya tentang adanya air. Mereka pun kemudian mendatanginya dan meminta izin dari Ummu Isma'il [Siti Hajar] bahawa mereka akan bertandang ke sana. Ummu Isma'il pun mempersilakan dengan syarat, bahawa mereka tidak berhak memiliki (sumber) air tersebut dan qabilah Jurhum pun bersetuju"

KANDUNGAN MINERAL AIR ZAM-ZAM
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, air Zam-zam in memang unik mengandungi elemen-elemen 'alamiah sebesar 2,000 mg per liter. Biasanya, air mineral 'alamiah (hard carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg per liter. 
Elemen-elemen kimia yang terkandung dalam air Zam-zam :-

Ion-ion Positif (+) 
Sodium (250 mg per liter)
Calcium (200 mg per liter)
Potassium (20 mg per liter)
Magnesium (50 mg per liter)

Ion-ion Negatif (-)
Sulphur (372 mg per liter)
Bicarbonates (366 mg per liter)
Nitrate (273 mg per liter)
Phosphate (0.25 mg per liter)
Ammonia (6 mg per liter)

MOLEKUL PARTIKEL AIR ZAM-ZAM

Cerah dan bersinar-sinar umpama berlian

KADAR pH AIR ZAM-ZAM

Air Zam-zam bersifat alkali yang dapat memberi tenaga yang luarbiasa kepada setiap peminumnya. Kajian yang telah dibuat Air Zam-zam ini nilai pHnya adalah pH7.8 – pH9.5 iaitu pH yang paling tinggi berbanding air mineral yang lain.


MANFA'AT AIR ZAM-ZAM

Ada dua belas (12) manfaatnya :-
  • Syaba’ah – mengenyangkan
  • Nafi’ah – memberi manfaat
  • Maimunah – keberkatan
  • Mahmudah – kebaikan
  • Mu’dzibah – mencegah rasa dahaga
  • Hazmatu Jibrail – keluarnya dari pijakan tumit Jibril
  • Murwiyah – menyegarkan
  • Afi’yah – menyihatkan
  • Barrah – memiliki kebaikan
  • Kaafiyah – mencukupkan
  • Syifa' Saqamin – menyembuhkan penyakit
  • Maghfirah – keampunan

DALIL-DALIL BUKTI AIR ZAM-ZAM SEBAGAI AIR YANG TERBAIK

Dari Jabir dan Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Air Zam-Zam, tergantung niat orang yang meminumnya" [Riwayat Ibnu Majah]
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Air Zam-Zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zam-Zam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail" [Riwayat Darul Quthni dan Al-Hakim]
Dari Abi Thufail, dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah bersabda : "Kami menyebut air Zam-Zam dengan syuba’ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam adalah sebaik-baik pertolongan (keperluan atas kemiskinan)" [Riwayat At-Thobrani]
Dari Usamah radhiyallahu 'anhu berkata : "Bahawasanya Rasulullah meminta untuk didatangkan segantang air Zam-Zam, kemudian beliau meminumnya dan berwudhu dengannya" [Riwayat Ahmad]
Disebutkan dalam Silsilah Shohihah : "Adalah Rasululllah membawa air Zam-Zam di dalam kantong-kantong air (yang terbuat dari kulit). Beliau menuangkan dan membasuhkannya kepada orang yang sedang sakit"
"Tatkala Jibril memukul Zam-Zam dengan tumit kakinya, Ummi Ismail segera mengumpulkan luapan air. Nabi berkata,”Semoga Allah merahmati Hajar dan Ummu Ismail. Andai ia membiarkannya, maka akan menjadi mata air yang menggenangi (seluruh permukaan tanah)" [Silsilah Shohihah]
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit" [hadis hasan shohih] 
Abu Dzar al Ghifari berkata : "Selama 30 hari, aku tidak mempunyai makanan kecuali air Zam-Zam. Aku menjadi gemuk dan lemak perutku menjadi hilang. Aku tidak mendapatkan dalam hatiku kelemahan lapar" [Riwayat Muslim]
Dari Hammam, dari Abi Jamrah ad-Duba`i, ia berkata : "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Makkah, tatkala demam menyerangku. Ibnu ‘Abbas mengatakan, dinginkanlah dengan air Zam-Zam, karena Rasulullah mengatakan, sesungguhnya demam adalah dari panas Neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air atau air Zam-Zam" [Riwayat Bukhari]
Dari ‘Aisyah, ia membawa air Zam-Zam. Ia mengkabarkan : "Sesungguhnya dahulu Rasulullah membawanya (sebagai bekal)" [Riwayat At-Tirmidzi]
Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah berkata : "Aku dan orang selain diriku telah mengalami perkara yang ajaib tatkala berubat dengan air Zam-Zam. Dengan izin Allah, aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku. Aku juga menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zam-Zam sebagai makanan selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih. Ia tidak mendapatkan rasa lapar, ia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Ia telah memberitahukan kepadaku bahawa ia terkadang seperti itu selama empat puluh hari. Ia juga mempunyai kekuatan untuk berjima’, berpuasa dan melaksanakan tawaf" [kitab Zaadul Ma'ad]
Beliau [Ibnul Qayyim] rahimahullahu ta'aala berkata : "Ketika berada di Makkah, aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Aku pun mengubatinya dengan meminum air Zam-Zam dan membacakan atasnya berulangkali (dengan al-Fatihah), kemudian aku meminumnya. Aku mendapat kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar-benar banyak mengambil manfaat darinya" [kitab Zaadul Ma'ad]

DO'A KETIKA MEMINUM AIR-ZAM-ZAM


Maksud : "Ya Allah wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu akan 'ilmu yang bermanfa'at, rezeqi yang luas terbentang, serta kesembuhan dari segala penyakit dan hawa panas"
Daripada 'Ikrimah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu 'Abbas radhiyallahu 'anhuma apabila minum air Zam-zam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah).

ADAB-ADAB DAN TATACARA KETIKA MEMINUM AIR ZAM-ZAM

Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya "Al-Jami'ul Lathif fi Fadhli Makkah" dalam bab Adab minum air Zam-zam berkata:
"Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zam-zam dengan mengadap Qiblat, kemudian berkata: "Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk ............. " (sebutkan apa-apa niat yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas diluar bejana/bekas itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Bismillah dan setiap kali selesai dibaca Alhamdulillah. Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu 'Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya. 

Daripada 'Abdullah bin Abi Mulaikah katanya : "Seorang lelaki telah datang menemui lbnu 'Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas : "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab : "Saya baru lepas minum air Zam-zam". Tanya lbnu 'Abbas lagi : "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu 'Abbas : "Bagaimanakah caranya wahai lbnu 'Abbas?" Maka lbnu 'Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zam-zam hendaklah menghadap Qiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bejana/bekas, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda : "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafiq) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air Zam-zam" (Riwayat Daarul Qutni dan lbnu Majah)

Bahan Bacaan Berguna

Powered By Blogger