Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang dihormati,
Saat ini, kita masih lagi berduka dengan kehilangan seluruh penumpang dan krew pesawat MH370 yang entah "hilang" bilakah akan muncul. Ketika ini juga, Malaysia meraikan kehadiran makhluk Allah yang comel, iaitu 2 ekor panda gergasi ke bumi Malaysia. Terubat duka dengan akrab persahabatan yang terjalin merentasi negara Malaysia dan negara China.
Dalam keharmonian yang terjalin dalam suasana agak aman di Malaysia, tiba-tiba hadir ke corong telinga akan sesuatu yang kurang menyenangkan. Sesuatu yang sudah sekian lama menjadi pilihan ramai tetapi kali ini khabar yang hadir muncul dalam bentuk yang agak memeranjatkan.
Kenalkah dengan nama Cadbury?? Berdekad lamanya penduduk serata dunia sudah arif dengan nama produk coklat itu.
Mengapakah dengan Cadbury? Panjang ceritanya.......
Alkisah suatu tempoh masa, tatkala angkatan Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan kaji selidik secara rambang ke atas hasil-mahsul makanan yang ada dalam negeri ini. Antara yang diperiksa adalah hasil-mahsul Cadbury.
Syahdan, berlalu sekian-sekian masa, terpacul dari suara wakil Kementerian Kesihatan Malaysia akan setengah-setengah barang yang disiasat didapati padanya unsur seni DNA asal khinzir....dan pertuduhan itu terjatuh ke atas barang dari gerombolan Cadbury dan kuncu-kuncunya.
Lantas, entah dari ceruk mana, sekian penduduk negeri ini merasakan masyghul dan kurang percaya akan siasat berkenaan kerana barang demikian adalah santapan penduduk di kala stres dan pilihan kekasih hati yang gemarkannya.
Oleh yang demikian, mata-mata JAKIM dihantar ke bahagian Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan khabar akan pertuduhan berkenaan yang agak keliru di benak semua orang.
Selang perbincangan antara mereka, para penduduk ada yang mula berang kerana terasa dikhianati dan ada yang menunggu khabar yang pasti. Lama-kelamaan, khabar kepastian akan barang pilihan ramai tersebut tiada kunjung sahihnya.
Arakian, khabar yang dinanti telah tiba...mata-mata JAKIM mengesahkan bahawa sekian-sekian barang adalah halal namun sedikit tercemar dengan unsur seni dari khinzir. Dan tiba-tiba angkatan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa sekian-sekian barang itu juga bebas dari pertuduhan najis mughallazah halus dalam hasil-mahsul Cadbury.
Para penduduk yang mendengar kembali hampa...sangka mereka ia cuma dongeng tapi hakikatnya benar ia tercemar dengan unsur seni dari haiwan berwarna merah jambu itu. Mereka berang dan bersumpah bahawa sekali terkhianati, selamanya diingati...penduduk melancarkan dahagi dengan tidak menyentuh malah memandang sekalipun termakan pujuk rayu dari gerombolan Cadbury meskipun dipamerkan ribuan surat halal...Sekian ~~
Saudara, mengapa ini terjadi?
Persoalan,
1) Adakah KKM sengaja menjatuhkan imej Cadbury? Mengapa?
2) Adakah JAKIM memberi sijil-sijil halal sewenangnya? Mengapa?
3) Adakah Cadbury terlibat dalam konspirasi makanan sedunia? Mengapa?
Yang pasti, sedikit sebanyak ia telah menjatuhkan reputasi Cadbury sebagai peneraju coklat pilihan ramai di Malaysia di mata penduduk Malaysia. Kini, rata-rata masyarakat terutamanya Muslim menghindari apa-apa jua produk berjenama Cadbury walaupun dijual hampir 50 sen selonggok.
Begitu "pantang tok nenek moyang cucu cicit ciut piut antah" bagi Muslim andai mengetahui ada makan minum seharian mereka tercemar dengan unsur-unsur haram yang sedia maklum dalam Islam. Ia sangat dijaga dan bukan main-main meskipun kelihatan boleh dibiarkan begitu sahaja pada pendapat bukan Muslim.
Sukacita saya nukil bersama sebahagian dari mutiara perkataan semulia-mulia Nabi dan Rasul, Muhammad Rasulullah shollallahu 'alayhi wa sallam berkenaan tuntutan menjaga makan minum agar sentiasa bersih dan baik serta suci dari segala unsur yang kotor :-
Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;
إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ” (رواه البخاري ومسلم
Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)
Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;
يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Dalam sebuah hadis Rasulullah shollallahu 'alayhi wa sallam telah menyatakan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;
ليأتين على الناس زمان لا يبالي المرء بما أخذ المال أمن حلال أم من حرام
“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
PESANAN AHLI HIKMAH BERKENAAN HALAL DAN HARAM
Berbagai ucapan dan sikap salafussoleh berkenaan dengan sesuatu yang meragukan.
Abu Dzar al-Ghifari ra. berkata: “Kesempurnaan ketakwaan adalah meninggalkan beberapa hal yang halal, kerana takut hal itu haram.”
Abu Abdurrahman al-‘Umry berkata: “Jika seseorang memilih kewarakan, niscaya dia akan meninggalkan sesuatu yang diragukan dan mengerjakan sesuatu yang tidak meragukan.”
Fudhail bin 'Iyadh berkata: “Banyak orang mengira bahwa orang yang warak itu sangat tegas. Jika aku dihadapkan pada dua perkara, tentu aku akan memilih yang terberat. Oleh itu, tinggalkan perkara yang meragukan dan pilihlah perkara yang tidak meragukan.”
Hasan bin Abi Sinan, “Tidak ada yang lebih ringan dari warak. Jika ada sesuatu yang meragukanmu maka tinggalkanlah.”
Adapun sikap dan perbuatan mereka berkaitan dengan perkara syubhat, tidak jauh berbeza dengan apa yang mereka ucapkan.
Sebagai contoh Yazid bin Zurai’. Ia tidak mengambil sedikitpun warisan dari ayahnya kerana ayahnya adalah pegawai kerajaan dan ia khuatir jika warisan tersebut tidak halal.
Contoh lain Ibrahim Adham yang tidak mau minum air Zam-Zam, dengan alasan timba yang digunakan mengambil air tersebut milik penguasa, maka dikhuatirkan tidak halal. Dan banyak lagi contoh yang lainnya.
DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI
Menurut Ummu Salamah r.a. (salah seorang isteri Nabi s.a.w.); Nabi s.a.w. apabila berada di waktu pagi, baginda akan membaca doa;
اللَّهُمَّ إني أسألُكَ عِلْماً نافعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, wahai Tuhanku! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima”.
(Riwayat Imam Ibnu Majah/Lihat: Al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqalu ‘Inda as-Shobah)
SENARAI KOD E BERDASARKAN STANDARD AGENSI KESELAMATAN MAKANAN EROPAH
Colours (WARNA)
E100 = Curcumin
E101 = (i) Riboflavin (ii) Riboflavin-5'-phosphate
E102 = Tartrazine
E104 = Quinoline yellow
E110 = Sunset Yellow FCF; Orange Yellow S
E120 = Cochineal; Carminic acid; Carmines
E122 = Azorubine; Carmoisine
E123 = Amaranth
E124 = Ponceau 4R; Cochineal Red A
E127 = Erythrosine
E128 = Red 2G
E129 = Allura Red AC
E131 = Patent Blue V
E132 = lndigotine; Indigo Carmine
E133 = Brilliant Blue FCF
E140 = Chlorophylls and chlorophyllins
E141 = Copper complexes of chlorophyll and chlorophyllins
E142 = Green S
E150a = Plain caramel
E150b = Caustic sulphite caramel
E150c = Ammonia caramel
E150d = Sulphite ammonia caramel
E151 = Brilliant Black BN; Black PN
E153 = Vegetable carbon
E154 = Brown FK
E155 = Brown HT
E160a = Carotenes
E160b = Annatto; Bixin; Norbixin
E160c = Paprika extract; Capsanthian; Capsorubin
E160d = Lycopene
E160e = Beta-apo-8'-carotenal (C30)
E160f = Ethyl ester of beta-apo-8'-carotenoic acid (C30)
E161a = Flavoxanthin
E161b = Lutein
E161c = Cryptoaxanthin
E161d = Rubixanthin
E161e = Violaxanthin
E161f = Rhodoxanthin
E161g = Canthaxanthin
E162 = Beetroot Red; Betanin
E163 = Anthocyanins
E170 = Calcium carbonate
E171 = Titanium dioxide
E172 = Iron oxides and hydroxides
E173 = Aluminium
E174 = Silver
E175 = Gold
E180 = Litholrubine BK
E181 = Tannic acid, Tannins
Preservatives (PENGAWET)
E200 = Sorbic acid
E202 = Potassium sorbate
E203 = Calcium sorbate
E210 = Benzoic acid
E211 = Sodium benzoate
E212 = Potassium benzoate
E213 = Calcium benzoate
E214 = Ethyl p-hydroxybenzoate
E215 = Sodium ethyl p-hydroxybenzoate
E216 = Propyl p-hydroxybenzoate
E217 = Sodium propyl p-hydroxybenzoate
E218 = Methyl p-hydroxybenzoate
E219 = Sodium methyl p-hydroxybenzoate
E220 = Sulphur dioxide
E221 = Sodium sulphite
E222 = Sodium hydrogen sulphite
E223 = Sodium metabisuiphite
E224 = Potassium metabisulphite
E225 = Potassium sulphite
E226 = Calcium sulphite
E227 = Calcium hydrogen sulphite
E228 = Potassium hydrogen sulphite
E230 = Biphenyl; diphenyl
E231 = Orthophenyl phenol
E232 = Sodium orthophenyl phenol
E233 = Thiabendazole,2-(Thiazol-4-yl) benzimidazole
E234 = Nisin
E235 = Natamycin
E236 = Formic acid
E237 = Sodium formate
E238 = Calcium formate
E239 = Hexamethylene tetramine
E242 = Dimethyl dicarbonate
E249 = Potassium nitrite
E250 = Sodium nitrite
E251 = Sodium nitrate
E252 = Potassium nitrate
E260 = Acetic acid
E261 = Potassium acetate
E262 = Sodium acetate
E263 = Calcium acetate
E264 = Ammonium acetate
E270 = Lactic acid
E280 = Propionic acid
E281 = Sodium propionate
E282 = Calcium propionate
E283 = Potassium propionate
E284 = Boric acid
E285 = Sodium tetraborate; borax
E290 = Carbon dioxide
E296 = Malic acid
E297 = Fumaric acid
E1105 = Lysozyme
Antioxidants (ANTIOKSIDAN)
E300 = Ascorbic acid
E301 = Sodium ascorbate
E302 = Calcium ascorbate
E303 = Potassium ascorbate
E304 = Fatty acid esters of ascorbic acid
E306 = Tocopherols
E307 = Alpha-tocopherol
E308 = Gamma-tocopherol
E309 = Delta-tocopherol
E310 = Propyl gallate
E311 = Octyl gallate
E312 = Dodecyl gallate
E315 = Erythorbic acid
E316 = Sodium erythorbate
E319 = Tert-ButylHydroQuinone
E320 = Butylated hydroxyanisole (BHA)
E321 = Butylated hydroxytoluene (BHT)
Sweeteners (PEMANIS)
E420 = (i) Sorbitol (ii) Sorbitol syrup
E421 = Mannitol
E950 = Acesulfame K
E951 = Aspartame
E952 = Cyclamic acid and its Na and Ca salts
E953 = lsomalt
E954 = Saccharin and its Na, K and Ca salts
E957 = Thaumatin
E959 = Neohesperidine DC
E965 = (i) Maltitol (ii) Maltitol syrup
E966 = Lactitol
E967 = Xylitol
Emulsifiers, Stabilisers, Thickeners and Gelling Agents (AGEN PENGENTAL)
E322 = Lecithins
E400 = Alginic acid
E401 = Sodium alginate
E402 = Potassium alginate
E403 = Ammonium alginate
E404 = Calcium alginate
E405 = Propane-1,2-diol alginate
E406 = Agar
E407 = Carrageenan
E407a = Processed eucheuma seaweed
E410 = Locust bean gum; carob gum
E412 = Guar gum
E413 = Tragacanth
E414 = Acacia gum; gum arabic
E415 = Xanthan gum
E416 = Karaya gum
E417 = Tara gum
E418 = Gellan gum
E425 = Konjac
E432 = Polyoxyethylene sorbitan monolaurate; Polysorbate 20
E433 = Polyoxyethylene sorbitan mono-oleate; Polysorbate 80
E434 = Polyoxyethylene sorbitan monopalmitate; Polysorbate 40
E435 = Polyoxyethylene sorbitan monostearate; Polysorbate 60
E436 = Polyoxyethylene sorbitan tristearate; Polysorbate 65
E440 = Pectins
E442 = Ammonium phosphatides
E444 = Sucrose acetate isobutyrate
E445 = Glycerol esters of wood rosins
E460 = Cellulose
E461 = Methyl cellulose
E463 = Hydroxypropyl cellulose
E464 = Hydroxypropyl methyl cellulose
E465 = Ethyl methyl cellulose
E466 = Carboxy methyl cellulose
E467 = Sodium carboxy methyl cellulose
E468 = Crosslinked sodium carboxy methyl cellulose
E469 = Enzymatically hydrolysed carboxy methyl cellulose
E470a = Sodium, potassium and calcium salts of fatty Acids
E470b = Magnesium salts of fatty acids
E471 = Mono- and diglycerides of fatty acids
E472a = Acetic acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids
E472b = Lactic acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids
E472c = Citric acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids
E472d = Tartaric acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids
E472e = Mono- and diacetyltartaric acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids
E472f = Mixed acetic and tartaric acid esters of mono- and diglycerides of fatty acids
E473 = Sucrose esters of fatty acids
E474 = Sucroglycerides
E475 = Polyglycerol esters of fatty acids
E476 = Polyglycerol polyricinoleate
E477 = Propylene glycol esters of fatty acids
E479b = Thermally oxidised soya bean oil interacted with mono and diglycerides of fatty acids
E481 = Sodium stearoyl-2-lactylate
E482 = Calcium stearoyl-2-lactylate
E483 = Stearyl tartrate
E491 = Sorbitan monostearate
E492 = Sorbitan tristearate
E493 = Sorbitan monolaurate
E494 = Sorbitan monooleate
E495 = Sorbitan monopalmitate
E1103 = Invertase
Others
Acid, acidity regulators, anti-caking agents, anti-foaming agents, bulking agents, carriers and carriersolvents, emulsifying salts, firming agents, flavour enhancers, flour treatment agents, foaming agents,glazing agents, humectants, modified starches, packaging gases, propellants, raising agents and sequestrants.
E170 = Calcium carbonates
E260 = Acetic acid
E261 = Potassium acetate
E262 = Sodium acetate
E263 = Calcium acetate
E270 = Lactic acid
E290 = Carbon dioxide
E296 = Malic acid
E297 = Fumaric acid
E325 = Sodium lactate
E326 = Potassium lactate
E327 = Calcium lactate
E330 = Citric acid
E331 = Sodium citrates
E332 = Potassium citrates
E333 = Calcium citrates
E334 = Tartaric acid (L-(+))
E335 = Sodium tartrates
E336 = Potassium tartrates
E337 = Sodium potassium tartrate
E338 = Phosphoric acid
E339 = Sodium phosphates
E340 = Potassium phosphates
E341 = Calcium phosphates
E343 = Magnesium phosphates
E350 = Sodium malates
E351 = Potassium malate
E352 = Calcium malates
E353 = Metatartaric acid
E354 = Calcium tartrate
E355 = Adipic acid
E356 = Sodium adipate
E357 = Potassium adipate
E363 = Succinic acid
E380 = Triammonium citrate
E385 = Calcium disodium ethylene diamine tetra-acetate; calcium disodium EDTA
E422 = Glycerol
E431 = Polyoxyethylene (40) stearate
E450 = Diphosphates
E451 = Triphosphates
E452 = Polyphosphates
E459 = Beta-cyclodextrin
E500 = Sodium carbonates
E501 = Potassium carbonates
E503 = Ammonium carbonates
E504 = Magnesium carbonates
E507 = Hydrochloric acid
E508 = Potassium chloride
E509 = Calcium chloride
E511 = Magnesium chloride
E512 = Stannous chloride
E513 = Sulphuric acid
E514 = Sodium sulphates
E515 = Potassium sulphates
E516 = Calcium sulphate
E517 = Ammonium sulphate
E520 = Aluminium sulphate
E521 = Aluminium sodium sulphate
E522 = Aluminium potassium sulphate
E523 = Aluminium ammonium sulphate
E524 = Sodium hydroxide
E525 = Potassium hydroxide
E526 = Calcium hydroxide
E527 = Ammonium hydroxide
E528 = Magnesium hydroxide
E529 = Calcium oxide
E530 = Magnesium oxide
E535 = Sodium ferrocyanide
E536 = Potassium ferrocyanide
E538 = Calcium ferrocyanide
E541 = Sodium aluminium phosphate
E551 = Silicon dioxide
E 552 = Calcium silicate
E553a = (i) Magnesium silicate
(ii) Magnesium trisilicate
E553b = Talc
E554 = Sodium aluminium silicate
E555 = Potassium aluminium silicate
E556 = Aluminium calcium silicate
E558 = Bentonite
E559 = Aluminium silicate; Kaolin
E570 = Fatty acids
E574 = Gluconic acid
E575 = Glucono delta-lactone
E576 = Sodium gluconate
E577 = Potassium gluconate
E578 = Calcium gluconate
E579 = Ferrous gluconate
E585 = Ferrous lactate
E620 = Glutamic acid
E621 = Monosodium glutamate
E622 = Monopotassium glutamate
E623 = Calcium diglutamate
E624 = Monoammonium glutamate
E625 = Magnesium diglutamate
E626 = Guanylic acid
E627 = Disodium guanylate
E628 = Dipotassium guanylate
E629 = Calcium guanylate
E630 = lnosinic acid
E631 = Disodium inosinate
E632 = Dipotassium inosinate
E633 = Calcium inosinate
E634 = Calcium 5'-ribonucleotides
E635 = Disodium 5'-ribonucieotides
E640 = Glycine and its sodium salt
E650 = Zinc acetate
E900 = Dimethylpolysiloxane
E901 = Beeswax, white and yellow
E902 = Candelilla wax
E903 = Carnauba wax
E904 = Shellac
E905 = Microcrystalline wax
E912 = Montan acid esters
E914 = Oxidised Polyethylene wax
E920 = L-Cysteine
E927b = Carbamide
E938 = Argon
E939 = Helium
E941 = Nitrogen
E942 = Nitrous oxide
E943a = Butane
E943b = Iso-butane
E944 = Propane
E948 = Oxygen
E949 = Hydrogen
E999 = Quillaia extract
E1200 = Polydextrose
E1201 = Polyvinylpyrrolidone
E1202 = Polyvinylpolypyrrolidone
E1404 = Oxidised starch
E1410 = Monostarch phosphate
E1412 = Distarch phosphate
E1413 = Phosphated distarch phosphate
E1414 = Acetylated starch
E1420 = Acetylated Starch
E1422 = Acetylated distarch adipate
E1440 = Hydroxyl propyl starch
E1442 = Hydroxy propyl distarch phosphate
E1450 = Starch sodium octenyl succinate
E1451 = Acetylated oxidised starch
Polyethylene glycol 6000
E1505 = Triethyl citrate
E1518 = Glyceryl triacetate; triacetin
E1520 = Propan-1,2-diol; propylene glycol